Written by serenity | March 30th, 2015

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita pelakon Yatt Hamzah, 35, telah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Abdul Mutalib Abdul Shukor, 35.

Sebab-sebabnya tidak diketahui, namun begitu, Yatt telah membuat permohonan kepada pihak mahkamah untuk menangguhkan kes sebutan cerai beliau kerana ingin menyelesaikan kemelut rumah tangga bersama suami secara baik dan meminta tempoh sehingga sebulan.


 photo 11017581_1481497438737440_216023674_n.jpg

Bagaimanapun, Yatt telah memberitahu mStar Online yang setelah pulang dari Syria, dia menyesali tindakannya memfailkan perceraian terhadap suaminya itu. Ini kerana dia melihat sendiri bagaimana wanita-wanita Syria tetap tabah dan bertahan tidak berkahwin lain kerana ingin ke syurga bersama suami yang telah terkorban.

Sebagai seorang manusia biasa kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan, begitu juga saya yang tidak sempurna. Bila saya ke Syria barulah saya sedar bahawa masalah rumah tangga saya hanya masalah kecil jika ingin dibandingkan dengan wanita di Syria.

Banyak perkara yang menyedarkan saya dengan apa yang saya hadapi sekarang tidak seteruk mana pun.

Tindakan itu membuatkan saya malu dengan diri sendiri yang cepat melatah dengan membawa masalah rumah tangga saya yang tidak seberapa ini ke mahkamah.

Balu-balu wanita disana terlalu tabah hingga mereka tidak mahu berkahwin lain semata-mata untuk bersama suami di syurga nanti.

Dia juga memberitahu dia banyak bermuhasabah diri sepanjang berada di Syria bagi memperbaiki hubungan rumah tangganya.


 photo 10979694_391641011016102_1089321139_n.jpg

Apa yang penting, dia kini melihat suaminya sebagai satu-satunya lelaki yang ditakdirkan Allah untuk melindungi keluarganya sepanjang hayat.

Pasangan ini memiliki seorang anak perempuan, Suci Malika Hanania, 5.

Saya sedar hanya dia sahaja lelaki terbaik yang telah ditakdirkan untuk saya.

Insya-Allah doakan yang terbaik agar kami terus bersama sebagai suami isteri.

Rumahtangga mana yang tidak dilanda badai, ya tak? Apa yang penting ialah kematangan untuk menerima sesuatu masalah itu dan cuba menyelesaikannya sebaik mungkin. Mungkin ada hikmahnya yang belum kita tahu.

Semoga Yatt dan suami akan kekal berumahtangga hingga ke akhir hayat.

To all who love martial arts!…We would be honored to have you to join us at Dewan Martabat, Bintulu for our Program…

Posted by JKKN Sarawak on Sunday, 29 March 2015

 
Written by serenity | March 29th, 2015

Diam tak diam rupanya puteri kesayangan Erra Fazira dan Engku Emran iaitu Engku Aleesya telah menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke-6 hari ini. Dalam satu majlis bertemakan puteri Disney, kedua-dua Erra dan anak kesayangannya itu mengenakan gaun seperti Cinderella.


 photo 11055980_1376297259363746_1863261902_n.jpg
Walaupun telah berpisah, kedua Erra dan Emran tidak mempunyai masalah untuk bersama-sama menyambut hari kelahiran anak mereka itu. Pasangan anak-beranak ini kelihatan comel sekali dalam gaun Cinderella mereka.

lagi 46 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Bersama Erra.

 
Written by AbangNara | March 29th, 2015

Pandai sungguh Adira dan Shahrul menyorok perkembangan percintaan mereka. Dalam diam rupa-rupanya pasangan kekasih ini telah pun mengikat tali pertunangan pada 22 Disember 2014. Lebih menarik, kedua-duanya telah merancang untuk berkahwin pada bulan September ini. Majlis pertunangan tersebut telah berlangsung serba ringkas dengan kehadiran keluarga Adira dan Shahrul di Kundasang, Sabah, rumah Adira.

gambar adira dan shahrul bertunang

Pasangan sama cantik sama padan ini telah pun bercinta sejak beberapa tahun lalu dan ada kalanya bergaduh seperti pasangan lain. Menarik juga teknik Shahrul memujuk Adira. Anda kena baca di BiPop hari ini. Abang Nara kongsikan sedikit kata-kata Adira tentang percintaannya dengan Shahrul yang merupakan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia. Kata Adira:-

Saya tidak tahu kenapa menyukainya mungkin sebab dia adalah Shahrul Nasrun. Bukan saya pandangan ketampanan atau kebendaan. Saya tidak suka lelaki berjanggut, tetapi apabila mengenalinya, persepsi saya berubah. Seksi juga lelaki berjanggut.

