Written by Bella | February 25th, 2015

Sejak kebelakangan ini, ramai yang tegur dan sedar bahawa berat badan pelakon Shah Iskandar semakin susut secara mendadak. Melihat perubahan pada tubuh badan beliau, beberapa pihak telak mendakwa Shah terlibat dengan gejala dadah.

Walaubagaimanapun, Shah nampaknya tidak risau atau terkesan dengan dakwaan liar tersebut kerana penyusutan berat badannya adalah disebabkan jangkitan kuman pada bahagian paru-paru dan ianya telah disahkan oleh doktor selepas beliau menjalani beberapa ujian di hospital baru-baru ini.

Sudah menjadi lumrah industri hiburan untuk timbulnya gosip sebegini jadi saya enggan terlalu ambil pusing khabar angin yang saya tahu tak benar. Saya sendiri kurang pasti berapa kilo berat badan yang turun kerana sakit ini.

Bagaimanapun saya maafkan pihak yang telah sebarkan gosip yang boleh memusnahkan karier saya itu. Mungkin dalam tak sedar saya ada membuatkan pihak itu marah atau kecewa tetapi bukan cara saya untuk mengaibkan orang kalau saya sendiri yang marah atau kecewa kerana saya tidak dibesarkan begitu.

Tidak dapat menerima hakikat beliau sedang sakit pada mulanya, Shah akhirnya akur dengan ujian diberi dan telah meminta kebenaran doktor untuk dikuarantin di rumah selama tujuh hari selepas diarahkan untuk berbuat demikian.

Pada mulanya saya sendiri tidak menerima hakikat yang saya sakit kerana terlalu fokus pada kerjaya. Namun akhirnya saya mengalah dan diarahkan untuk dikuarantin selama tujuh hari. Itupun saya minta kebenaran daripada doktor untuk dikuarantin di rumah sendiri.

Kadang-kala bila badan seseorang itu semakin kurus tidak bermakna beliau mengambil dadah bukan? Dengan penjelasan ini tiadalah lagi pihak yang akan mendakwa Shah Iskandar terliabt dengan gejala negatif lagi. Apa-apapun mari kita doakan agar kesihatan beliau kembali pulih.

Sumber Berita: BH ONLINE

Written by serenity | February 25th, 2015

Sebelum ini tersebar berita bahawa penyanyi cilik Indonesia iaitu Tegar dikatakan terpaksa mengemis di jalanan semula kerana telah ditipu oleh pengurusnya dari Malaysia.

Tegar yang baru-baru ini berada di negara ini telah mengadakan banyak persembahan di Kuala Lumpur termasuk menghadiri majlis sambutan ulangtahun kelahiran Datuk Siti Nurhaliza Januari lepas.

Menerusi laporan media Indonesia, Tegar dikatakan tidak mempunyai wang simpanan kerana diambil oleh pengurus tersebut sebelum dia dihantar pulang ke Indonesia secara tiba-tiba manakala passportnya diambil.

Pengurus itu yang diberi nama ‘A’ telah muncul dalam rancangan Melodi TV3 memberikan penjelasan panjang lebar bahawa semua itu hanyalah satu rekaan dan mendakwa telah menjaga Tegar dengan baik selama penyanyi itu berada di Malaysia.

Bagaimanapun, seorang artis dari negara Singapura telah tampil dengan dakwaan bahawa ‘A’ ialah seorang yang lebih teruk dari syaitan.

Sufie Rashid yang tampil dengan dakwaan berikut:

Saya kenal siapa A. Nama dia Arif Dollah. Jika ada sesiapa nampak dia, jangan bekerja dengan dia. Dia lebih teruk dari syaitan.

Dia pernah menguruskan saya tetapi dia telah menggunakan saya dan menguasai kehidupan keluarga saya. Kasihan Tegar, dia seorang budak yang lurus.

