Written by AbangNara | February 27th, 2015

Bekas pemandu dianugerahkan RM150,000 sebagai ganti rugi selepas Mahkamah Tinggi mendapati pelakon Zahida Mohamed Rafik (Zahida Rafik) bertanggungjawab memfitnah bekas pekerjanya itu.

Hakim Datuk Hue Siew Kheng berkata, Noor Azman Azemi berjaya membuktikan terdapatnya unsur fitnah dilakukan terhadapnya.

Hue turut menolak tuntutan balas Zahida, yang menuntut bekas pemandunya memulangkan RM200,000 – dikatakan diambil daripadanya.
zahida rafik Zahida juga diperintahkan untuk membayar kos kepada Noor Azman sebanyak RM40,000.

Dalam saman malu yang difailkan oleh Noor Azman pada 27 November 2013, dia mendakwa Zahida menuduhnya melarikan wang sebanyak RM200,000.

Dia mendakwa Zahida memfitnahnya dalam akhbar tabloid Harian Metro berkenaan kehilangan wang berjumlah RM200,000 itu dan pada Mac 2012, pelakon dikatakan dengan niat buruk menawarkan ganjaran RM5,000 kepada sesiapa yang dapat menjumpai Noor Azman.

 
Written by AbangNara | February 27th, 2015

Aduh. Kesian sungguh dengan nasib yang menimpa Mamat Khalid. Mana tidaknya, kedua-dua pelakon utama filem arahannya, Werewolf Dari Bangladesh iaitu Zizan Razak dan Emma Maembong tidak hadir ke acara pratonton filem tersebut malam semalam. Mereka berdua sudah pun dimaklumkan tentang acara ini namun kelibat kedua-duanya tetap tidak kelihatan. Ini menguatkan lagi desas-desus keretakan perhubungan Zizan dan Emma.
mamat khalid zizan emmaPengarah filem tersebut, Mamat Khalid melahirkan rasa kecewanya dengan tindakan kedua-dua pelakon ini. Malah Mamat Khalid dilihat seolah-olah redha dengan nasib yang menimpa dirinya. Abang Nara pasti Mamat Khalid sedih kerana tunjang utama filem Werewolf Dari Bangladesh tidak hadir memberikan sokongan. Kata Mamat Khalid:-

Kalau diikutkan rasa kecewa, itu memang ada. Bagaimanapun, saya cuma tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan. Apatah lagi, mereka bukannya tidak tahu mengenai acara tayangan perdana bersama media pada malam ini.

Justeru, kalau boleh saya tidak mahu membuat sebarang andaian dan berharap mereka dapat tampil memberi penjelasan masing-masing.

Bagaimanapun, dari sudut pandangan saya kalau difikir-fikirkan balik saya yang perlukan mereka (pelakon) untuk menghasilkan filem ini. Saya yang beri tawaran kepada mereka.

Jadi, saya terpaksalah terima keadaan ini. Apa lagi, saya melihat diri adalah seorang pengarah yang kerdil dalam industri ini. Saya tetap yakin pada kekuatan filem ini meskipun dua orang watak utama itu tidak hadir untuk mempromosi filem lakonan mereka.

mamat khalid zizan emma

Sewajarnya Zizan dan Emma bersikap profesional dan tidak melibatkan permasalahan peribadi di dalam kerjaya. Biasalah orang bercinta memang banyak bergaduh. Namun ia tidak harus dijadikan alasan untuk tidak membantu sebarang promosi yang telah dijanjikan, lebih-lebih lagi filem lakonan sendiri. Pastinya Zizan dan Emma ada penjelasan tersendiri. Mungkin mereka terlupa kot. Sama-samalah kita nantikan penerangannya. Sumber Harian Metro.

