Written by AbangNara | February 16th, 2015

Nama Syatilla Melvin kini sedang hangat di pasaran seumpama pisang goreng cheese di Gombak (memang sedap beb, Abang Nara dah pernah try). Mana tidaknya, 2 nama besar industri hiburan tanah air iaitu Shaheizy Sam dan Fazura sedang dikaitkan dengan Syatilla. Ini semua gara-gara status Twitter yang dimuatnaik oleh pelakon tersebut yang seolah-olah ditujukan kepada Fazura.

syatilla melvin fazura

Namun menerusi portal Murai hari ini, Syatilla telah tampil menafikan yang kata-katanya itu ditujukan kepada Fazura atau pun Shaheizy Sam. Ia lebih kepada luahan hatinya tentang kehidupan. Amboi, metafora sungguh. Memang seni sungguhlah artis-artis Malaysia ini. Kata Syatilla:-

Tilla mohon maaf dengan status Twitter yang di muat naik baru-baru ini, tetapi status itu bukan ditujukan kepada mereka berdua sama ada Fazura mahupan Sam.

Ia cuma luahan hati Tilla mengenai masalah peribadi seperti orang lain yang mempunyai kehidupan biasa yang pelbagai warna dan ragam, jadi tak perlulah nak terasa.

Tilla tiada masalah dengan dia pun (Fazura) lagipun kami tak pernah berborak mahupun keluar bersama untuk minum secawan kopi.

Itu adalah Twitter Tilla, jadi Tilla ada hak untuk ‘up’ apa jua status yang dirasakan perlu tetapi jika isu ini dimanupulasikan oleh sesiapa, Tilla tak mampu nak halang dan berbuat apa-apa

syatilla melvin fazura

Hmmmmm. Penerangan Syatilla Melvin memang agak menarik. Mungkin secara tak sengaja kata-kata Syatilla sebelum ini boleh dikaitkan dengan Fazura. Apa pun, beberapa lagi gambar pelakon jelita ini dengan membaca artikel sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | February 16th, 2015

Bila dah ada 2 orang anak, kebanyakan masa, tenaga dan wang ringgit memang dihabiskan untuk mereka. Selaku ibu bapa, mestilah kita nak yang terbaik untuk anak kita kan? Baju nak yang cantik-cantik dan selesa. Makanan nak yang terbaik dan berkhasiat. Mainan nak beli yang diorang suka. Contohnya macam anak lelaki Abang Nara si Aariz tue, suka sangat dengan kereta mainan. Mcqueen lah, Hot Wheels lah. Nasib baiklah anak perempuan si Arissa tue kecik lagi tak tahu nak mintak mainan lagi. Kalau takk…..

memento nipponAariz bulan ini Insya Allah akan berusia 3 tahun. Cepat sungguh masa berlalu. Abang Nara dan wife dah berbincang untuk pastikan Aariz tidur di bilik sendiri bermula tahun hadapan. Dah besar dah dia. Dah jadi abang dah pun. Lagipun kitoarang berdua memang dah siapkan bilik dia sejak berpindah ke rumah baru. Tapi biasalah masa tue nak cepat dan nak siap je. Tak ada nak hias apa-apa. Anak laki-laki warna biru jadi kitoarang pun cat lah warna biru satu bilik. Hehehe.

memento nippon

katil beli kat IKEA, comel tak bumbung tue?

memento nippon

perabot semua pun warna biru. Hehehe

Bilik yang anak perempuan pulak kitoarang catkan dengan warna pink. Barulah macam princess gitu…

memento nippon

langsir pun pinkkkk. Princess sangat-sangat!!

Diakui memang bilik kedua-dua anak kitoarang memang agak sepi, hambar dan tidak ceria. Tak ada hiasan apa-apa kat dinding. Warna pun semua sama je. Bila tengok gambar kat Google bilik anak orang lain, pergh kagum gila rasanya. Kreatif-kreatif diorang nie.

memento nippon

contoh carian di Google. Ada rusa!!!

