Written by AbangNara | March 30th, 2015

Tahun lalu, seluruh peminat Running Man digembirakan dengan kehadiran 5 orang anggota program hiburan tersebut ke Kuala Lumpur. Kali ini, para peminat Malaysia sekali lagi boleh bergembira apabila kehadiran kesemua ahli Running Man iaitu Jae Suk, Seok Jin, Gary, Kim Jong Kook, Ha Ha, Kwang Soo dan Song Ji Hyo akan turun ke Tasik Bakun, Sarawak untuk menjalani penggambaran salah sebuah episod di situ. Memang daebak!!!

running man di Malaysia

5 ahli Running Man tahun lalu di Malaysia

Pemilihan Tasik Bakun, Sarawak sebagai lokasi penggambaran adalah kerana keunikan tempat tersebut dan juga sambil menghadiri Festival Filem Antarabangsa Asia (AIFFA 2015) yang akan berlangsung di Kuching, Sarawak pada 9 sehingga 11 April depan sebagai tetamu khas. Tidak diketahui tarikh tepat penggambaran tersebut akan dilakukan, namun pastinya ia sekitar tarikh di atas. Fuh!!! Ini rasa nak pergi book chalet/hotel/rumah sewa di sekitar Tasik Bakun nie.

running man

Jadi jika anda peminat tegar Running Man, inilah satu-satunya peluang untuk anda melihat mereka beraksi secara ‘live’. Kenalah berkorban sedikit. Sedangkan Korea pun boleh dijelajahi, inikan pula Tasik Bakun. Hehehe. Selamat berjuang!!!

Written by Bella | March 30th, 2015

 Semalam, kita digemparkan dengan berita pengacara terkenal Awal Ashaari dan rakan Izuan Mokhtar telah terlibat dalam satu kemalangan yang agak teruk, ketika dalam perjalanan ke lokasi karnival Jom Heboh di Melaka bagi menjayakan program Melodi. Dalam beberapa foto yang tersebar di media sosial, kereta Awal Ashaari sudah remuk teruk dan beliau telah dikejarkan ke Hospital Melaka untuk rawatan lanjut.

Menurut isteri tercinta Scha Al-Yahya, suaminya tidak mengalami sebarang kecedaraan serius tetapi merasa trauma apabila mengenangkan kejadian buruk tersebut.

Alhamdulillah dia baik dan saya bersyukur dia tidak mengalami sebarang kecederaan yang serius selepas pemerikasaan semalam (Ahad). Dia beritahu saya apa yang dia rasa cuma sedikit trauma sahaja.

Awal sudah dipindahkan ke sebuah pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur bagi mendapatkan rawatan lanjut dan mungkin akan keluar beberapa hari lagi.

Dia sudah dipindahkan di sini (Kuala Lumpur) dan mungkin dalam beberapa hari lagi dia akan keluar. Semua itu bergantung kepada keputusan dan pemeriksaan doktor.

Syukurlah Awal Ashaari tidak mengalami kecederaan yang serius. Kalau lihat pada keretanya yang sudah remuk teruk mungkin faktor kelajuan juga perkara ini berlaku. Apa-apa pun sebelum memulakan perjalanan pastikan keadaan tayar dan kenderaan masih elok.

Sumber Berita: mStar Online

Written by Bella | March 30th, 2015

Sekitar minggu lepas, kisah Syafiq Kyle yang telah memukul Uqasha Senrose sehingga mendatangkan kecederaan pada bahagian muka  cukup hangat diperkatakan. Meskipun, Syafiq sebelum ini pernah menyatakan ia sekadar gosip semata-mata, namun masih terdapat segelintir pihak yang mempercayai berita tersebut.

Bagi menjernihkan keadaan, Uqasha turut menafikan perkara tersebut dan menjelaskan jika benar perkara tersebut berlaku tentu sekali beliau tidak akan berdiam diri dan melaporkannya pada pihak berkuasa.