Shahrul seorang yang baik hati dan berdikari, selain mementingkan kekeluargaan. Saya bahagia bersamanya. Shahrul tegas orangnya tetapi dia sering membuatkan saya gembira.

Memang ramai yang tidak tahu kami sudah bertunang. Saya bukan mahu menipu atau menyembunyikan hakikat sebenar, namun pertunangan itu hanya ikatan yang tidak menjanjikan kepastian. Disebab itu saya tidak berani untuk menguar-uarkan terlebih dahulu.

Majlis pertunangan berlangsung ringkas, hanya dihadiri keluarga. Hanya apabila tarikh sudah ditetapkan baru saya berani bersuara. Insya Allah kami akan melangsungkan pernikahan pada September nanti.

gambar adira dan shahrul bertunang

Alhamdulillah. Tahniah diucapkan atas berita gembira ini. Pasti para peminat pun turut sama tumpang gembira. Tak sabar nak menunggu hari pernikahan Adira dan Shahrul. Pastinya kedua-duanya akan kelihatan cantik berseri-seri di hari bahagia mereka. Sama-samalah kita doakan agar segalanya berjalan lancar. Semoga dipermudahkan. Amin. Sumber BiPop.

Written by AbangNara | March 29th, 2015

Penahanan seorang pelakon berusia 37 tahun di Pagoh semalam dipercayai ada kaitan dengan usaha rangkaian dadah mahu memindahkan makmal syabu di Kuala Lumpur ke daerah ini.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, ini berdasarkan penemuan pelbagai peralatan dan bahan kimia dalam kenderaan pelakon lelaki itu yang biasanya digunakan sindiket untuk memproses syabu.

“Kita percaya mereka baharu sahaja berpindah dari sebuah kawasan di Midvalley, Kuala Lumpur ke daerah ini dan jika dilihat kelengkapannya, pusat pemprosesan baharu untuk syabu ini mampu memproses dadah sehingga lima kilogram pada satu masa.

“Ini juga berdasarkan penemuan dadah jenis syabu seberat lebih 1.3 kilogram. Bagaimanapun, kita masih lagi menjalankan siasatan lanjut,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar di sini hari ini.
Pelakon tersebut yang merupakan anak kepada seorang dramatis ditahan buat kali keempat berkaitan kes dadah semasa menaiki sebuah kereta Honda Jazz dalam satu sekatan jalan raya di hadapan sebuah stesen minyak di Pagoh pada pukul 1.40 pagi semalam.
benjy Dia ditahan bersama seorang rakannya berusia 28 tahun yang memandu kereta terbabit dan pemeriksaan menemui empat peket syabu dalam satu ruang di tempat letak kaki di bahagian belakang selain beberapa barangan disyaki untuk memproses dadah.

Turut ditemui empat botol kaca mengandungi bahan kimia tertulis HmbG Chemicals, Bendosen Aceton, Bendosen Toluene dan Bendosen Calcium Chloride serta kelengkapan lain seperti alat penyuling, balang dan corong kaca, pengering serta dapur elektrik.

Azman berkata, nilai dadah itu dianggarkan RM660,000 dan kedua-dua suspek direman sehingga 2 April ini sementara ujian air kencing mendapati pelakon tersebut negatif dadah manakala rakannya positif.
benjy “Pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti suspek lain yang berkemungkinan turut terbabit dalam kes ini,” katanya.

Tambah beliau, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang jika disabitkan kesalah seseorang itu boleh dihukum gantung sampai mati. Sumber Harian Metro dan Kosmo.

Page 4 of 54« First...23456...102030...Last »