Written by AbangNara | December 30th, 2014

Selama 6 bulan menjadi pengacara Melodi, akhirnya kelibat Sherry Alhadad dan Zulin Aziz di dalam program ini tidak akan lagi kelihatan bermula Januari 2015. Kontrak mereka telah pun tamat bulan ini dan tidak akan disambung. Walaupun keputusan ini diambil bukan kerana rating atau masalah displin, pastinya sedikit sebanyak kritikan yang diterima terutamanya di laman sosial daripada penonton Melodi turut sama mempengaruhi pihak pengurusan program ini.

sherry dan zulin

Untuk tahun 2015, hanya Awal Ashaari sahaja yang dikekalkan sebagai pengacara Melodi. Namun masih tiada sebarang keputusan mengenai pengacara baru yang akan digandingkan dengannya. Kata Michelle Wee, penerbit Melodi:-

Pihak pengurusan hanya mengekalkan Awal Ashaari sebagai pengacara utama dalam rancangan tersebut, ini kerana kami masih peringkat perbincangan untuk memberi pengisian baru buat Melodi tahun 2015.

Kedua-dua mereka sudah tamat kontrak pada Disember 2014 iaitu selama enam bulan sahaja dan ia tiada kena mengena dengan rating atau masalah disiplin sepanjang mereka bersama Melodi.

Sepanjang mereka mengendalikan Melodi rating sama seperti sebelum ini iaitu ada naik dan turun. Tentang penonton suka dan tidak itu adalah perkara biasa bagi semua pengacara Melodi, ada yang suka ada yang tidak.

Sekarang masih diperingkat perbincangan lagi dan yang pasti kita akan buat banyak perubahan dalam Melodi. Ia termasuk mengenai pengacara.

Namun, buat masa ini Awal akan bergandingan dengan tetamu jemputan daripada kalangan artis yang dipilih sebelum sebarang keputusan dibuat

awal dan sherry

Agak-agaknya siapakah yang sesuai untuk digandingkan dengan Awal Ashaari? Pada pandangan Abang Nara, mungkin kena ambil pengacara yang gila-gila sikit. Awal jenis yang serius jadi kalau ambil yang kelakar macam Zizan dulu pun okay jugak. Atau kalau nak kelainan, boleh cuba pengacara perempuan. Nabila Huda pun nampak okay juga ketika mengacara Anugerah Skrin 2014. Apa pendapat anda? Ada cadangan yang menarik? Sila kongsikan di ruangan komen.

Written by AbangNara | December 30th, 2014

Inilah bagusnya kewujudan laman sosial dan juga teknologi seperti telefon, WhatsApp dan email. Tak perlu tunggu sampai esok lusa untuk beri penjelasan. Selepas pengarah popular Jinggo berkongsi gambar di Facebook menunjukkan betapa berlagakanya pihak pengurusan Puteri Balqis, kini ibu kepada pelakon cilik itu tampil menjelaskan cerita sebenar. Menurut Ibu kepada Puteri Balqis Azizi iaitu Norashikin Mohd Aziz, segala apa yang ditulis oleh Jinggo yang merupakan suami Sheila Rusly adalah fitnah semata-mata.

puteri balqis

Berdasarkan penerangan Norashikin, pihak produksi tersebut telah merayu agar Puteri Balqis berlakon di dalam drama Syurga Nur sehingga tahap menganggu tanpa mengira siang dan malam. Skrip juga telah diterima dan dihafal oleh Puteri Balqis. Namun ketika pertemuan untuk menandatangani perjanjian dan penyerahan doposit, pihak produksi menghantar mesej bahawa mereka membatalkan tawaran tersebut. Kata Norashikin:-

Apa yang ditulis di laman sosial Facebook adalah tidak benar dan fitnah semata-mata. Lagi pula cerita itu sudah lama iaitu sebelum Balqis memenangi anugerah Pelakon Wanita Terbaik Asia di Asian Television Awards 2014 (ATA 2014), Singapura pada 11 Disember lalu.

Sepatutnya pihak kami yang bertindak begitu kerana dipermainkan bukannya mereka, tetapi kami faham kami ini hanya orang kecil jika ingin berperang dengan mereka yang ada nama besar dalam industri.

Mereka merayu untuk Balqis berlakon dalam drama berjudul Syurga Nur untuk slot Akasia di TV3 yang mana ada enam episod untuk Balqis. Pada awalnya saya menolak kerana jadual dia penuh kerana ada penggambaran drama dengan Micheal Ang.

Namun, pihak produksi masih menganggu dengan menghubungi kami siang dan malam merayu agar Balqis berlakon dalam drama itu kerana mereka beritahu tiada pelakon lain yang boleh bawa watak tersebut. Oleh kerana itu, kami berlembut hati dan meminta mereka menghantar skrip untuk dibaca dan dihafal oleh Balqis.

