Written by Bella | February 27th, 2015

Pasangan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah boleh dikategorikan sebagai pasangan paling romantis dan bahagia. Mana tidaknya? Menerusi foto terbaru mereka, terpancar jelas rasa kasih sayang dan cinta didalam mata mereka. Pendek kata, memang sweet.

Tanpa kita sedar, hampir setahun Syamsul dan Puteri Sarah bergelar suami isteri dan untuk meraikan detik indah tersebut mereka telah bercuti ke Australia.

 Seronok betul kami melihat mereka berpeluang untuk memberi makan kepada kangaroo dan juga binatang lain seperti penguin.

Kami harap Syamsul Yusof dan Puteri Sarah kekal bahagia sehingga ke akhir hayat dan dikurniakan rezeki untuk menimang cahaya mata. Tidak sabar kami dan peminat untuk melihat anak mereka berdua. Mesti comel bukan?

Lagi foto romantis Syamsul Yusof dan Puteri Sarah bercuti ke Australia dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

Kredit foto: Instagram Syamsul Yusof& Puteri Sarah

 
Written by AbangNara | February 27th, 2015

Ingatkan tahun ini fesyen Neelofa di Anugerah MeleTOP Era 2015 selamat daripada kritikan, rupa-rupanya itu hanya mimpi sahaja. Terbaru, seorang rakan Neelofa sendiri telah mengkritik fesyen baju merah yang dipakai oleh pelakon itu dan menggelarkannya sebagai ‘squid’. Kalau tak silap Abang Nara, ‘squid’ itu sotong. Hmmmmm. Cuba tengok gambar Neelofa di bawah. Ada macam sotong ke?
lofa Membandingkan pakaian Neelofa dengan pakaian yang dipakai oleh selebriti antarabangsa di Oscar, si pengkritik menulis “These are example of gorgeous coutoure dress… Oscar 2015. Not that red-crazy-ruffled-reel-squid-like frock from last night local award (more like a circus) show. Watching 2 mins of that show hurts my intelligence“. Fuh!!! Memang pedas sungguh kata-katanya.

lofa

Tidak bersetuju dengan kritikan tersebut, Neelofa tidak berdiam diri dan turut memberikan maklum balas terhadap si pengkritik. Menarik juga kata-kata Neelofa. Bagai bertemu buku dengan ruas.

lofa

Fuh!! Memang hangat. Apa pendapat anda? Adakah fesyen merah Neelofa memang menyerupai ‘squid’ atau ia hanya pendapat si pengkritik itu seorang? Kongsikan di ruangan komen. Sumber Murai.

P.S: Ambil madu tanpa kena gigit dengan lebah

Written by AbangNara | February 27th, 2015

Kesian sungguh Abang Nara terhadap nasib yang menimpa anak-anak Awie dan Rozana Misbun. Walaupun mahkamah sudah memutuskan Rozana mendapat hak penjagaan anak-anak, namun Awie masih tidak memberikan anak-anak kepada isterinya itu sehingga Rozana terpaksa mengambil mereka di sekolah. Namun tindakan Rozana itu telah menimbulkan kemarahan Awie dan penyanyi rock itu memaklumkan kepada media yang anak-anak telah ‘dirompak’ oleh Rozana. Fuh!!!
awie rozana

Ini ialah dakwaan Awie tentang kejadian ‘rompakan’ 2 orang anaknya, Putra Ahmad Rezzki dan Puteri Qasseh Antasha oleh Rozana Misbun bersama beberapa orang bersenjata api pada 9 Februari lalu. Kata Awie:-

Hingga saat ini anak lelaki saya, Merah masih berada dalam jagaan saya namun tidak mustahil untuk dia (Rozana) melakukan perkara yang sama juga.

Buat masa ini saya sedang cuba mendapatkan ‘home school’ untuk Merah kerana bimbang akan keselamatannya pula. Saya juga masih tidak dapat menghubungi anak-anak saya yang telah ‘dirompak’ oleh Rozana.

Saya bimbang dia (Rozana) akan menghasut anak-anak untuk membenci saya. Tahap kesabaran saya kali ini diuji pada tahap maksimum namun saya tahu saya hanya perlu bersabar menunggu bulan April untuk penghujahan serta keputusan akan dijatuhkan pada bulan Mei.

Saya juga telah melaporkan kepada pihak polis, mahkamah serta Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana dia (Rozana) menghalang anak-anak dari pergi ke sekolah. Hantarlah anak-anak ke sekolah dan jangan rugikan masa depan mereka

awie rozan Namun Rozana memaklumkan yang segala tindakannya itu dilakukan kerana Awie tidak mahu memberi kerjasama memberikan anak-anak mereka yang sepatutnya diletakkan di bawah jagaannya. Malah Rozana juga mengulas tentang dakwaan Awie yang dirinya tidak menghantar anak-anak ke sekolah. Kata Rozana:-

Ia langsung tidak relevan. Anak-anak adalah darah daging saya. Saya ibu kandung mereka. Cuba fikir, macam mana saya mahu memaklumkan kepada dia terlebih dulu. Ini kerana setiap kali saya beritahu mahu mengambil anak-anak, mereka akan sepantas kilat dibawa lari. Tidak perlu dia (Awie) canang di media mengenai keraguan terhadap polis berpakaian preman. Rujuk saja ke Balai Polis Melawati untuk mendapatkan butiran anggota terbabit.

