Written by serenity | January 31st, 2015

Sepanjang kerjaya si jelita Carmen Soo, 36, sebagai seorang pelakon dan model, beliau tidak pernah mendedahkan kekasihnya. Pernah digosipkan dengan Jericho Rosales, pelakon ini sudah mencipta nama di Filipina dan masih diminati di negara itu hingga ke hari ini.


 photo 914507_1407240949572005_1239061831_n.jpg
Nampaknya Carmen tidak berselindung siapa kekasihnya kini. Jejaka bertuah itu bernama Benson. Mengikut profil Instagram, Benson ialah seorang gemar bersukan dan makanan. Ketika ditanya oleh Daphne Iking bilakah tarikh perkahwinannya, Carmen hanya ketawa.


 photo Untitled.png

Memang sepadan Carmen dengan Benson bagai pinang dibelah dua, tak gitu? Harap hubungan anda berdua akan berakhir di gerbang perkahwinan dan jangan lupa share wedding photos. 

Lagi lima gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | January 31st, 2015

Walaupun diselubungi kontroversi rumah hadiah pernikahannya dilelong oleh bank sebelum ini, Umie Aida dua hari lepas telah menyambut hari ulangtahun kelahirannya di Bangsar Avenue. Antara rakan yang menyambut bersama Umie ialah Linda Onn, Ning Baizura, Serina Redzuawan, Betty Banafe, Zahida Rafik dan Erma Fatima.


 photo 57.jpg
Kesemua gambar ini ialah hasil bidikan Little Star Photography. Lagi 15 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | January 31st, 2015

Sebelum ini satu majlis baby shower telah diadakan oleh rakan-rakan Zarema Zainal untuknya di sebuah restoran. Ramai melemparkan komen negatif berkenaan majlis tersebut yang dikatakan tidak Islamik dan lebih baik kelahiran anak itu disambut dengan mengadakan kenduri doa selamat. Melalui akaun Instagram beliau, Zarema telah melahirkan rasa terkilan kerana dia telah mengadakan dua kenduri doa selamat sebelum majlis baby shower tersebut.


 photo 10516911_931830050190966_2113587094_n.jpg
 photo 10961836_931830033524301_1235581420_n.jpg
Majlis tersebut telah diadakan di Klang dan Johor Bahru. Bagaimanapun, Zarema memaafkan mereka yang mengata dan selebihnya adalah urusan orang tersebut dengan Allah.


 photo 10965714_931828363524468_1986302989_n.jpg
Melalui maklumat yang kami terima, majlis baby shower biasanya dianjurkan oleh kawan-kawan rapat ibu mengandung yang diraikan untuk memberi hadiah kepada bayi. Majlis ini hanya dihadiri oleh perempuan sahaja dan kos penganjuran adalah ditanggung oleh rakan-rakan ibu mengandung tersebut.

Diharap selepas ini tiada kekeliruan berkenaan isu tersebut memandangkan Zarema telah tampil memberi penjelasan. Untung juga bila kita ada rakan-rakan rapat yang sudi meraikan kita, bukan? Doakan segalanya dipermudahkan buat Zarema.

Written by AbangNara | January 31st, 2015

Aleeya Antasha adalah anak sulung Awie hasil perkahwinannya dengan Arni Nazira. Aleeya telah memuatnaik satu status di Facebook dan Instagramnya yang mendakwa kenyataan yang dikeluarkan oleh ibu tirinya, Rozana Misbun di media baru-baru ini adalah palsu. Sebelum ini Rozana ada memaklumkan yang dia sentiasa sibuk menjaga anak-anak. Tak pernah ada masa untuk keluar rumah melakukan kecurangan kerana masanya dipenuhi dengan anak-anak.

aleeya antasha

Namun menurut Aleeya Antasha, apa yang dimaklumkan oleh ibu tirinya itu adalah rekaan semata-mata. Hampir kesemua yang dikatakan adalah palsu. Tulis Aleea di laman sosialnya:-

aleeya

aleeya

Fuh~~~ Satu demi satu dakwaan muncul daripada setiap pihak tentang kes ini. Tak tahu mana satu yang betul. Sukar untuk mempercayai mana-mana pihak. Terlalu banyak versi. Senang cerita, kita selaku orang luar setakat dengar sahajalah. Percaya jangan. Kita tunggu keputusan mahkamah sahaja kelak. Tak gitu?

Page 1 of 4612345...102030...Last »