Written by AbangNara | November 25th, 2014

Sebentar tadi Abang Nara telah kongsikan versi pendek penjelasan Eina Azman mengenai kontroversi kereta Chevrolet Camaronya di sebuah stesen minyak. Secara jujur, memang akan sakit hati dan kecewa apabila kita dituduh melakukan sesuatu perkara yang kita tidak lakukan. Kasihan juga Abang Nara kepada Eina Azman dan suami. Tak pasal-pasal kena caci maki hanya kerana sekeping gambar.

eina azman dan kereta

Ini adalah penjelasan versi panjang oleh Eina Azman mengenai apa yang terjadi:-

Ya, saya mengaku dengan hati yang jujur itu adalah kereta saya dan memang saya dan suami meletakkan kenderaan kami di situ pada malam berkenaan.

Sebenarnya pada malam kejadian, saya dan suami dalam perjalanan ke Seremban untuk menghadiri mesyua­rat. Ini pengakuan saya tentang dakwaan tersebut. Sebelum itu saya mahu ajukan soalan kepada semua, ketika anda berada di stesen minyak, adakah ia perkara normal jika anda keluar sebentar dari kereta untuk membeli barang di kedai? Ia perkara normal bukan? Saya letak kenderaan di situ hanya dalam tempoh tidak sampai 10 minit. Saya dan suami ma­suk ke dalam kedai untuk beli barang makanan, bukan pergi ke restoran Subway untuk makan seperti yang didakwa.

Itu adalah perkara biasa jika sedang dalam perjalanan jauh, kita akan berhenti di mana-mana stesen minyak untuk mengisi minyak ken­deraan dan membeli barang makanan. Apa yang salahnya di situ? Jika benar ada yang mengatakan saya letak kereta di situ dan dengan tanpa rasa bersalah pergi ke Subway untuk makan, mengapa tidak ambil gambar saya sedang makan? Mengapa hanya ambil gambar kereta sahaja. Itu tidak adil kerana ia menimbulkan fitnah kepada saya. Jika benar mahu buktikan saya benar-benar bersalah dalam hal ini, mengapa tidak ambil gambar saya sedang makan?

Kalau betul mahu reka cerita, jangan melampau sampai tahap begini. Saya letak kenderaan betul-betul dalam kotak kuning. Bukan saya letak di tengah jalan sehingga mengganggu laluan pengguna lain untuk mengisi minyak di situ. Lagi pula jika dilihat dalam gambar tersebut, kawasan stesen pam minyak itu sangat besar dan banyak lagi lorong lain untuk mengisi minyak. Lainlah jika di belakang kereta saya ada berderet lagi kereta lain beratur. Jika saya melakukan perbuatan pentingkan diri sendiri seperti itu, ya saya tidak akan melen­ting kalau ada pihak cakap saya buat hal.

Saya mendapat berita itu daripada rakan saya. Dia (rakan) memaklumkan kepada saya tentang perkara itu dan pada masa yang sama, orang ramai tidak henti-henti memberi res­pon negatif kepada saya di laman sosial. Sejujurnya, memang saya terkejut betul dengan cerita itu. Saya tidak sangka dengan hanya meletakkan kenderaan di sana sama seperti orang lain, saya terus dikecam. Pada masa yang sama, saya juga berasa pelik.

Selepas kahwin, sudah lama tidak ada cerita kontroversi mengenai saya. Tiba-tiba hanya kerana perkara kecil sebegini, nama saya kembali diperkatakan orang. Saya juga sudah berjanji kepada diri sendiri dan suami bahawa selepas kahwin, saya tidak mahu terlibat dengan apa-apa kontoversi lagi. Suami juga tidak suka saya terlibat dengan kisah yang tidak benar. Adakah itu adil kepada saya hanya disebabkan saya Eina Azman? Jika saya orang biasa, bukan artis atau bukan orang yang dikenali, adakah ia akan jadi isu juga? Tidak, bukan.

Perkara ini benar-benar buat saya tertekan. Mengapa perkara remeh sebegitu pun ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab mahu jadikan isu? Namun, apa yang paling mengecewakan saya, ramai orang di luar sana percaya dengan cerita tersebut. Baru sahaja baca cerita itu, terus percaya tanpa mahu fikir dengan logik akal. Kalau betul ada pihak yang tidak ber­puas hati, boleh pergi periksa rakaman kamera tele­visyen tertutup (CCTV) di pam minyak tersebut. Lihat sendiri apa yang berlaku sebenarnya pada malam itu.

