Written by Bella | February 26th, 2015

Majlis persandingan Yana Samsudin dan Fadzil Zahari yang telah berlangsung di Dataran Gemilang Yong Peng, Johor pada tanggal 14 Februari lalu cukup meriah dan telah dihadiri lebih daripada 10 ribu orang.

Walaubagaimanapun, dalam kemeriahan tersebut terdapat sedikit masalah dimana makanan yang disediakan tidak cukup kerana tidak menjangka sambutan yang begitu baik daripada warga Yong Peng. Berikutan hal tersebut, Yana telah tampil memohon maaf kepada peminat dan tetamu jemputan yang tidak dapat menikmati makanan kerana ia telah habis sebelum majlis persandingan lagi.

Saya berterima kasih pada tetamu yang datang sama ada diundang atau pun tidak, namun saya meminta maaf andai ada kekurangan yang berlaku pada majlis tersebut.

Tetamu yang datang memang lebih daripada jangkaan kami iaitu dekat 10,000 orang. Kad jemputan diedar dalam 700 keping dan kami jangka hanya tiga kali ganda sahaja untuk makanan. Itu pun pada saat-saat akhir saya tambah untuk 2,000 orang dan ibu saya tambah lagi untuk 2,000 orang.

Saya dapat tahu makanan tersebut habis pada pukul 8 malam sebelum kami bersanding lagi.

Jika mengikut aturcara pada kad jemputan, jamuan makan bermula jam 4.30 petang sehingga 10.30 malam manakala ketibaan pengantin pula pada jam 8 malam.

Dalam pada itu Yana turut meminta maaf kepada pengunjung yang hadir kerana tidak dapat tempat duduk dan bersesak-sesak ketika menyaksikan persandingan itu. Jelas pelakon siri Adnan Sempit itu tempat duduk VVIP turut dirempuh oleh beberapa peminat yang bertindak di luar kawalan pihaknya.

Kami menyediakan 30 orang petugas Rela untuk mengawal majlis tersebut tetapi ia tidak mencukupi dan ketika majlis persandingan bermula pada kira-kira pukul 8.30 malam, ada segelintir yang merempuh tempat duduk VVIP.

Selalunya jika kita mengadakan majlis di tempat terbuka dan boleh dihadiri oleh peminat dan orang awam, semestinya jumlah hadirin yang hadir luar daripada jangkaan. Mereka merasa seronok dan teruja untuk melihat artis pujaan mereka bersanding kerana ia bukanlah satu peluang yang serign mereka dapat bukan?

Sumber Berita: mStar Online

Written by Bella | February 26th, 2015

Semalam kita dikejutkan dengan sebuah lagi video ugutan terbaru daripada pihak pengganas Anak Malaysia Anti Demokrasi yang ingin membunuh Ketua Polis Negara. Namun, apa yang menjadi perhatian ramai ialah mereka  sekali lagi telah menggunakan foto artis dalam video mereka. Kali ini Jaafar Onn pula telah menjadi mangsa mereka.

 Susulan perkara tersebut, Jaafar Onn yang sedar foto beliau telah tampil dalam video tersebut menyatakan beliau tidak gentar dan tidak mahu membuat laporan polis buat masa ini kerana tidak mempunyai sebarang masalah dengan pihak pengganas.

Itu permainan mereka dan rasanya tidak perlu saya layan dengan membuat laporan polis kerana ia membuang masa.

Mereka juga bukanlah orang yang berani kerana muka sendiri pun berselindung disebalik topeng.

Jika Nora Danish merasa risau dan fobia untuk keluar daripada rumah setelah gambar beliau digunakan dalam video pengganas, Jaafar Onn pula nampaknya kelihatan lebih tenang dan menyerahkan segalanya kepada Allah.

Dalam zaman Internet ini, macam-macam hal dan ramai orang yang terlebih pandai. Saya serahkan keselamatan diri saya kepada Allah. Hidup mati kita ini, Allah yang tentukan.

Dalam video terbaru pengganas tersebut, tiga lelaki lengkap berpakaian serba hitam dan bertopeng sambil memengang foto wajah Jaafar Onn menyatakan ugutan bunuh terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dengan meletupkan keretanya.

Kadang-kala jika kita melayan sesetengah pihak yang tidak mempunyai masalah dengan kita, ia adalah satu perkara yang membuangkan masa. Walaubagaimanapun, tidak salah untuk kita berhati-hati akan perkara yang tidak boleh diramal.

Sumber Berita: mStar Online

Written by AbangNara | February 26th, 2015

Percintaan Akim Ahmad dan Stacy Angie kini menjadi topik perbualan orang ramai. Rata-rata melahirkan rasa gembira kerana akhirnya pasangan ini tampil membuat pengakuan. Iyerlah, rasanya semua orang dah boleh teka mereka bercinta. Cuma mungkin masing-masing malu hendak mengaku. Apa pun, percintaan mereka berdua telah pun mendapat restu keluarga walaupun berbeza agama.

akim dan stacy

Apabila berkahwin kelak, pastinya Stacy akan memeluk agama Islam seperti yang kita semua sudah sedia maklum. Namun buat masa ini, Akim enggan memaksa kekasihnya itu. Malah Akim juga mengakui dirinya tidaklah pandai sangat dan tidak layak mengajar Stacy tentang Islam. Satu pengakuan yang sangat jujur. Kata Akim:-

Proses untuk memeluk agama Islam saya serahkan kepada Stacy kerana kalau hati dia telah dibuka, Insya-Allah dia dengan sendiri akan buat. Saya tidak letak sebarang tempoh atau paksaan untuk dia berbuat demikian. Biarlah datang dari hatinya sendiri.

Jujurnya saya bukanlah tahu sangat tentang agama tetapi jika dia tanya perkara tentang solat, Al-Quran dan perkara-perkara mudah yang lain saya akan jawab. Bukan tidak sudi untuk mengajarnya tetapi saya rasa tidak layak berbuat demikian dan sebaiknya dia belajar daripada ustaz atau ustazah

akim dan stac

Abang Nara setuju dengan tindakan Akim. Lebih baik Stacy pergi belajar dengan ustaz dan ustazah yang sudah tentu lebih berilmu dalam bab ini. Lagipun bab-bab belajar ini memang kena ada cikgu. Kalau belajar tanpa cikgu, silap gaya boleh sesat barat dibuatnya. Apa pun, semoga pintu hati Stacy terbuka untuk memeluk Islam sekaligus mempercepatkan majlis perkahwinan mereka. Sama-sama kita nantikan. Sumber Mstar Online.

P.S: Lotus perkenal Evora 400 baharu

Written by Bella | February 26th, 2015

Bila seseorang wanita itu menceburi bidang penyiaran ataupun hiburan pasti sahaja mereka akan menjadi popular dan menarik minat pelbagai golongan individu apatah lagi jika mempunyai bonus susuk tubuh menawan dan wajah yang jelita.

Baru-baru ini, timbul pulak cerita bahawa seorang personaliti TV terkenal tetapi sudah menyepi sejak mendirikan rumah tangga dan memilih untuk menjadi seorang ahli perniagaan sebenarnya sudah berkahwin dengan seorang VIP secara senyap.

 Walaubagaimanapun, ada mulut yang mempertikaikan status beliau sebagai isteri yang nombor berapa. Ini bukanlah perkahwinan kali pertama selebriti tersebut.

Jika benar mereka sudah bernikah, kita doakan sahaja perkahwinan ini akan berkekalan. Mungkin sudah tertulis jodoh beliau bersama VIP tersebut. Dapat tak anda meneka siapakah selebriti tersebut? Hehe.