Written by AbangNara | February 26th, 2015

Fuh~~~ Habis sudah cuti panjang sempena Tahun Baru Cina. Amcam cuti anda? Pasti ramai yang balik kampung kan? Abang Nara dan keluarga sempatlah menghabiskan masa di Zoo Melaka cuti kali ini. Saja bawak anak-anak jalan tengok haiwan. Seronok sangat-sangat!!!

petronas coffee break

Sebelum cuti panjang Tahun Baru Cina ini, Abang Nara telah menghadiri majlis pelancaran PETRONAS Coffee Break di RNR Tapah. Untuk tahun ke 16 berturut-turut, PETRONAS akan memberikan pouch beg percuma berisi kopi dan makanan ringan kepada pemandu-pemandu yang pulang ke kampung sempena Tahun Baru Cina ini. Satu inisiatif yang amat bagus dan bijak. Memang rasa mengantuk akan ada bila balik kampung lebih-lebih lagi bila jalan jem.

petronas coffee break

PETRONAS Coffee Break ini telah dirasmikan oleh PDB MD/CEO Mohd Ibrahimnuddin Mohd Yunus dan Senior General Manager Retail Shaharuddin Muhammad Sidek dengan diiringi tarian singa dan pukulan gendang yang cukup meriah (anda boleh ikuti @ibrahimnuddin di Twitter untuk lebih mengenali beliau). Abang Nara percaya ramai yang telah mendapat pouch beg istimewa di 39 stesen-stesen PETRONAS terpilih pada 14,15,20 dan 21 Februari yang laluLepas minum dan makan, badan pun rasa segar dan bolehlah teruskan perjalanan balik kampung.

petronas coffee break

Tue tengok tue Abang Nara pun dapat pouch beg PETRONAS Coffee Break. Hehehe. Muka gembira tak ingat. Rakan-rakan blogger yang lain pun gembira dan sangat kagum dengan usaha PETRONAS yang telah menjayakan Coffee Break ini untuk 16 tahun berturut-turut. Macam dah jadi satu budaya rakyat Malaysia. Untuk makluman, PETRONAS Coffee Break ini akan diadakan setiap kali perayaan Aidilfitri dan Gong Xi Fa Chai sebab masa itulah orang ramai berpusu-pusu balik kampung.
petronas coffee break

Ada tak antara anda yang sempat mengambil pouch beg istimewa PETRONAS Coffee Break bila balik kampung baru-baru nie? Kalau ada kongsikan di ruangan komen. Maklumat lanjut layar www.mymesra.com.my

Written by AbangNara | February 26th, 2015

Akhirnya setelah sekian lama menanti pengakuan daripada mulut Shaheizy Sam, pelakon hebat itu telah pun membuat pengakuan yang dirinya pernah bercinta dengan Puteri Najwa. Walaupun sejak kebelakangan ini dihimpit dengan nama-nama seperti Fazura dan Syatilla Melvin, Shaheizy Sam memaklumkan yang dirinya hanya mempunyai bekas kekasih bernama Puteri Najwa. Ini bermakna, Sam tidak pernah bercinta dengan Fazura seperti yang pernah digembar-gemburkan oleh pelakon wanita itu.
shaheizy sam dan puteri najwaWalaupun hubungan mereka tidak kesampaian ke jinjang pelamin, Puteri Najwa masih berhubung mesra dengan keluarga Sam sehingga ke hari ini. Malah kemesraan itu sering disalaherti sehingga wujudnya desas-desus percintaan mereka kembali bertaut. Namun ternyata itu semua sekadar desas-desus. Sehingga ke hari ini, Sam masih single. Kata Sam:-

Bagi Sam, pasangan bercinta pasti akan ada penghujungnya. Kalau tidak berakhir di alam perkahwinan, ia akan berhenti di tengah jalan (putus). Sam belum melalui zaman perkahwinan, tetapi pernah lalui situasi putus cinta.

Melihat dari sudut dan jalan penceritaan berkaitan Fazura, Syatilla, dan Najwa, hanya Najwa saja bekas kekasih Sam. Kekasih pasti ada penghujungnya. Akan tetapi, persahabatan dan kawan-kawan datang dan pergi. Apa yang Sam boleh katakan, ia adalah hubungan kawan-kawan saja.

shaheizy sam dan puteri najwa

Nampaknya Syatilla Melvin dan Fazura selama ini hanyalah bertepuk sebelah tangan. Hanya Puteri Najwa sahaja yang telah berjaya mencuri hati Shaheizy Sam. Mungkin kepedihan akibat putus cinta itu masih berbekas di hati Sam. Tidak sembuh lagi sehingga ke hari ini. Jawapannya hanya ada satu iaitu carilah kekasih baru. Semoga luka itu dapat diubati dengan kehadiran gadis lain dalam hidup Sam. Sumber Berita Harian.

Page 5 of 45« First...34567...102030...Last »