Written by AbangNara | December 29th, 2014

Aduh. Hebat sungguh ujian yang melanda Ifa Raziah. Pentas akhir program Gegar Vaganza akan berlangsung pada 4 Januari 2015 ini, namun Ifa Raziah yang merupakan salah seorang pesertanya berkemungkinan besar tidak akan dapat beraksi kerana dijangkiti pneumonia. Untuk makluman, keseriusan jangkitan pada paru-paru Ifa Raziah agak serius sehingga terpaksa ditahan di Pusat Perubatan Colombia, Setapak.

ifa raziah jangkitan paru-paru

Agak sedih juga sekiranya Ifa Raziah tidak beraksi di pentas akhir Gegar Vaganza selepas berusaha keras melayakkan diri. Kata Ifa Raziah:-

Saya sudah hampir sebulan batuk tidak henti-henti dan lima kali ke klinik untuk mendapatkan rawatan, namun sehingga sekarang tidak baik. Semasa membuat rawatan, doktor memberitahu bahawa paru-paru saya mengembang kerana dijangkiti kuman dan perlu mendapatkan rawatan secukupnya.

Dalam keadaan saya sekarang ini memang tidak boleh menyanyi langsung dan menjejaskan persiapan saya untuk beraksi di pentas final Gegar Vaganza. Sekarang pun saya tidak pasti sama ada boleh teruskan perjuangan di pentas akhir atau tidak dan perkara ini saya sudah maklumkan pada pihak Astro

ifa raziah

Sama-samalah kita doakan agar Ifa Raziah segera sembuh dan dapat beraksi di pentas akhir Gegar Vaganza. Pasti ramai yang kecewa sekiranya kelibat Ifa tidak kelihatan pada malam tersebut. Namun diharap Ifa Raziah tidak memaksa diri. Takut-takut makin serius kesakitan. Kalau tak larat, terus tarik diri. Kesihatan adalah segala-galanya. Sumber Mstar Online.

Written by AbangNara | December 29th, 2014

Abang Nara dah tahu lama dah yang si Emma Maembong ini memang cun. Untunglah Zizan dapat bakal isteri yang termasuk di dalam senarai The 100 Most Beautiful Faces of 2014 yang dikeluarkan oleh portal hiburan dalam talian, TC Candler. Bukan calang-calang juga kedudukan Emma Maembong. Pelakon ini berada di tempat ke 71. Power!!!

emma maembong

Antara yang ditewaskan oleh Emma Maembong ialah bintang-bintang Kpop seperti IU, Yoona, Mila Kunis dan juga Scarlet Johansson. Selain daripada Emma Maembong, Henry Golding turut sama tersenarai di tangga ke 67 di dalam senarai 100 Most Handsome Faces of 2014 yang dikeluarkan oleh portal hiburan yang sama. Hanya mereka berdua sahaja dari Malaysia yang tersenarai di dalam senarai yang ke-25 tahun sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 1990
emma maembong

Tahniah diucapkan kepada Emma Maembong dan Henry Golding. Semoga tahun depan akan lebih ramai selebriti tanah air yang masuk dalam senarai. Kecantikan dan kehenseman rakyat Malaysia sememangnya tidak boleh dinafikan lagi. Tahniah!!!

P.S: Panduan ketika banjir

Written by AbangNara | December 29th, 2014

Jutaan tahniah diucapkan kepada Leez Rosli dan Aepul dari kumpulan Drama Band yang telah pun selamat bergelar suami isteri pada hari Sabtu lalu. Leez atau nama penuhnya, Rosliza Rosli, 27, yang merupakan bekas pelajar Akademi Fantasia telah selamat dinikahkan dengan Noorsyaiful Md Zalaludin (Aepul Drama Band) dengan tiga kali lafaz. Majlis pernikahan telah berlangsung di Masjid Salahuddin Al Ayubi, Taman Melati, Kuala Lumpur.

gambar nikah leez af dan aepul

Mereka berdua telah disatukan oleh bapa Leez sendiri iaitu Encik Rosli yang telah menikahkan pasangan ini sambil disaksikan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk, Ustaz Muhamad Jalani Ahmad. Jutaan tahniah diucapkan kepada anda berdua. Selamat melayari alam rumahtangga. Sebentar lagi Abang Nara kongsikan gambar sekitar majlis pernikahan mereka. Tahniah!!!

Written by AbangNara | December 26th, 2014

9 tahun bercinta, pernah putus seketika dan kini sah bergelar suami isteri. Inilah yang dikatakan kalau sudah jodoh tak ke mana. Jutaan tahniah diucapkan kepada Yazer dan Ekin yang telah pun selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri. Majlis pernikahan mereka telah diadakan di kampung Ekin di Kampung Bebuloh Laut, Wilayah Persekutuan Labuan.
gambar kahwin ekin yazerAhad ini mereka akan diraikan menerusi majlis resepsi di tempat yang sama. Tahniah buat Yazer dan Ekin. Semoga perkahwinan ini kekal sehingga ke akhir hayat. Selamat menempuh alam perkahwinan. Sumber Berita Harian.