Written by Bella | February 1st, 2015

Baru-baru ini, timbul dakwaan bahawa Sharnaaz Ahmad dan Anis Al Idrus sudah putus cinta apabila aktor kelahiran Pulau Pinang itu memuat naik sebuah foto  burung terbang dengan kapsyen seakan-akan membebaskan ia pergi.

Menguatkan lagi gosip tersebut, Anis Al Idrus telah memadam semua gambar mereka berdua dari akaun Instagram miliknya yang berpunca daripada Sharnaaz Ahmad memuji persembahan Shila Amzah di AJL 29 menerusi Twitter.

Ramai yang mempercayai bahawa hubungan mereka kini tinggal sejarah. Namun, Sharnaaz Ahmad nampaknya belum bersedia untuk memberi sebarang komen berhubung hubungan cinta beliau yang sudah putus.

Maaf buat masa sekarang saya tidak mahu komen tentang hubungan ini.

Tunggulah, nanti bila sudah bersedia saya akan menjelaskan perkara tersebut.

Baru-baru ini juga, Sharnaaz Ahmad telah memuat naik foto beliau bersama seorang kanak-kanak lelaki dengan kapsyen bebaur sedang dilanda musibah.

Adik, awak datang masa abang dilanda musibah, tapi awak bagi abang sedar yang hidup kita mungkin susah tapi kita ada istimewa masing-masing.

Contoh kelebihan yang awak ada awak bagi sekeliling rasa bertuah bila ada disekeliling awak. Adik Hizri bagi saya senyuman yang dah lama lupa macam mana senyuman jujur dan ikhlas.

Buat masa ini, tiada lagi kenyataan yang dikeluarkan oleh Anis Al Idrus berhubung perkara tersebut. Kata orang bunga bukan sekuntum kumbang bukan seekor. Kalau sudah tiada lagi jalan untuk berbaik, lepaskan ia pergi.

Sumber Berita: mStar Online

Written by serenity | February 1st, 2015

Bintang filem antarabangsa, Jackie Chan adalah antara 71 individu yang telah dikurniakan bintang Panglima Mahkota Wilayah, yang membawa gelaran Datuk oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu’adzam Shah bersempena Hari Wilayah hari ini.

 photo 10955186_10153093650524533_6652754746214481895_n.jpg

Gambar: Esma Daniel

 

Tahniah diucapkan kepada Datuk Jackie yang legendary. Sememangnya beliau layak dengan gelaran tersebut memandangkan sudah banyak kali menggunakan Malaysia sebagai lokasi penggambaran filemnya yang seterusnya mempopularkan Malaysia. We love you, Datuk Jackie!

Written by AbangNara | February 1st, 2015

Akhirnya, dalam diam, rupa-rupanya Yana Samsudin bakal mengakhiri zaman gadisnya pada 13 Februari ini. Tak sampai 2 minggu sahaja lagi. Jejaka bertuah yang berjaya mencuri hatinya itu tidak lain tidak bukan ialah Fadzil Zahari, adik kepada Farid Kamil. Mereka berdua sebelum ini pernah digosipkan bercinta namun kedua-duanya menafikan dan memaklumkan hubungan mereka sekadar kawan baik sahaja.

yana samsudin kahwin fadzil zahari

Yana dan Fadzil mula berkenalan ketika kali pertama bertentang mata pada tahun 2008 di set penggambaran Rempit V3. Kemudian hubungan mereka semakin rapat selepas hampir setiap hari bertemu ketika penggambaran filem Kongsi. Menariknya Fadzil Zahari pernah menghantar rombongan merisik pada tahun 2010 namun Yana Samsudin ketika itu masih belum bersedia. Selepas Yana Samsudin melahirkan rasa kesediannya untuk bergelar isteri pada tahun lalu, sekali lagi Fadzil Zahari menghantar rombongan bertunang pada 14 Disember 2014. Kata Yana:-

Bagaimanapun apabila saya buka mulut sudah bersedia berkahwin tahun lalu, saya tunggu siapa yang melamar dulu. Saya tidak sangka Fadzil masih menyimpan hati dan perasaan kepada saya. Kalau lelaki lain, mungkin sudah lama ‘angkat kaki’ kerana terlalu lama menunggu.

Ketika itu, saya sibuk dengan separuh akhir Anugerah Juara Lagu TV3. Saya hanya selepas tiga hari Fadzil menghantar rombongan meminang, itu pun saya terima gambar melalui applikasi WhatsApp yang dihantar kakak. Macam nak luruh jantung saya! Sebelum ini Fadzil beritahu mahu bertemnu keluarga di Yong Peng.

Saya tidak terfikir beliau menghantar rombongan meminang. Dalam diam, Fadzil sudah berpakat dengana orang tua saya. Mereka sengaja mahu buat kejutan kepada saya.

yana samsudin kahwin fadzil zahari

Amboi, amboi, amboi. Pandai juga si Fadzil ini buat kejutan. Paling romantis sebab begitu setia menunggu. Lama tue 4 tahun. Memang tulus suci sungguh perasaan yang dimiliki Fadzil terhadap Yana. Terharu Abang Nara dibuatnya. Kata Yana lagi:-

Jujurnya saya berada di persimpangan dilema, terima atau sebaliknya. Bapa menyarankan saya melakukan solat istikarah terlebih dahulu. Keluarga bagi saya tempoh bertenang. Saya buat solat istikarah tapi saya tidak nampak apa-apa. Namun gerak hati saya bagaikan terbuka menerima kehadiran Fadzil. Mungkin inilah petanda yang Tuhan tunjuk dalam menentukan pilihan hidup.

Agak lama saya termenung, saya fikir kenapa saya harus menolak insan yang betul-betul menyayangi saya? Fadzil dan keluarganya melamar dengan cara adat. Lagipun saya kena Fadzil ketika saya belum punya apa-apa dan belum popular. beliau sentiasa berada di sisi ketika jatuh dan kebangkitan saya.

yana dan fadzil Tahniah diucapkan kepada Yana Samsudin dan Fadzil Zahari atas berita gembira ini. Tak sangka dalam diam mereka berdua bakal bergelar suami isteri. Semoga segalanya berjalan lancar. Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi. Tak sabar mahu melihat anda berdua bersanding di atas pelamin. Tahniah!!! Baca berita gembira ini dengan mendapatkan Berita Harian hari ini. Tahniah!!!

UPDATE: Majlis pernikahan pada 13 Februari akan diadakan di Yong Peng selepas solat Jumaat. Keesokan harinya pula akan diadakan majlis resepsi di Yong Peng. Majlis menyambut menantu akan diadakan di Jitra Kedah pada 7 Maca.