Written by Bella | February 10th, 2015

Jika sebelum ini kita dengar berita Ainan Tasneem dan kekasihnya berkelakuan tidak senonoh di dalam kereta dihadapan khalayak ramai, kini penyanyi remaja itu didakwa telah mula berlagak diva dan susah untuk memberikan kerjasama dalam sesuatu urusan.

Ainan yang kini sedang belajar di tahun akhir dalam jurusan Kejuruteraan Bioproses di Universiti Malaysia Perlis telah menepis gosip tersebut.

Siapalah saya untuk berlagak diva. Saya hanya penyanyi separuh masa dan bukannya penyanyi hebat. Rasanya, perkara itu timbul disebabkan masalah saya yang sukar menjawab panggilan telefon. Diakui, saya jarang menjawab panggilan telefon dengan segera kerana kesibukan sebagai pelajar tahun akhir.

Ainan pada masa yang sama sudah bersedia baik dari segi mental mahupun fizikal untu berhadapan dengan dugaan dan cabaran jika ditakdirkan menceburi industri hiburan tanah air secara sepenuh masa.

Bukan mudah untuk survive dalam industri hiburan tanah air, seseorang itu harus mempunyai hati yang cekal untuk menghadapai kontroversi atau apa jenis cabaran sekalipun. Buat Ainan Tasneem yang kini hampir selangkah untuk mendapatkan segulung ijazah ianya satu kelebihan untuk beliau mencebruti bidang lain sekiranya tidak mahu menjadi artis lagi.

Sumber Berita: Kosmo!

Written by Bella | February 10th, 2015

Bekas pengurus kepada Zizan Razak iaitu Marina Juki yang sebelum ini berhasrat untuk membekukan akaun syarikat Wire Frame Entertainment Sdn Bhd telah gagal dan Hakim Datuk John Louis O’ Hara telah mengarahkan pengurus tersebut membayar  kos sebanyak RM 20,000.
Kos mahkamah tersebut hendaklah dibayar kepada Maybank Islamic Berhad berjumahlah RM 10,000 dan RM 10,000 lagi kepada Zizan Razak selaku defendan kedua.

Keputusan itu dibuat apabila Marina Juki selaku plaintif telah gagal mengemukakan bukti di atas penderitaan yang ditanggung selepas pembekuan berkenaan.

Sebelum itu, mahkahmah membenarkan permohonan Zizan untuk membatalkan saman bekas pengurus pelawak itu berhubung pembekuan akaun syarikat berkenaan selepas pihak plaintif gagal untuk membawa tindakan undang-undang terhadap Maybank Islamic seperti mana diperuntukkan mengikut Seksyen 181 A (1) Akta Syarikat 1965.

Marina Juki telah memfailkan saman terhadap Zizan Razak, Wire Fame Entertainment dan Maybank Islamic Bhd. pada tanggal 30 September 2014 sebagai defendan ketiga.

Pada awal Januari 2015, Zizan Razak telah meluahkan rasa kecewa beliau kerana Marina Juki telah memperolehi perintah injuksi di mana beliau telah menghalang pelawat tersebut untuk menandatangani sebarang kontrak baharu dengan mana-mana stesen televisyen dan tajaan sehingga kes mereka ini selesai.
Woah! Makin panas isu Zizan Razak dengan bekas pengurusnya Marina Juki. Kemelut di antara mereka semakin berpanjangan dan seakan tidak boleh menemui jalan penyelesaian secara baik. Apa-apa pun kalian pernah jatuh bangun bersama dan tidak mungkin seseorang artis itu dapat bangkit dengan sendiri tanpa pengurusan yang cekap bukan?

Sumber Berita: mStar Online

Written by AbangNara | February 10th, 2015

Telah berkahwin pada bulan Disember 2014, majlis resepsi Leez Rosli dan Aepul Drama Band telah pun berlangsung hujung minggu lalu. Kedua-dua pasangan pengantin baru ini kelihatan cantik berseri-seri serta sama cantik sama padan. Suka Abang Nara melihat mereka berdua lebih-lebih lagi selepas Leez bertudung sepenuhnya. Memang makin ayu!!!

leez aepul

Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat dan semoga dikurniakan cahaya mata yang ramai. Tahniah sekali lagi kepada Leez dan Aepul. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit EyeLensGallery.

 
Written by Bella | February 10th, 2015

Sebelum ini, ramai yang mengetahui bahawa Hanis Zalikha dan Hairul Azreen telah bercuti ke Paris. Ramai yang menyangka mereka ke sana hanya untuk membeli barang hantaran tetapi sebenarnya mereka mempunyai rencana yang lain juga.
Menerusi sebuah video yang diterbitkan di YouTube atas nama Celebrate TV kelihatan pasangan tersebut sedang menjalani penggambaran bagi pra perkahwinan mereka. Sesi fotografi tersebut berjalan secara rancak dengan kehadiran beberapa krew serta Hairul dan Hanis Zalikha sendiri yang kelihatan sungguh romantis.

Video tersebut menguatkan lagi khabar angin bahawa mereka bakal mendirikan rumah tangga tidak lama sahaja lagi.

Saksikan klip video tersebut dibawah:

Memang jelas la mereka ni sedang dilamun cinta bukan? Bertuahnya pasangan Hanis Zalikha dan Hairul Azreen sempat lagi menjalani penggambaran di kota cinta Paris, romantik giteww. Harapnya lepas kahwin pun akan terus romantik ye dak?

Sumber: Celebrate TV

Page 30 of 45« First...1020...2829303132...40...Last »