Written by Bella | March 31st, 2015

Nama pelakon Ungku Ismail Aziz semakin mendapat tempat di hati ramai dan popular selepas berjaya mempersembahkan lakonan hebat menerusi drama Teman Lelaki Upahan gandingan bersama Elizad Sharifuddin.  Sudah 10 tahun berkecimpung dalam bidang seni, Ungku Ismail mengakui tidak pernah menjadi perhatian sehingga begini besar oleh masyarakat sehingga membuatkan jejaka tersebut merasa sedikit janggal.

Walaubagaimanapun, beliau tidak mahu terbawa-bawa dengan perhatian yang diberikan kerana menyedari ia hanya bersifat sementara.

Saya berlakon sudah lama tetapi menerusi Teman Lelaki Upahan adalah kali pertama saya mendapat perhatian yang begitu besar sehingga membuatkan saya tidak selesa kerana tidak biasa dengan situasi itu.

Bagaimanapun saya tanam dalam minda bahawa perhatian itu hanya bersifat sementara dan ia akan reda selepas ini.

Buat Ungku Ismail, populariti yang dikecapinya kini akan digunakan sebaiknya untuk mengukuhkan lagi nama beliau di dalam industri seni tempatan.

Berbicara mengenai keserasian beliau bersama Elizad yang cukup mantap, Ungku Ismail pada mulanya merasa sedikit kekok untuk melakonkan adegan romantis bersama aktres tersebut kerana sedar beliau adalah kekasih orang.

Saya tahu Elizad sudah mempunyai teman lelaki dan bakal berkahwin, ia menyebabkan saya jadi sedikit canggung untuk melakonkan babak-babak romantis dengannya.

Bagaimanapun saya bersyukur adegan romantik di antara kami tidak terlalu berat dan Elizad sendiri sangat profesional ketika penggambaran.

Ungku Ismail Aziz mempunyai auranya tersendiri, mungkin segala usaha keras beliau akhirnya berbayar.  Teruskan dengan lakonan mantap anda kami pasti anda boleh pergi jauh.

Sumber Berita: mStar Online

Written by AbangNara | March 31st, 2015

Nama Ungku Ismail Aziz kini semakin popular dan digilai ramai selepas lakonan hebatnya di dalam drama Teman Lelaki Upahan. Memegang watak El, lakonan bersahajanya bersama Siti Elizad telah membuatkan ramai gadis di luar sana jatuh cinta dengannya. Menariknya, Ungku Ismail Aziz telah pun berkecimpung dalam dunia lakonan selama 10 tahun. Hanya selepas drama TLU ini barulah namanya menjadi sebutan.

ungku ismail aziz

Pemilik nama penuh Ungku Ismail Bin Ungku Abdul Aziz bukanlah calang-calang orangnya. Mempunyai ijazah dalam jurusan Kejuruteraan Mekanikal dari University of Strathclyde, Glasgow, Scotland, United Kingdom, Ungku Ismail Aziz dilahirkan pada 26 Disember 1985. Selepas drama Teman Lelaki Upahan, lakonannya di dalam drama Hajat juga mula mencuri tumpuan. Adakah Ungku Ismail Aziz akan menjadi hero Malaya yang baru? Sama-samalah kita nantikan.

ungku ismail aziz

Semoga bintang Ungku Ismail Aziz akan terus bersinar. Memang ada pakej untuk berjaya. Lakonan pun hebat. Yang penting lepas popular jangan lupa diri dan pastikan terus berdisplin serta menghargai peminat. Ikuti Instagram @UngkuIsmailAziz dan LIKE Facebook Ungku Ismail Aziz jika anda adalah peminatnya. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by Bella | March 31st, 2015

Kisah percintaan Emma Maembong dan Zizan Razak penuh denga drama, sekejap putus sekejap sudah berbaik dan kemudian keluar pula kenyataan tidak pernah bersatu semula. Boleh dikatakan macam-macam kisah yang kita dengar mengenai percintaan mereka.

Zizan pula nampaknya tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai perkara tersebut tetapi baru-baru ini beliau  telah memuat naik foto bersama kapsyen berbaur sindiran terhadap seseorang.

Aku: kau tak paham ke aku tak nak kau

Dia: Awak please saya suka awak saya nak awak menjadi suami saya yang sah

Aku: dahla aku nak balik bye

Beberapa pihak mempercayai bahawa ia ditujukan buat Emma Maembong dan sedikit sebanyak menimbulkan provokasi  kepada satu pihak yang lain. Mungkin kah ia jawapan kepada persoalan hubungan beliau dan Emma?

Bila kami baca kapsyen tersebut memang ayat Zizan Razak ni makan dalam. Kalau orang berkenaan yang baca memang sentap dibuatnya. Apa-apa pun masalahnya, rasanya tidak perlu kalau kita hendak sindir-meyindir kan? Tak ada faedahnya.

 

Written by Bella | March 31st, 2015

Bila sebut sahaja nama Ramona Zam Zam, perkara yang akan di ingati ramai adalah wajahnya yang jelita selain kontroversi beliau sehingga dilabelkan sebagai perampas. Pernah dikatakan sebagai punca Dazrin Kamarudin dan Amyra Rosli tidak jadi berkahwin, segalanya kini sudah terjawab apabila Ramona bakal bernikah dengan jejaka daripada Palestin, Rami Alashkar.


Memilih tarikh 15 Mei depan untuk bernikah, Ramona bagaimanapun menjelaskan beliau tidak akan melangsungkan sebarang majlis bertunang.

Alhamdulillah, saya kini dalam proses persiapan untuk melangsungkan majlis pernikahan lebih kurang sebulan sahaja lagi. Saya memilih untuk terus bernikah dan tidak akan ada majlis bertunang.

Buat masa ini, kami rancang adakan majlis akad nikah di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta. Bagaimanapun ada pihak berhajat untuk menaja majlis akad nikah kami. Jadi kemungkinan besar lokasi dan masa akan berubah jika kata sepakat dicapai dengan penaja. Apa yang penting, tarikhnya tetap sama.

Ramona dan Rami sudah mengenali ketika mereka sama-sama menuntut di Kolej Segi. Sikap memahami Rami membuatkan Ramona merasa selesa serta tidak menghalang beliau untuk meneruskan karier dalam bidang lakonan selepas bergelar isteri nanti.

Saya bukan jenis yang pilih lelaki luar, tetapi pengalaman saya bercinta dengan lelaki tempatan membuatkan saya sedikit serik. Berbeza dengan Rami kerana dia tidak mengongkong saya, jauh sekali bersikap cemburu buta. Pendek kata, semuanya senang dan aman.

Dia juga amat memahami saya dan tidak menghalang saya meneruskan karier seni selepas berkahwin. Itu yang penting kerana saya bukan jenis yang boleh duduk diam dan suka bekerja, tapi bukan bermakna sehingga mengabaikan tanggungjawab saya.

Majlis resepsi Ramona dan Rami akan diadakan pada bulan Jun di kampung halamannya di Ipoh, Perak dan sebuah lagi majlis resepsi akan diadakan di Kuala Lumpur pada September.

Nampaknya sekarang semakin ramai wanita Malaysia yang memilih jejaka asing untuk dijadikan suami. Katanya mereka lebih penyayang dan serius dalam perhubungan berbanding jejaka tempatan. Mungkin ada betulnya juga tetapi masih ada jejaka Malaysia yang loving kan?

Sumber Berita: Sinar Harian

 

 

 

Page 1 of 541234567...Last »