Written by Bella | January 29th, 2015

Sebelum ini, Neelofa telah dikecam kerana berkongsi foto ubun-ubun kepalanya dipegang oleh Qari Maulana Faiz Uddin Hazarvi. Pelbagai komen diterima oleh aktres tersebut dimana ada yang menyatakan ia cuma teknik perubatan Islam dan Qari tersebut memegang secara berlapik.

Enggan membiarkan perkara terus berpanjangan, Neelofa menjelaskan Qari tersebut merupakan seorang sauda kepada bapa saudaranya sendiri yang telah diundang untuk menghadiri majlis perkahwinan sepupunya.

Gambar itu dirakamkan ketika saya menghadiri sebuah majlis perkahwinan saudara  saya.

Selain dihadiri saudara mara terdekat dari Kelantan dan Singapura, saudara mara yang sudah lama kami tidak berjumpa juga semua berkumpul pada majlis itu termasuk kenalan bapa saudara saya dari Pakistan, Maulana Qari Faiz Uddin Hazarvi. Maulana menganggap saya dan sepupu saya yang lain seperti anaknya.

Tambah Neelofa gambar tersebut diambil secara spontan dan tidak menyangka ia akan mencetuskan  cerita panas.

Kalaulah saya tahu ia akan cetus kontroversi, memang saya tidak akan muat naik gambar itu di mana-mana laman sosial.

Perkara menjadi lebih panas apabila adik perempuannya pula iaitu Ameera, lantang membalas kritikan-kritikan tersebut dengan bahasa kesat.

Neelofa pada awalnya sudah menasihatkan adiknya itu tetapi beliau tetap berdegil dan mahu menyuarakan pendapat beliau. Namun, kini beliau sudah belajar daripada kesilapan apabila turut menjadi mangsa tomahan di luar sana.

Sebenarnya tidak adil untuk dia (Ameera) juga apabila dikecam seperti itu. Lagipun dia bukan artis dan masih budak lagi berusia14 tahun. Kasihanlah dia.

Apabila sudah ramai yang memberi komen negatif, dia mula sedar dan belajar daripada kesilapannya.
Zaman ini, banyak mata yang akan memerhati tindak tanduk kita melalui media sosial apatah lagi jika anda seorang artis. Kewujudan keyboard warrior lebih menghangatkan sesuatu situasi. Harapnya selepas membaca penjelasan dari Neelofa hal ini tidak akan terus menjadi isu yang serius.

Written by Bella | January 29th, 2015

Nampaknya populariti Zizan Razak tidak dapat disangkal lagi apabila menerima pencalonan terbanyak dalam Anugerah Meletop Era 2015.

Antara kategori yang Zizan Razak tercalon ialah Artis Lawak MeleTOP, Hos MeleTOP, Pelakon TV MeleTOP, Bintang Filem MeleTOP,  Fesyen MeleTOP dan Bintang Online MeleTOP. Gandingan Zizan Razak bersama Kaka Azraff menerusi lagu Infiniti Cinta turut tercalon didalam kategori Lagu MeleTOP (Infiniti Cinta) dan Duo/Grup MeleTOP.

Tahun ini merupakan tahun keduan Anugerah Meletop Era diadakan dan ia mempertandingkan 16 kategori dan memperkenalkan empat kategori baru  Drama TV MeleTOP, Artis Lawak MeleTOP, Hos TV MeleTOP dan Pelakon TV MeleTOP.

Pemenang bagi kesemua 16 kategori tersebut bakal membawa pulang hadiah berjumlah RM5,000 beserta sebuah trofi sumbangan Astro.

Berikut adalah senarai penuh pencalonan bagi setiap kategori Anugerah Meletop Era 2015:

Drama TV Meletop
1) Bukan Kerana Aku Tak Cinta
2) Kerana Terpaksa Aku Relakan
3) Hantu Selfie
4) Aku dan Wali
5) Suamiku Encik Sotong

Artis Lawak Meletop
1) Zizan Razak
2) Jep Sepahtu
3) Johan
4) Abam Bocey
5) Jihan Muse

Hos TV Meletop
1) Datuk AC Mizal
2) Zizan Razak
3) Nabil Ahmad
4) Neelofa
5) Datuk Aznil Nawawi

Pelakon TV Meletop
1) Sharnaaz Ahmad
2) Zul Ariffin
3) Amar Baharin
4) Nelydia Senrose
5) Zizan Razak

Program TV Meletop
1) Maharaja Lawak Mega 2013
2) Konsert Akhir AF 2014
3) Anugerah MeleTOP Era 2014
4) Anugerah Juara Lagu ke-28
5) Ceria Popstar 2

Lagu Meletop
1)Mewangi – Akim & The Majistret
2) Jaga Dia Untukku – Datuk Siti Nurhaliza
3) Matahari – Hafiz Suip
4) Infiniti Cinta – Zizan & Kaka
5) Malaikat – Hazama

