Written by AbangNara | February 26th, 2015

Alhamdulillah. Sedap sungguh mata memandang pasangan suami isteri ini. Untuk makluman, Zain Saidin dan Che Ta kini berada di Tanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah. Mereka telah pergi berdua dan tidak membawa puteri sulung mereka, Aaisyah Dhia Rana. Sejuk mata melihat pasangan ini. Macam orang Arab!!!

che ta zain tunai umrah

Semoga Zain Saidin dan Che Ta mendapat umrah yang mabrur. Semoga segala ibadah mereka diterima. Semoga pintu hati Che Ta dibuka untuk berhijab sepenuhnya apabila pulang kelak. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Lelaki ini terapung dan menari di udara

 
Written by Bella | February 26th, 2015

Wujudnya beberapa laman sosial yang percuma, maka terdapatlah juga beberapa individu yang tidak bertanggungjawab dan mengambil kesempatan dengan populariti seorang artis untuk faedah mereka tersendiri. Mereka sedar bahawa dapat menarik mangsa apabila artis pujaan mereka membalas perbualan dan mempromosikan sesuatu.

Terbaru, pelakon Nabila Huda telah merasa bengang dengan akaun laman sosial Facebook palsu yang telah menggunakan nama beliau untuk mengaut keuntungan daripada orang ramai.

Nabila telah sempat untuk berkongsi salah satu perbualan didalam akaun Facebook tersebut kepada peminatnya di Instagram dan meminta agar mereka lebih berhati-hati dan tidak terpedaya dengan individu palsu tersebut.

This both facebook account adalah FAKE!!!!!!Korang jangan tertipu.Especially yang the right one.Yang belah kanan tu memang melampau sebab saya dengar dia ada message some of my fans MINTAK DUIT mintak simpati peminat dan ada yang dah bank in!!!Serious ah dah la fake acc nk curi gambar from instagram.Status yang dk update pun ikut suka hati dia je!Tolong jangan tertipu!Saya akan amik tindakan soon.Please spread the news okay.For ur information saya memang takde admin untuk fanpage on facebook.Saya ada satu saja fanpage yang adminnya adalah saya.i’ll post it later.PLEASE REPOST.

Harapnya  selepas ini tiada lagi yang tertipu dengan akaun palsu tersebut. Memang ada manusia yang mengintai peluang untuk menipu dan mengambil kesempatan, semata-mata untuk mencari duit.

Sumber Berita: murai.com.my

Written by Bella | February 26th, 2015

Siti Elizad, nama yang sudah agak lama berada dalam industri lakonan tempatan dan sering diperkatakan kerana keberkesanan dalam membawa sesuatu watak yang diberi. Sedang hangat dengan watak Kyra Lydia dalam drama bersiri adaptasi novel Teman Lelaki Upahan, nampaknya beliau bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.

Insya-ALLAH saya akan mendirikan rumah tangga pada tahun ini. Kalau ikutkan ia sepatutnya berlangsung April ini, tetapi kerana jadual kerja saya yang padat, ia ditunda ke satu tarikh lain.

Khabarnya, bakal suami Siti Elizad merupkan seorang duda dan merupakah salah seorang pekerja di syarikat permotoran jenama antarabangsa terkenal, Harley Davidson.

Aktres tersebut, sempat meluahkan rasa syukur kerana bakal suami adalah seorang yang memahami dan tidak menghalang minat beliau untuk bergiat aktif dalam lakonan selepas mendirikan rumah tangga.

Dia jenis yang tak mengganggu kerja saya. Umur dia sudah 43 tahun dan matang. Kalau sudah berkahwin pun dia tak menghalang untuk saya meneruskan kerjaya lakonan saya ini. Paling penting dia memang tahu saya suka berlakon.

Paling penting bila berkawan dengan lelaki berusia ini, dia tidak datangkan masalah pada saya. Senang cerita cukup susah kami bergaduh walaupun saya jenis senang merajuk.

Jejaka tersebut mempunyai dua orang anak dan sudah lama mengenali lelaki tersebut sebagai rakan abangnya.

Tahniah kami ucapkan kepada Siti Elizad kerana bakal menamatkan zaman bujang tidak lama lagi. Tidak kisahlah duda ataupun tidak, apa yang penting anda berdua harus jujur, memahami dan bertolak ansur diantara satu sama lain dalam mendirikan rumah tanggan yang bahagia. Giteww (macam doktor cinta la pulak).

Sumber Berita: Sinar Harian

Written by AbangNara | February 26th, 2015

Rupa-rupanya tahun ini Shaheizy Sam sudah pun berusia 33 tahun. Fuh~~~ Selalu lelaki Melayu di usia ini sudah pun berkahwin dan menimang 2 atau 3 cahaya mata. Namun buat Sam, jodoh yang dicari masih belum ditemui. Pelakon Adnan Sempit ini masih single sehingga ke hari walaupun sering dikaitkan dengan selebriti lain seperti Fazura, Syatilla Melvin dan Puteri Najwa. Agaknya siapakah gadis bertuah yang akan bergelar isteri kepada Shaheizy Sam suatu hari nanti?
shaheizy sam dan ibuSelama ini, semua orang pun mengetahui betapa rapatnya hubungan Shaheizy Sam dengan ibunya, Khaty Fauziah. Lebih selesa dengan nama panggilan ‘Mummy Khaty’, ibu Sam melahirkan rasa ‘penat’nya menjaga anaknya itu dan mahu agar Sam bertemu jodoh tahun ini. Kata Khaty Fauziah:-

Sampai bila dia hendak membujang? Usia pun sudah 33 tahun. Makan, minum dan pakai, mummy yang masih menjaga semuanya. Sam seorang anak yang manja. Asyik mummy saja yang menyuap dia makan. Jadi, mummy sudah penat. Biarlah orang lain pula yang menguruskan dirinya.

Mummy harap, Sam akan dapat isteri yang mampu menjaga dirinya seperti mana mummy lakukan selama ini. Soal pilihan hati, mummy serahkan kepada Sam kerana beliau yang akan meneruskan hidup sendiri. Kalau mummy cakap mummy hendak yang bertudung dan bukan dalam kalangan artis, mummy tetap tidak boleh buat apa-apa kalau pilihan Sam sebaliknya. Itu pilihan anak mummy dan mummy haruslah berkorban.

shaheizy sam dan ibu

Adakah cita-cita Mummy Khaty akan tercapai tahun ini? Adakah Shaheizy Sam akan bergelar seorang suami dalam masa terdekat? Abang Nara percaya Mummy Khaty tak sabar untuk melihat anak terunanya bersanding di atas pelamin dan mempunyai seorang isteri untuk menjaganya. Sama-samalah kita doakan yang terbaik. Sumber Berita Harian.