Kalau betul saya dipukul oleh Syafiq, sudah tentu ada laporan polis yang dibuat. Saya sendiri tak tahu dari mana datangnya cerita begitu dan tiba-tiba sahaja nama saya panas.

Tambah Uqasha, beliau tidak faham mengapa orang ramai sering mengaitkan namanya dan menyifatkan kes Syafiq memukulnya sengaja direka oleh pihak tertentu.

Saya sendiri tak tahu mengapa orang sering kali nak mengaitkan nama saya dengan cerita-cerita yang tak betul. Macam juga cerita yang dipukul itu, semuanya berpunca daripada gosip yang mengatakan saya diintai oleh anak hartawan.

Perkara itu tak betul dan ditambah pula dengan komen peminat di laman sosial yang mengatakan saya dipukul oleh Syafiq. Mungkin peminat itu sengaja menulis benda karut dan tak perlu dilayan.

Berbicara soal status hubungan beliau bersama Syafiq, Uqasha memberitahu mereka tidak pernah bercinta dan hanya sekadar teman rapat.

Antara saya dan Syafiq hanyalah teman rapat sahaja. Kami tak bercinta seperti yang diperkatakan umum dan saya sendiri sudah berkali-kali membuat penafian tentang perkara itu.

Dari awal lagi kami sudah jangka bahawa perkara ini tidak betul. Takkanlah kalau orang sudah mengasari kita tiada tindakan yang akan dilakukan bukan? Siapa yang mahu terus menjadi punching bag lelaki kan?

Sumber Berita: Utusan Online

Written by serenity | March 30th, 2015

Dia mula dikenali kerana berkahwin dengan Abby Abadi. Kalau mula-mula keriuhan timbul kerana perkahwinan mereka dijalankan secara rahsia, kemudiannya perceraian Noor Farhan Che Bakar dengan selebriti itu mendapat tumpuan ramai kerana berlaku tidak sampai setahun usia perkahwinan mereka dan dalam situasi yang menimbulkan kontroversi pula.

 photo Farhan7.jpg
 photo Farhan4.jpg
Baru-baru ini Farhan telah muncul di Mangga Online, bergaya persis model, sepadan dengan bidang yang ingin diceburinya iaitu peragaan untuk iklan komersil dan katalog serta bidang lakonan. Katanya dia hanya ingin mencuba nasib dan bukannya menumpang nama Abby:

Hari ini saya menjalani sesi casting pertama dan alhamdulillah saya lepas untuk ke peringkat kedua pula selepas ini. Segala-galanya macam pantas sahaja.

Ia bermula bila saya diperkenalkan oleh seorang kawan kepada pihak yang pernah menguruskan talent agency, Jamal Tommy Talent Agency. Semalam saya dapat panggilan untuk pergi casting.

Saya masih baru lagi dan berterima kasih kepada pihak yang memberikan tunjuk ajar kepada saya.

Kawan-kawan saya sarankan saya mencuba nasib dalam bidang seni. Pada mulanya saya berat hati juga sebab dah rasa peritnya bila menjadi tumpuan dengan isu sensasi. Saya akui ketika pertama kami saya bercakap dengan media, saya memang takut-takut. Maklumlah saya tak pernah lalui semua itu.

Tapi ia sebenarnya memberi kekuatan kepada saya dan saya menjadi seorang yang lebih berani dan tidak malu-malu lagi.

Untuk persediaan diri sebagai model dan pelakon, Farhan giat bersenam di gimnasium dan sudah berjaya menurunkan 10kg dari berat 90kg. Dia bercadang untuk menurunkan sebanyak 10kg lagi untuk mencapai berat badan asal.

Adakah Farhan memiliki bakat untuk menyertai bidang lakonan? Nampaknya seseorang perlu memberi peluang kepada Farhan terlebih dahulu baru kita tahu, tak gitu? Manalah tahu bakat Farhan setanding pelakon-pelakon sasa Korea Selatan, mungkin berpeluang menjadi hero slot drama Samarinda nanti. Harap-harap begitulah.

All the best buat Farhan.

Page 3 of 5412345...102030...Last »