Written by AbangNara | December 26th, 2014

Buat anda yang tidak tahu, Neelofa adalah seorang selebriti yang berasal dari Kelantan. Pastinya selaku orang Kelantan, Neelofa turut sama bersedih dengan bencana banjir yang sedang melanda negeri Cik Siti Wan Kembang itu. Tambah menyedihkan ialah apabila Neelofa berkongsi gambar rumah neneknya di Kelantan turut sama ditenggelami banjir. Tinggi juga paras air tue. Tak dapat bayangkan bagaimana jika diri sendiri berada di dalam situasi ini.
neelofa banjir

Tulis Neelofa menerusi akaun Instagramnya:-

this is my grandma’s house in Pasir Mas, and gambar ni diambil pagi tadi. Ya Allah Engkau sahaja yang Maha Mengetahui. We ask Allah to ease the pain and suffering of innocent Muslims everywhere,know that Allah is Most Wise, Just and has the power to do whatever He wills.

neelofa banjir

Semoga Neelofa dan keluarga tabah dengan dugaan ini. Semoga tak banyak barang berharga di rumah nenek Neelofa mengalami kerosakan. Apa pun yang penting adalah keselamatan diri sendiri. Sama-samalah kita doakan agar banjir yang sedang melanda negara kita cepat-cepat surut. Amin.

P.S: Proton pertingkat bantuan kepada bangsa manjir

Written by AbangNara | December 26th, 2014

Alhamdulillah. Terharu Abang Nara dengan keprihatinan para pemimpin dan penganjur yang bersetuju untuk membatalkan sambutan tahun baru 2015. Ini adalah keputusan yang amat tepat sekali di kala rakyat Malaysia terutamanya di pantai timur sedang mengalami bencana banjir. Untuk makluman, sambutan Ambang 2015 di Putrajaya, Selangor dan Perak telah pun dibatalkan. Ini adalah satu tanda keprihatinan yang amat tinggi sekali.
sambutan tahun baru dibatalkanSultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan sebarang acara konsert atau yang berunsur hiburan yang dirancang kerajaan negeri itu atau mana-mana agensi sempena sambutan tahun baru ini, dibatalkan serta-merta. Manakala di Selangor, Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali telah membatalkan semua acara hiburan dan program Temasya Selangor 15 yang diadakan hari ini hingga 31 Disember nanti.
sambutan tahun baru dibatalkan
Manakala hasil perbincangan antara penganjur bersama sambutan Ambang 2015 Putrajaya, Perbadanan Putrajaya (PPj) dengan penganjur utamanya, Kumpulan AmBank, program tersebut sah dibatalkan. Semoga dengan pembatalan ini segala usaha dapat ditumpukan untuk membantu mangsa-mangsa banjir di seluruh negara. Sama-samalah kita doakan agar keadaan bertambah baik. Amin.

Written by AbangNara | December 26th, 2014

Walaupun kini sedang berada di Bangkok bersama ibu dan abangnya untuk bercuti, Nur Fazura sempat memberikan sedikit kenyataan menerusi portal Murai tentang kontroversi yang sedang melanda dirinya dan Sara Ali. Boleh dikatakan ini adalah kisah yang paling hangat diperkatakan minggu ini dalam dunia hiburan tanah air. Pastinya tak ada pihak yang mahu melihat mereka berdua terus-menerus bergaduh, jadi kenyataan Fazura ini diharap dapat meredakan keadaan.
sara ali gaduh fazuraApa yang dapat Abang Nara simpulkan ialah Fazura memohon agar Sara Ali menonton terlebih dahulu program Facing UpTo Fazura. Kata Fazura:-

Saya ambil maklum serta meneliti maksud yang cuba disampaikan menerusi kenyataan Sara kepada media khususnya yang bertarikh semalam, 25 Dis. Apa yang saya boleh cadangkan agar Sara menonton dahulu episod tersebut.

Selagi tidak menonton dan memahami sendiri jalan cerita episod kedua FUTF yang meraikan persahabatan sebagai tema episod kedua itu, pasti sukar bagi Sara untuk mengubah persepsinya tentang tujuan sebenar episod tersebut ditampilkan sedemikian.

Saya tiada niat tidak baik terhadap Sara dan agak keliru dengan dakwaan yang dikemukannya di dalam media. Oleh itu saya sekali lagi menyarankan Sara untuk menonton FUTF. Akhir sekali, saya ingin mendoakan agar Sara Ali akan terus berjaya

sara ali gaduh fazura

Selain Sara Ali, pasti ramai yang akan turut sama menonton episod kedua Facing Up To Fazura untuk mengetahui apa sebenarnya yang diperkatakan oleh pelakon jelita ini. Sedikit sebanyak ‘rating’ program ini pasti akan naik. Namun itu semua tidak penting. Yang penting ialah pergaduhan ini ditamatkan secepat mungkin kerana ia tidak memberi apa-apa kesan positif sama ada kepada Sara Ali mahupun Fazura. Betul tak?

estee lauder bbwP.S: Cepat-cepat rebut peluang diskaun hebat sehingga 70% daripada Best Buy World Malaysia ini. Sampai 30 Disember je promosi ini. Hampir kesemua produk kecantikan, minyak wangi, beg tangan dan banyak lagi ditawarkan pada harga yang amat berbaloi sekali. Silalah tengok sendiri di laman web Best Buy World Malaysia, Facebook Best Buy World Malaysia dan juga Instagram Best Buy Malaysia. Jangan menyesal kalau tak sempat beli.

 

Written by AbangNara | December 26th, 2014

Semalam telah pun berlangsung Mimbar Akhir Pencetus Ummah(PU) musim kedua. 4 peserta iaitu Azman, Lokman, Faiz dan Yusof telah berentap untuk merebut gelaran juara program realiti berbentuk Islamik ini. Setelah membuat persembahan masing-masing, akhirnya rezeki memihak kepada Azman. Pakar motivasi yang berusia 33 tahun ini telah dinobatkan sebagai juara PU musim kedua.

juara pencetus ummah musim kedua

Azman menerima RM100, 000 beserta pakej umrah, pakej percutian pelayaran kapal mewah serta trofi. Tempat kedua disandang oleh Faiz, di tempat ketiga ialah Yusof dan tempat keempat ialah Lokman. Selain menerima wang tunai, setiap peserta turut sama menerima pakej umrah dan pakej percutian pelayaran kapal mewah, al-Quran dan trofi.

juara pencetus ummah musim kedua

Semoga dengan kemenangan ini akan membakar lagi semangat PU Azman dan peserta-peserta lain untuk terus mengembangkan usahakan dakwah mereka. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat menjayakan program Pencetus Ummah. Semoga musim hadapan akan lebih baik lagi.

Page 6 of 37« First...45678...2030...Last »