Written by AbangNara | March 27th, 2015

Wahh. Kecik-kecik lagi sudah jadi artis dan ada syarikat untuk menguruskan kerjaya. Murah rezeki sungguh Aaisyah Dhia Rana yang merupakan puteri sulung Che Ta dan Zain Saidin. Seebelum ini Aaisyah telah dilantik menjadi duta MotherCare, dan kini di bawah pengurusan LOL Entertainment, pasti akan ada banyak lagi tawaran yang akan menjelma. Bolehlah simpan duit untuk kegunaan apabila dah dewasa nanti.

aaisyah dhia rana

Untuk makluman, Zain Saidin dan Che Ta juga di bawah pengurusan LOL Entertainment yang dimiliki oleh Dafi. Alang-alang mak ayah dah masuk, anak pun joinlah sekali kan? Senang satu keluarga di bawah syarikat yang sama. Kata Che Ta:-

Saya senang bersama pengurusan LOL dan sejak tiga tahun dengan syarikat ini, saya percaya kepada kredibiti LOL sebagai antara syarikat pengurusan popular tanah air. Jadi dalam hal anak, saya biarkan yang lebih arif untuk mengatur apa yang sewajarnya untuk dia. Tambahan pula rezeki anak saya kian murah dan mendapat perhatian syarikat yang berkeinginan menjadikannya sebagai duta

aaisyah dhia rana
Tidak dinafikan Aaisyah Dhia Rana memang comel, cute dan memang sesuai dilantik menjadi duta syarikat terutamanya untuk barangan berkaitan baby. Semoga lepas ini makin dimurahkan rezeki. Tahniah Aaisyah Dhia Rana. Lagi beberapa gambar si comel ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Sumber Berita Harian.

 
Written by AbangNara | March 27th, 2015

Seorang penyanyi lelaki berusia 36 tahun telah ditahan kerana didapati positif dadah. Menurut Harian Metro, penyanyi tersebut telah mendapat tempat ketiga di dalam program realiti terbitan sebuah stesen televisyen swasta baru-baru ini. Berdasarkan informasi tersebut, rata-rata mengandaikan bahawa penyanyi tersebut ialah Mamat, bekas vokalis kumpulan Exist yang telah mendapat tempat ketiga di dalam Gegarvaganza.

mamat exist

Sebelum ini, pengurus yang menaikkan nama Mamat iaitu Mie telah memaklumkan yang penyanyi tersebut menghilangkan diri kerana gelap mata akibat duit yang dimenanginya dalam program GegarVaganza. Mamat telah ditahan polis 9 malam tadi, selepas ujian air kencing positif Amphetamine. Mamat kini ditahan reman untuk siasatan lanjut.

mamat exist ditahan dadah

Agak menyedihkan apabila perkara ini berlaku ketika Mamat telah menaikkan namanya kembali. Sepatutnya Mamat harus bersyukur dengan peluang kedua yang diterimanya. Nampaknya masih tidak insaf lagi. Sama-samalah kita nantikan perkembangan lanjut kes ini.

Written by AbangNara | March 27th, 2015

Abang Nara baru tahu rupa-rupanya Noorkumalasari adalah adik kepada Anita Sarawak. Lemah juga pengetahuan diri ini. Hehehe. Maafkan diri ini. Sejak kebelakangan ini ada desas-desus bertiup kencang yang kononnya Anita Sarawak telah pun bercerai dengan suaminya, Mahathir Abdullah. Oleh kerana Anita Sarawak berada di Las Vegas, maka agak sukar untuk mendapatkan maklumbalas tentang gosip ini. Namun, Noorkumalasari telah muncul dan memaklumkan bahawa desas-desus tersebut adalah palsu dan fitnah semata-mata.
anita

Anita Sarawak kini tinggal di Las Vegas dan merupakan suri rumah sepenuh masa untuk suaminya Mahathir Abdullah. Noorkumalasari telah pun berhubung secara telefon dengan Anita Sarawak 2 bulan yang lalu dan tiada sebarang informasi tentang penceraian tersebut. Kata Noorkumalasari.

Kali terakhir saya berbual dengannya menerusi telefon kira-kira dua bulan lalu dan saya sendiri bertanya kepadanya tentang gosip mengatakan dia sudah berpisah dengan Mahathir dan dia memberitahu perkara itu tidak benar. Laporan yang keluar mengenai perkara itu adalah fitnah dan ini bukan perkara baru. Paling baik mendoakan kebahagiaannya dengan suaminya.

Kehidupannya adalah di Las Vegas malah dia tidak berhasrat untuk pulang ke Malaysia dalam masa terdekat ini. Bukannya kerana dia sudah bercerai atau ingin mengelak daripada sesiapa sebaliknya dia gembira dengan kehidupannya sebagai suri rumah selain menguruskan bisnes bersama suami.

noorkumalasari

Ingatkan dah berusia seperti Anita Sarawak tak adalah lagilah gosip murahan sebegini. Tup-tup tetap ada juga. Inilah dugaan yang harus diterima sebagai seorang selebriti walaupun tinggal nun jauh di Las Vegas. Sama-samalah kita doakan Kak Nita dan suami terus bahagia sehingga ke akhir hayat. Sekali sekala kalau berkesempatan, pulanglah ke Malaysia. Rindu juga nak dengar suara lunak beliau. Tak gitu? Sumber Mstar Online.

P.S: Buat robot Transformers daripada besi buruk

Written by AbangNara | March 27th, 2015

Setelah membiarkan para peminat berteka-teki, akhirnya Tasha Shila membuat pengakuan yang dirinya sudah putus cinta dengan Hans. Pengakuan tersebut dilakukan menerusi program H!Live semalam. Rupa-rupanya Tasha dan Hans sudah sebulan ‘clash’. Namun punca perpisahan tidak dimaklumkan oleh Tasha. Apa pun, Tasha Shila kini single dan available. Ada can la jejaka-jejaka kat luar sana nak mengorat.
tasha shila putus hans Walaupun ada desas-desus menyatakan perpisahan mereka disebabkan kehadiran orang ketiga, Tash Shila enggan mengulas perkara tersebut. Kata Tasha Shila:-

Kami dah tiada apa-apa hubungan, sebelum ini pun kami berkawan rapat saya anggap ini adalah suratan takdir dan masing-masing telah pun buat haluan sendiri. Kalau perpisahan kami disebabkan oleh orang ketiga, hal itu saya saya enggan komen dan tidak mahu mengulas lanjut, itu semua hanya ‘rumors’.

Dah hampir sebulan kami bukan lagi pasangan kekasih, ini semua pengajaran buat saya, untuk bercinta dan berkasih sayang kita perlu berkorban dan jujur antara satu sama lain. Saya dengan Hans masih baik, tiada perasaan dengki mahupun berdendam dengannya, saya dah berusaha tapi Tuhan telah menentukannya

tasha

Abang Nara percaya ramai lelaki yang jujur, baik hati dan ikhlas mahu bercinta dan menyunting Tasha Shila sebagai kekasih dan seterusnya menjadi seorang isteri. Cuma Tasha kenalah cari di tempat yang betul. Awal-awal ‘clash’ ini mungkin boleh rileks tenangkan diri terlebih dahulu. Jangan tergesa-gesa mencari pengganti. Satu hari nanti, pasti akan ketemu jua insan yang sesuai dengan anda. Good luck Tasha Shila. Sumber portal Murai.

Page 6 of 54« First...45678...203040...Last »