Sudah tentu kami rasa dipermainkan kerana pada awal mereka beria-ia untuk ambil Balqis sehingga saya terpaksa minta pengarah Micheal Ang bertolak ansur dan beri laluan kepada drama ini dahulu.

Deposit seharusnya dibayar kepada pelakon selepas menerima skrip dan kami memang sudah menerima skrip, malah Balqis sudah pun menghafalnya.

Tentang bayaran untuk pelakon kanak-kanak bukan banyak seperti pelakon dewasa, malah produksi tersebut sudah memberitahu hanya akan membayar untuk lima episod sahaja sedangkan watak Balqis untuk enam episod

puteri balqis difitnah Norashikin juga turut memaklumkan yang mereka telah dinasihat oleh beberapa pihak agar tidak berurusan dengan produksi tersebut kerana syarikat itu banyak mendatangkan masalah. Nampak gaya berdasarkan penerangan ini, ada pihak yang sengaja mahu menjatuhkan nama baik Puteri Balqis. Mungkin ada komplot tertentu untuk menjahanamkan karier Puteri Balqis. Cemburu mungkin? Pelik-pelik orang kita ini. Tak boleh ke kalau nak tumpang gembira apabila melihat orang lain berjaya? Kenapa perlu mencipta cerita tipu hanya untuk menjatuhkan orang lain? Sumber Mstar Online.

P.S: Ron 95 dan diesel boleh jatuh di bawah harga RM2 seliter

Written by AbangNara | December 30th, 2014

Manusia memang mudah lupa diri lebih-lebih lagi apabila populariti mula meninggi. Terkejut juga Abang Nara membaca perkongsian oleh seorang pengarah popular, Azman Yahya yang lebih dikenali sebagai Jinggo. Menerusi satu ‘screenshot’ yang dikongsikan, pihak JS Pictures dengan ayat yang amat profesional telah pun memaklumkan pembatalan pengambilan Puteri Balqis dalam sebuah drama. Namun sayangnya ayat balasan yang diterima daripada pihak pengurusan Puteri Balqis (ayah pelakon cilik tersebut) amat mengecewakan. Geleng kepala Abang Nara membacanya.

jinggo puteri balqis Tambah mengecewakan apabila Jinggo turut sama memaklumkan yang bapa Puteri Balqis telah meminta bayaran deposit sebanyak 50% walaupun belum membaca skrip. Pergh ini dah macam diva sangat-sangat. Kalah Azwan Ali. Agak pelik apabila sikap sebegini hanya muncul selepas Puteri Balqis memenangi anugerah di Anugerah Skrin dan juga Asian Television Award baru-baru ini.

jinggo puteri balqis

Pandangan Abang Nara, memang tidak wajar untuk pihak pengurusan Puteri Balqis melakukan ‘demand’ sebegini. Nanti yang buruk nama adalah Puteri Balqis sendiri. Berapa besar sangatlah industri lakonan tanah air kita. Kalau kena boikot, yang rugi adalah Puteri Balqis sendiri. Tak pasal-pasal tak dapat tawaran berlakon sekaligus menyebabkan bakat lakonannya yang hebat terpendam begitu sahaja. Diharap akan lebih berhati-hati di masa hadapan. Jangan sampai rosakkan peluang anak anda sendiri.

Written by AbangNara | December 30th, 2014

Wow. Abang Nara sungguh terkejut mendengar berita ini. Mana tidaknya, kini ada video berdurasi seminit memaparkan aksi seorang wanita yang bermirip wajah Fazura dengan aksi lucah sedang tersebar menerusi emel. Namun anda semua terutama peminat Fazura tidak perlu risau. Pelakon jelita ini telah pun tampil membuat penafian dan memaklumkan tidak pernah terlibat dengan mana-mana video lucah.
video lucah fazura Ini bermakna wanita di dalam video tersebut bukanlah Nur Fazura sebaliknya hanya orang lain yang mempunyai wajah seakan-akan dirinya. Fazura juga telah membuat laporan polis dan SKMM untuk memastikan penyebaran video itu tidak berlaku dan namanya tidak lagi dikaitkan dengan video tersebut. Kata Fazura:-

Saya tidak pernah terbabit dengan mana-mana video lucah. Saya juga mendapatkan nasihat undang-undang dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap penyebar video berkenaan.

fazura

Beberapa tahun yang lalu juga Fazura pernah menjadi mangsa fitnah apabila video lucah dengan wajah wanita yang mirip dengannya telah disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab. Apa pun dengan penafian ini, diharap nama Fazura tidak lagi dikaitkan dengan video tersebut. Kesian Fazura di penghujung tahun 2014 ini banyak pula kontroversi yang melanda dirinya. Semoga tahun 2015 yang mendatang akan membawa sinar yang lebih terang. Sumber Harian Metro.

Page 2 of 3712345...102030...Last »