Jadi bila Nippon Paint Malaysia datang buat tawaran untuk mencantikkan lagi bilik anak-anak Abang Nara, memang teruja diri ini dibuatnya. Pucuk dicita ulam mendatang. Kata orang rezeki jangan ditolak. Tapi sebelum proses mengecat dimulakan, kenalah buat perbincangan terlebih dahulu. Bab-bab bincang ini Abang Nara serah kepada orang perempuan. Selaku seorang lelaki, Abang Nara akui yang perempuan lebih kreatif bab-bab menghias ini.memento nipponBincang punya bincang kami bersetuju untuk menggunakan Nippon Momento Special Effect Paint. Tak adalah dinding hanya ada satu warna sahaja. Ada design-design sikit. Orang kata ada ‘coating’. Memang tengah popular cat jenis ini sekarang. Ia bakal memberikan special effect kepada dinding yang menggunakannya. Lama juga nak buat pilihan sebab ada lebih 10,000 jenis pilihan yang ditawarkan oleh Nippon Paint. Nasib baik bukan Abang Nara yang pilih. Heheheh.

memento nippon

antara contoh special effect bila gunakan Nippon Momento

Setelah berpuas hati dengan pilihan yang dibuat (dengan nasihat oleh pakar dari Nippon Paint Malaysia), hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. Hampir 6 orang pakar cat telah datang untuk membuatkan bilik anak-anak kami lebih ceria dengan Nippon Momento Special Effect Paint. Power betul abang-abang ini mengecat. Profesional tahap tertinggi. Kagum Abang Nara melihat mutu kerja mereka.

memento nippon

pakcik nie lek je cat dinding sorang-sorang

memento nippon

ha nie special effect yang digunakan di bilik Arissa

memento nippon

special effect di bilik Aariz. Konsep tangga sebab si Aariz suka memanjat

Dalam tempoh satu hari je siap semuanya. Power Rangers sungguh. Meh sini Abang Nara tunjukkan bilik Aariz dan Arissa selepas dicat dengan Nippon Momento Special Effect Paint. Untuk informasi, warna biru dinding ialah Nippon Satin Glo Ultra Blue 124A. Warna putih yang untuk tangga ialah Nippon Odour-less AirCare Snow White OW201P sementara efek pada tangga itu ialah Nippon Momento Enhancer Series Cloud Pearl Pure Moon CP175.

memento nippon

design tangga tue gunakan Nippon Momento, barulah nampak macam bilik budak-budak kan?

memento nippon

ha warna kat dinding dah ditukar jadi biru gelap untuk nampak ada tona warna sikit

memento nippon

Untuk bilik Arissa warna pink dikekalkan dan kitorang Cuma tambah effect macam ada salji. Kalau dari jauh memang tak nampak sangat. Meh sini Abang Nara fokuskan untuk korang.

memento nippon

Ha yang putih putih tue lah special effect dari Nippon Momento Special Effect Paint (Nippon Momento Enhancer Series Snow Frost 01). Memang cantik sangat-sangat kalau tengok depan-depan mata. Sesuai dengan baby girl punya tema. Nampak lembut dan menenangkan. Abang Nara dan wife memang sangat berpuas hati dengan perubahan pada bilik anak-anak kami. Lebih ceria, lebih segar dan lebih menarik berbanding sebelumnya. Anak-anak pun suka terutama si Aariz yang sampai berlakon panjat tangga kat dinding tue. Hehehe.

Kalau anda nak buat something yang different pada mana-mana bahagian di rumah atau pejabat, Abang Nara memang sarankan untuk mencuba Nippon Momento Special Effect Paint ini. Boleh cuba tengok apa yang ditawarkan di www.momento.com.my. Banyak sangat pilihan yang ada. Boleh juga bincang dengan mereka yang pakar dari Nippon Paint Malaysia. Diorang akan bagi cadangan yang bersesuaian dengan kehendak anda. Selamat mencuba dan selamat berinspirasi!!!

UPDATE: Ramai yang tanya kod warna yang digunakan. Meh sini Abang Nara kongsikan.

Bilik Aariz:
1. Warna biru cat dinding (Nippon Satin Glo Ultra Blue 124A)
2. Warna putih tangga (Nippon Odour-less AirCare Snow White OW201P)
3. Special efek di tangga (Nippon Momento Enhancer Series Cloud Pearl Pure Moon CP175)

Bilik Arissa:-
1. Special efek macam salji (Nippon Momento Enhancer Series Snow Frost 01)

Written by serenity | February 16th, 2015

Sebelum ini Shaheizy Sam menafikan pernah bercinta dengan Fazura, manakala pelakon Syatila Melvin pula dikatakan memerli Fazura kerana Sam tidak pernah mengumumkan atau mengiyakan mereka pernah bercinta, melalui Utusan Online kedua-dua pelakon itu masih berteka-teki tentang hubungan mesra mereka berdua.
Kata Sam, Syatilla ialah kawan perempuannya yang paling rapat waktu ini manakala kata Syatilla, adalah lebih manis jika Sam sebagai seorang lelaki memberi penerangan tentang hubungan mereka. Kata Syatila:

Saya tidak akan mengulas cerita hubungan kami . Tetapi saya akan mengiyakan apa saja yang Sam katakan.