Kepada Arif, kalau awak baca ini, hati-hati kerana semua orang mencari anda. Awak adalah satu-satunya lelaki yang saya tidak akan maafkan sampai bila-bila pun atas apa yang anda lakukan terhadap saya dan keluarga saya.  Awak lebih teruk dari binatang.

Kemudian, mStar Online melaporkan bahawa seorang penggosip Facebook, Nur JM Mohd yang berasal dari Singapura tampil dengan dakwaan pengurus Tegar yang bernama “A” adalah seorang penipu dan tidak boleh dipercayai.

Setelah menipu artis di bawah jagaannya ‘A’ dikatakan akan menyalahkan ‘management’ untuk menyelamatkan diri:

Kalau betul dakwaan ini memang kasihan dengan Tegar kerana dipergunakan sedangkan dia masih mentah dan berasal dari keluarga miskin pula. Sebelum ini Tegar dikhabarkan juga pernah ditipu oleh pengurus lamanya.

Kita tunggu apa perkembangan terbaru tentang perkara ini dan sekiranya benar Tegar dianiaya semoga keadilan akan berpihak kepadanya. What say you?

Written by AbangNara | February 25th, 2015

Satu ketika dahulu, satu Malaysia kecoh apabila Emma Maembong mengesahkan putusnya hubungan percintaan dirinya dengan Zizan Razak. Namun tidak lama kemudian, Zizan dengan penuh machonya berjaya memujuk Emma dan hubungan mereka kembali pulih. Nampak macam hubungan cinta masa sekolah pulak kan? Sweet sangat. Teringat kenangan cinta masa sekolah dulu. Hehehe.
emma maembongTerbaru, Emma telah memuatnaik beberapa gambar yang membayangkan keberantakan hubungannya dengan Zizan. Gambar yang berisi lirik lagu kumpulan Geisha itu seolah-olah menceritakan perbuatan Zizan yang berulangkali menyakiti hati Emma dan mungkin Zizan bukan cinta sejati buatnya. Adakah ini susulan gosip hubungan Zizan dengan seorang pegawai stesen Astro?emma maembongemma maembongHarap-harap ini semua salah faham. Kesian Zizan nak kena pujuk Emma sekali lagi. Kesian juga kat Emma kerana asyik merajuk. Penat tau merajuk nie. Tukang pujuk penat, tukang rajuk pun penat. Diharap Emma tidak merajuk lama sangat. Nanti kang kecoh satu Malaysia lagi sekali. Heheh. Apa kata anda?

Written by AbangNara | February 25th, 2015

Merah adalah warna yang berani untuk dipakai oleh mana-mana selebriti lebih-lebih lagi jika anda mengendalikan sebuah anugerah sebenara Anugerah MeleTOP Era 2015. Namun Neelofa tetap tampak jelita, menawan dan memukau dengan persalinan baju merah dari atas sehingga ke bawah ketika bersama-sama mengacarakan majlis tersebut dengan Nabil, AC Mizal, Johan dan Zizan. Walaupun agak sukar untuk bergerak, baju tersebut ternyata tidak menganggu tumpuan Neelofa sebagai seorang pengacara.

neelofa di anugerah era

Pakaian kali ini adalah jauh lebih baik berbanding baju ‘Power Rangers’ yang dikenakan oleh Neelofa tahun lalu. Cuma pada pendapat Abang Nara yang tak pandai seni sangat ini, mungkin tahun depan kurangkan sikit ropol-ropol tue. Bagi Abang Nara, less is better. Neelofa memang dah cantik jadi tak perlulah baju yang ‘melampau’ untuk serlahkan lagi kecantikan. Tak gitu?neelofa di anugerah era

Apa pun tahniah kepada Neelofa kerana mutu pengacaraan anda agak baik pada malam tersebut. Semoga akan terus maju dan prestasi terus meningkat. Lagi beberapa gambar Neelofa di Anugerah MeleTOP Era 2015 dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Sumber Instagram TheRealofaFans.

 
Page 10 of 45« First...89101112...203040...Last »