Written by AbangNara | December 8th, 2014

Tahniah diucapkan kepada Chef Riz dan Shikin Maembong yang telah pun selamat disatukan sebagai suami isteri pada hujung minggu lalu. Untuk makluman, ini adalah perkahwinan kedua Chef Riz setelah rumah tangga pertamanya dengan Ana Dahlia berakhir dengan penceraian. Untuk makluman juga, Shikin Maembong adalah kakak kepada pelakon popular, Emma Maembong.

gambar kahwin chef riz dan shikin maembong

Kedua-dua mempelai kelihatan sama cantik dan sama padan dalam pakaian pengantin serba putih. Majlis pernikahan mereka telah dihadiri oleh kira-kira 200 orang tetamu yang terdiri daripada keluarga terdekat dan sahabat handai. Semoga perkahwinan kali ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat dan dikurniakan cahaya mata yang ramai. Tahniah diucapkan.

gambar kahwin chef riz dan shikin maembong

Lagi beberapa keping gambar sekitar majlis perkahwinan Chef Riz dan Shikin Maembong dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar ThePhotolicious.

 
Written by AbangNara | December 8th, 2014

Sabtu lalu telah berlangsung majlis Anugerah Industri Muzik yang ke 21. Abang Nara tak sempat tengok sebab kedua-dua anak demam. Terpaksa berkejar ke hospital. Namun daripada apa yang dibaca, AIM21 memang meriah. Persembahan yang paling memukau khabarnya datang daripada Akim & The Magistrate dengan lagu ‘Mewangi’. Ramai yang mengkagumi vokal mantap Akim.

gambar red carpet aim21Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan kepada semua pemenang. Semoga kemenangan yang diperolehi menjadi pembakar semangat untuk mereka terus berkarya. Jom kita layan gambar selebriti-selebriti tempat di karpet merah AIM21 dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Facebook Ryaniez Moments.

 
Written by AbangNara | December 5th, 2014

Penampilan terbaru Shera Ayob, isteri kepada Zahiril Adzim telah menimbulkan tanda tanya sama ada dirinya kini telah berhijrah memakai tudung sepenuhnya. Ia dikuatkan lagi apabila kesemua gambar dirinya tidak menutup aurat telah pun dibuang daripada akaun Instagramnya. Malah di dalam gambar terbaru yang dimuatnaik oleh Zahiril Adzim, caption yang ditulis ialah ‘dating dengan awek baru’. Kemungkinan ‘awek baru’ yang dimaksudkan ialah imej baru isterinya itu.

shera ayob bertudung

Apa pun Shera Ayob memang tampak lebih jelita, menawan dan anggun apabila mengenakan tudung. Semoga penghijrahan ini benar-benar berlaku. Pasti kesemua peminat akan gembira dengan perubahan yang amat dinanti-nantikan ini. Sama-samalah kita nantikan penjelasan sepenuhnya daripada empunya badan.

shera ayob bertudung

Lagi beberapa gambar Shera Ayob dengan imej bertudung dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | December 5th, 2014

Puteri sulung Awal Ashaari dan Scha Al Yahya, Lara Alana sememangnya amat popular di laman sosial. Memiliki ratusan ribu pengikut di Instagram dan Facebook, Scha melahirkan rasa bimbang kerana kehidupan anaknya terlalu terdedah menerusi ratusan gambar yang dikongsikan di laman-laman sosial tersebut. Sememangnya memang wajar untuk Scha berasa bimbang lebih-lebih lagi dengan dunia sekarang yang penuh dengan kejahatan.
scha lara
Menariknya Scha pada awalnya tidak bersetuju dengan tindakan suaminya, Awal yang mahu membuka akaun sosial untuk Lara Alana. Pada mulanya hanya akaun Instagram sahaja diwujudkan untuk Lara Alana, namun kini si comel itu turut mempunyai akaun Facebook untuk mengelakkan peminat tertipu dengan akaun palsu. Kata Scha:-

Pada mulanya saya tidak setuju apabila Awal ingin buka akaun Instagram dan Facebook Lara kerana bimbang keselamatan dia. Saya risau dia lebih dikenali ketika di luar, tetapi Awal menganggap ia sebagai perjalanan kehidupan anak kami.

Banyak sangat akaun Facebook palsu yang mana mereka buka untuk dapat keuntungan. Itu sebabnya kami sengaja buka akaun Lara sebenar agar peminat tidak tertipu.

scha lara Bab akaun palsu itu memang Abang Nara setuju dengan pendapat Scha. Kalau buat carian nama Lara Alana di Instagram dan Facebook, memang berpuluh-puluh akaun palsu terpampang. Sekurang-kurangnya dengan ada akaun rasmi, kurang sikit penipuan yang boleh terjadi. Apa pun, Abang Nara percaya Scha dan Awal tahu apa yang terbaik untuk anak mereka. Yang penting Abang Nara suka melihat aksi comel Lara Alana dengan caption yang menarik yang kadangkala membuatkan diri ini tergelak. Hilang jugaklah stress. Keep up the good work. Sumber Mstar Online.

P.S: Wanita lamar kekasih pesakit kulit kanser

Page 30 of 37« First...1020...2829303132...Last »