Saya memilih untuk menjadikan hubungan saya dengan Sam seperti teka-teki. Saya tidak mahu mengiyakan atau menafikan.

Ini kerana lazimnya, wanita yang kerap dipersalahkan masyarakat jika bersikap terbuka tentang soal peribadi. Justeru saya bimbang jika hubungannya itu tidak menjadi kelak dan menjadi bahan yang diperkatakan.

Sam, 33, pula tidak pula menolak untuk bercerita tentang hubungannya dengan aktres berusia 24 tahun itu. Baginya, Syatilla mempunyai ciri jodoh idaman serta berfikiran positif dan tidak bersikap hipokrit. Perkenalan mereka sudah menjangkau lima tahun.

Saya tidak akan merendah-rendahkan wanita terutama dalam memilih calon isteri yang sesuai untuk dijadikan teman hidup.

Sebab dalam soal mencari jodoh, saya perlu mendalami hati budi wanita berkenaan dan perlu tahu sama ada dia benar-benar ikhlas berkawan atau sebaliknya.

Saya turut menitikberatkan tentang keserasian dan hubungan baik antara keluarga kedua-dua belah pihak

Saya tahu fizikal seseorang itu tidak boleh dijadikan pengukur untuk menentukan keindahan hati budinya.

Buat apa kalau wanita itu cantik tetapi tidak pandai mengambil hati saya dan keluarga. Akhirnya yang cantik itu akan bertukar menjadi buruk.

Daripada gaya jawapan mereka memberi bayangan seolah-olah keduanya mempunyai hubungan istimewa malah Syatilla serinng memuat naik gambarnya bersama keluarga Sam di Instagram.

Jika benar mereka bercinta takda salahnya, bak kata Sam cantik itu tidak penting asalkan pandai mengambil hati ahli keluarganya. Semoga mereka berdua bertemu dengan jodoh idaman suatu hari nanti.

Written by AbangNara | February 16th, 2015

Amboi macam iklan Tora pulak. Hehehe. Khas buat pembaca BeautifulNara yang suka membeli-belah di www.zalora.com.my, ada diskaun SUPER SPECIAL buat anda semua. Hanya untuk 3 hari, bermula hari ini (16 Feb) sehingga hari Rabu (18 Feb), anda boleh mendapatkan diskaun 25% dengan memasukkan voucher “NARAZ25” di www.zalora.com.my dan diskaun 15% dengan voucher “MNARAP15” untuk Zalora MarketPlace.

zalora diskaunTambah menarik, untuk setiap pembelian RM75 dan ke atas, penghantaran adalah percuma. Terbaik bukan? Kalau ini adalah kali pertama anda membeli-belah di Zalora, jangan risau sebab ribuan pembeli sudah melahirkan rasa puas hati mereka dengan perkhidmatan yang diterima. Jom kita tengok barang-barang yang best kat Zalora.

zalora diskaun

Yeah~~~ Baju Jovian Mandagie yang menjadi kegilaan ramai wanita kini kembali lagi. Pergh!!! Memang cun melecun. Boleh dah beli sekarang untuk pakai ketika hari Raya nanti. Pasti kecantikkan anda bertambah 3 kali ganda.zalora diskaunJenama Mango memang tidak perlu diperkenalkan lagi. Kualitinya yang terbaik membuatkan ia menjadi pilihan ribuan rakyat Malaysia. Kali ini di Zalora, anda boleh mendapatkan produk Mango pada harga yang jauh lebih murah berbanding di kedai. Diskaun sehingga 50% pun ada tue.zalora diskaun

Di Zalora MarketPlace pun macam-macam produk yang menarik ada untuk anda buat pilihan. Jubah, kaftan, tudung, dan macam-macam lagi. Harga pun berpatutan. Jangan lupa masukkan voucher “MNARAP15” untuk dapatkan ekstra diskaun. Anda pasti berpuas hati.zalora diskaun

Untuk Chinese New Year pun banyak koleksi dan pilihan pakaian yang menarik ada ditawarkan. Jangan lupa layari www.zalora.com.my untuk melihat dengan mata kepala anda sendiri. Jangan lupa guna voucher khas untuk pembaca BeautifulNara. Selamat membeli-belah.

Page 20 of 45« First...10...1819202122...3040...Last »