Memang mereka akan ditukarkan ke sekolah lain. Tetapi urusan pertukaran tergendala disebabkan surat beranak mereka tidak lagi sah diguna pakai selepas Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan mendapati sijil nikah kami palsu.

Apabila sijil nikah palsu digunakan, secara automatik surat beranak atau sijil kelahiran anak-anak tidak lagi sah daripada segi undang-undang. Bagi saya, tidak perlu beriya-iya hantar anak ke sekolah swasta.

Sekolah bukan penentu utama kejayaan anak-anak. Asuhan ibu bapa lebih penting.

awie Pada pendapat Abang Nara, pergaduhan Awie dan Rozana Misbun ini hanya merugikan anak-anak mereka sahaja. Anak-anak pasti tertekan dengan apa yang terjadi. Silap-silap emosi boleh terganggu. Sekejap dengan mak, sekejap dengan ayah. Dengan mak dengar fakta lain, dengan ayah fakta lain. Boleh pening kepala jadi. Pergaduhan sebegini tak ada siapa yang untung. Yang rugi adalah anak-anak. Apa kata salah satu pihak beralah, ataupun ikut sahaja ketetapan pihak mahkamah. Kan senang begitu? Apa pendapat anda? Kongsikan di ruangan komen sekiranya anda ada pengalaman sebegini. Sumber Berita Harian.

Written by AbangNara | February 27th, 2015

Baru-baru ini kecoh apabila Jep Sepahtu didakwa mengamuk di belakang pentas apabila kumpulannya diumumkan di tempat kedua dalam pertandingan MLM2014. Abang Nara pelik juga dengan desas-desus ini. Setahu Abang Nara, Jep memang baik orangnya. Muka pun suci, percakapan pun baik, berbakti kepada ibu dan kontroversi pun jarang ada. Senang kata gadis yang dapat bersuamikan Jep memang untunglah. Kelakar pun kelakar, baik pun baik.

jep sepahtu

Sebelum ini Jep juga pernah dihimpit kontroversi kononnya bergaduh dengan pelawak lain. Namun Jep lebih rela mendiamkan diri daripada membuat sebarang tindakan. Akan tetapi untuk fitnah mengamuk di pentas akhir MLM2014 ini, Jep telah mendapatkan khidmat peguam untuk tindakan selanjutnya terhadap suratkhabar yang mengeluarkan gosip tersebut. Jep juga turut memberi penerangan apa sebenarnya yang terjadi pada malam itu. Kata Jepp:-

Apa yang ditulis di ruangan pojok itu adalah fitnah semata-mata. Ia bertentangan dengan apa yang berlaku pada malam tersebut. Kami gembira dengan kemenangan Zero dan pada masa yang sama bersyukur dengan kemenangan kami.

Saya telah meminta nasihat peguam tentang perkara ini dan peguam saya telah menghantar surat kepada pihak akhbar itu sebagai tindakan awal. Saya hanya diberitahu akhbar terbabit sudah menerima surat tersebut. Selebihnya, saya serahkan pada peguam saya.

Tamat sahaja MLM2014, saya dan Shuib terus dibawa oleh dua kakitangan Astro ke bilik sidang akhbar. Sepanjang perjalanan ke sana, tiada apa-apa pun yang berlaku. Tambahan pula, dua individu yang mengiringi kami itu menjadi saksi bahawa saya tidak mengamuk pun pada malam tersebut.

Saya sendiri tidak pasti (kenapa dakwaan ini timbul). Jika ada orang yang tidak berpuas hati dengan saya, mengapa mereka perlu bercakap perkara yang tidak benar? Lebih baik berterus-terang daripada mereka-reka cerita. Ini fitnah.

Sudah beberapa kali saya terlibat dengan perkara (dakwaan dan fitnah) seperti ini. Bagaimanapun, saya jujur dengan karier saya. Alhamdulillah, saya masih di sini.

jep sepahtu

Biasalah Jep gosip-gosip sebegini lebih-lebih lagi untuk orang yang sepopular anda. Mungkin ada pihak yang cemburu dengan kejayaan Jep bersama kumpulan Sepahtu. Ini semua adat resam dunia hiburan tanah air. Apa pun, Abang Nara percaya ramai lagi di luar sana yang akan terus menyokong Jep. Jadi pedulikanlah segelintir daripada mereka yang tidak menggemari anda. Yang penting, teruskan berlawak. Teruskan menghibur dan buat orang ketawa. Suatu hari nanti pasti kebenaran akan terbukti jua. Sumber Kosmo.

P.S: Tak mampu bayar kereta? Ini tips yang perlu diketahui

Page 4 of 45« First...23456...102030...Last »