Penyanyi Meletop
1) Akim Ahmad
2) Datuk Siti Nurhaliza
3) Hafiz Suip
4) Shila Amzah
5) Hazama

Grup Duo Meletop
1) Akim & The Majistret
2) Zizan Razak & Kaka Azraff
3) Forteen
4) Mawi & Datuk AC Mizal
5) Sleeq ft Joe Flizzow

Penyampai Radio Meletop
1) Johan
2) Haniff
3) Feeya Iskandar
4) Ray
5) Raja Azura

Program Radio Meletop
1) JoHaRa Pagi Era
2) Pilih Hit Era
3) Petang Era
4) Morning Crew
5) Sinar Pagi

Filem Meletop
1) Abang Long Fadil
2) Mat Tudung
3) Ustaz Mu Tunggu Aku Datang
4) Sejoli
5) Penanggal

Bintang Filem Meletop
1) Nelydia Senrose
2) Zizan Razak
3) Shaheizy Sam
4) Nora Danish
5) Bront Palarae

Fesyen Meletop
1) Nur Fazura
2) Zizan Razak
3) Datuk AC Mizal
4) Wak Doyok
5) Nabil Ahmad

Artis Baharu Meletop
1) Ayda Jebat
2) Firman
3) Aman
4) Atikah Suhaimie
5) Amyra Rosli

Bintang Online Meletop
1) Emma Maembong
2) Zizan Razak
3) Datuk Siti Nurhaliza
4) Aaron Aziz
5) Hanis Zalikha

Couple Meletop
1) Scha Al-Yahya & Awal Ashaari
2) Rozita Che Wan & Zain Saidin
3) Aril AF & Puteri Emma Adlinda
4) Irma Hasmie & Redza Syah
5) Syamsul Yusof & Puteri Sarah

Tidak dapat dinafikan Zizan Razak mempunyai barisan peminat yang selalu menyokong kerjaya beliau dan sering menjadi perhatian ramai terutama sekali mengenai kisah percintaan beliau bersama Emma Maembong. Apa-apa pun semoga rezeki berpihak kepada beliau.

 

Written by Bella | January 29th, 2015

Aktres popular Fazura memilih untuk meluahkan rasa hati beliau yang mengakui selesa berkawan dengan penyanyi kelahiran Singapura, Taufik Batisah.
Fazura turut menyifatkan Taufik sebagai seorang lelaki yang bijak tetapi pada masa yang menjelaskan mereka sudah mengenali di antara satu sama lain sebelum ini dan tidak lebih daripada kenalan rapat.

Berganding sebagai juri bagi pertandingan Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM 2014) mereka kelihatan lebih rapat.

Memang sejak dari dulu lagi kami memang berkawan baik tetapi hubungan rapat kami tidaklah sampai selalu bermesej. Kalau berjumpa pun sekadar bertegur sapa dan berbual tentang perkembangan masing-masing.

Sekarang ini, mungkin kami nampak lebih rapat sebab setiap minggu kami sebagai juri Maharaja Lawak Mega (MLM). Saya suka berkawan dengannya kerana dia seorang yang bijak dan saya sukakan lelaki bijak.

Fazura juga sering memuat naik foto beliau dan Taufik di akaun Instagram miliknya dan peminat berpendapat mereka kelihatan serasi bersama.

Bertuah jika pelakon jelita Fazura meminati seseorang lelaki tu. Mungkin kini mereka berkawan rapat, siapa tahu jika mereka diberikan peluang untuk bercinta bukan? Seorang lagi handsome dan seorang lagi cukup anggun, memang sepadanlah.

Written by Bella | January 28th, 2015

Fathiya Latiff pelakon yang cukup terkenal dengan kejelitaan beliau dan menjadi pujaan ramai jejaka di luar sana.

Lumrah kehidupan sebagai seorang selebriti tentu sekali  Fathiya Latiff tidak terlepas daripada gosip dan kontroversi. Walaubagaimanapun, gosip kali ini agak keterlaluan dan mengundang salah faham kepada pembaca juga peminat beliau.

Fathiya menerusi laman Instagram beliau telah memuat naik foto artikel tersebut dan meluahkan rasa bengang apabila wajah beliau didakwa melecur selepas menggunakan botox.

Agak-agak la kalau nak buat gossip pon

Jelas teman wanita kepada aktor Aiman Hakim Redza, ia hanya sebuah foto yang diambil selepas wajahnya disolek untuk sebuah drama yang bakal ditayangkan di TV3 nanti.

Sabarlah Fatiya, apa yang penting kini semuanya sudah jelas. Kadang-kala mereka sengaja membuat tajuk gempak sebegini untuk menarik minat pembaca tanpa memikirkan pihak lain. Jadi jejaka diluar sana tidak perlu risau kerana buah hati pujaan anda ini masih lagi cun. Gitew..

Page 5 of 46« First...34567...102030...Last »