Written by AbangNara | February 27th, 2015

Wow. Ok ini memang kejutan. Percintaan Zizan Razak dan Emma Maembong memang dah macam drama Sepanyol. Penuh dengan kejutan, pendedahan dan ‘plot twist’ yang tidak pernah dijangka. Kalau selama ini ramai yang menganggap Zizan dan Emma sudah bercinta semula selepas berpisah sekejap, rupa-rupanya perkara tersebut tidak pernah berlaku. Untuk makluman, Zizan pernah mengumumkan yang hubungan mereka berdua telah pulih. Rupa-rupanya itu palsu belaka. Pergh!!! Tipah tertipu beb!!!

zizan emma

Anda keliru? Jangan risau sebab Abang Nara percaya ramai lagi di luar sana yang keliru. Malah Emma Maembong turut sama memberi komen tentang kewujudan orang ketiga iaitu pegawai stesen Astro di dalam percintaan mereka. Fuh!!! Viva la espana real madrid barcelona!!! Kata Emma:-

Sebenarnya, saya dan Zizan sudah lama tidak ada apa-apa hubungan cinta dengan dia iaitu sebelum saya umum kepada media hingga sekarang. Kami tidak pernah sambung semula hubungan itu seperti yang diberitahu kepada umum. Cuma kami masih berhubungan sebagai kawan dan saya masih lagi sokong dia dalam bidang seni, tetapi ia tidak sama seperti dulu lagi.

Saya malas untuk keluar kenyataan apa-apa sahaja kerana apa yang saya katakan mesti salah di mata orang. Orang akan tuduh saya seperti budak-budak dan bersikap tidak matang. Saya yakin kalau mereka berada ditempat saya sekalipun, mereka akan lakukan perkara yang sama.

Saya tidak mahu ambil tahu (tentang gosip Zizan kini rapat dengan orang kuat sebuah stesen televisyen) dan biarlah dia lakukan terbaik buat dirinya dan selesaikan hal itu sendiri. Kalau saya komen lebih-lebih peminat dia akan serang saya di laman sosial. Orang ramai tetap menyalahkan saya juga.

Tentang wanita itu, hmmm… yelah mungkin benar lah kot kata mereka, sentiasa ke mana-mana bersama kerana ada urusan kerja yang penting untuk diselesaikan.

zizan emma

Kini secara sahnya Emma Maembong dan Zizan Razak tidak lagi bercinta. Percintaan mereka telah lama hancur berkecai iaitu sejak pengumuman Emma Maembong yang pertama kali dulu. Walaupun dilihat sering bersama selepas kononnya bertaut semula, ternyata itu sekadar hubungan sebagai kawan. Semoga Emma dan Zizan bahagia dengan pilihan masing-masing. Jangan lepas ini tiba-tiba ‘bertaut’ lagi sekali. Heheheh. Sumber Mstar Online.

Written by Bella | February 27th, 2015

Penyanyi terkenal Tomok telah selamat menerima kelahiran cahaya mata lelaki kedua bersama isterinya Ayu pada awal tengah hari tadi.

Berita gembira tersebut telah disampaikan oleh Tomok sendiri menerusi laman sosial Twitter miliknya. Bayi kedua mereka telah selamat dilahirkan kira-kira jam 1.34 tengah hari tadi dengan berat 3.33 kilogram.

Tomok masih lagi belum sempat untuk berkongsi foto serta nama anak keduanya itu bersama peminat buat masa ini.

Alhamdullilah, nampaknya bertambah lagi kebahgiaan dan kasih sayang diantara Tomok dan isteri. Pasti ramai yang sudah tidak sabar untuk melihat wajah bayi tersebut bukan? Semoga selepas ini mereka akan dikurniakan  penuh rasa cinta dan rezeki.

Written by Bella | February 27th, 2015

Hafiz Suip yang sebelum ini telah mengalami kecederaan pada tulang belakang (slipped disc) ketika bermain futsal akur dengan arahan doktor apabila beliau perlu menjalani rawatan fisioterapi selama setahun bagi memastikan beliau benar-benar sudah pulih.

Kecederaan slipped disc itu telah menghimpit beberapa saraf lain pada badan saya. Biarpun ia semakin pulih namun doktor mahu saya menjalani rawatan fisioterapi selama setahun bagi memastikan masalah itu tidak berulang.

Biarpun perlu berulang-alik ke hospital dalam jangka masa setahun ini tetapi saya akur demi kesihatan saya.

Hafiz dinasihatkan untuk tidak berdiri terlalu lama dan melakukan pekerjaan yang berat agar ia tidak mengganggu proses tulang belakang tersebut untuk sembuh.

Kesakitan yang dialami sebelum ini agak teruk dan kini beliau beransur pulih  dan telah kembali aktif mengambil undangan nyanyian. Hafiz akan menjalani sesi fisioterapi di sebuah hospital swasta di Subang Jaya.

Kecederaan pada tulang belakang memerlukan masa untuk pulih kerana ia merupakan salah satu bahagian yang aktif untuk mengerakkan tubuh badan manusia. Kami harap Hafiz Suip akan sembuh seecepatnya seratus peratus.

Sumber Berita: mStar Online

Written by Bella | February 27th, 2015

Pelbagai dugaan yang dihadapai oleh Jep Sepahtu sejak kebelakangan ini, selepas dituduh mengamuk kerana kumpulan Zero menjuarai Maharaja Lawak Mega 2014, kini beliau ditimpa kemalangan pula.

 Semalam, Jep telah memuat naik sekeping foto di akaun Instagram miliknya yang menampakkan kereta beliau calar dan pancit pada bahagian tayar hadapan. Ramai peminat yang beranggapan mungkin ia disebabkan lubang di jalan raya kerana rim tersebut telah bengkok.

Walaubagaimanapun, Jep dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan dan telah dibantu oleh kawan karibnya untuk urusan membetulkan kereta tersebut.

Alhamdullilah, syukur kerana Jep Sepahtu tidak apa-apa. Kita harus berhati-hati ketika memandu apatah lagi jika hujan kerana jalan agak licin dan jarak penglihatan agak kurang. Tidak mengapalah jika kereta kita mengalami kerosakan sedikit.

Sumber Berita&Foto: Instagram Jep Sepahtu