Bagi saya, jika mahu buat cerita tentang saya pun, berpada-padalah. Takkan sampai mereka-reka cerita yang tidak benar seperti ini. Saya memang marah apabila tiba-tiba orang me­nyalahkan saya tentang perkara yang saya tidak lakukan. Saya sebenarnya sudah lama menahan perasaan. Dari dahulu sehinggala sudah berkahwin pun, orang akan tetap bercakap buruk mengenai saya. Orang akan tetap hina walaupun saya tidak pernah kacau hidup orang lain. Apabila berdepan dengan perkara seumpama ini, apa lagi yang mampu saya lakukan. Mulut orang, sampai bila-bila pun kita tak akan mampu tutup. Kalau saya cakap mahu saman, orang luar akan adili saya ini seorang yang mengada-ngada.

eina azmanDiharap anda berpuas hati dengan penjelasan panjang lebar ini. Kepada si pembuat cerita, lain kali sila berhati-hati sebelum membuat sebarang kesimpulan. Tak pasal-pasal nama baik Eina Azman dan suami tercalar. Sila cepat pergi minta maaf. Sumber Kosmo.

Written by AbangNara | November 25th, 2014

Yeah~~~~ Apabila sudah kembali solo, percutian bersama rakan-rakan sejantina pastinya amat menyeronokkan. Iyerlah kalau ada kekasih hati pasti agak terbatas nak keluar berjalan-jalan, lebih-lebih kalau ke luar negara. Kalau tak ajak merajuk, kalau ajak nanti macam-macam pula khabar angin yang timbul. Terbaru, Intan Ladyana telah berkongsi beberapa gambar percutiannya di Venice, Itali bersama rakan perempuannya. Menarik!!!

intan ladyana

Seronok pulak Abang Nara tengok Intan Ladyana naik gondola. Salah satu impian Abang Nara tue. Walaupun berada jauh di negara orang, Intan Ladyana telah digosipkan sudah mempunyai kekasih baru sebagai pengganti Kamal Adli. Berkata kepada Mstar Online, pelakon jelita tersebut menafikan perkara tersebut:-

Hahaha.. Mana adalah. Suka hati saja cakap macam itu. Lelaki itu kawan biasa saya, bukan kekasih. Saya belum ada teman istimewa lagi. Pelik, lagipun gambar itu biasa sahaja dimana saya bersama rakan-rakan. Bukannya berdua dengan dia

intan ladyana

Rasanya Intan Ladyana pun tak tergesa-gesa mahu mencari kekasih baru. Sementara masih solo ini, baiklah enjoy sepuas hati dulu. Kasi habis dulu tahun 2014. Tahun 2015 nanti barulah fikir mengenai kekasih. Tak gitu? Beberapa lagi gambar Intan Ladyana di Venice dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | November 25th, 2014

Semalam nama Eina Azman dan suaminya begitu hangat diperkatakan. Mana tidaknya, ada tuduhan yang menyatakan pasangan suami ini telah meletakkan kereta mereka di pam minyak dan seterusnya menjamu selera di kedai makan Subway di sebuah stesen minyak. Kalau benar ia dilakukan, memang ia satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab. Iyerlah, kalau parking kat pam minyak, kenalah kejap-kejap je sebab orang lain pun nak guna.

eina azman

Kecewa dengan tuduhan tidak berasas tersebut, Eina Azman tampil menerusi akaun Instagramnya untuk menjelaskan keadaan. Kata Eina:-

Salam semua… Ni ada lah sedikit comment2 postif dari peminat eina yang send di email.. Eina malas nak comment panjang. Pada yang tak tau tu tolong lah jangan tokok tambah… Eina cuma nak tanya 1 soalan saja “pernah Tak anda nak pergi isi minyak lps tu masuk dlm beli makanan”?? Terima kasih lah pada semua yang mengata dan menghina saya dan suami… Semoga Allah merahmati kamu semua.

eina azman

Berdasarkan penerangan Eina Azman, perkara tersebut seharusnya tidak menjadi masalah. Abang Nara pun kadang-kadang sambil isi minyak pergi masuk kedai Mesra PETRONAS untuk beli jajan. 5 minit dah boleh siap segala pembelian. Jadi tuduhan ini adalah tidak berasas sama sekali. Mungkin pihak yang membuat tuduhan ini cemburu dengan kehebatan kereta Chevrolet Camaro milik Eina Azman dan suami. Tak gitu? Apa pendapat anda?

P.S: Comelnya kucing-kucing ini jelirkan lidah

Written by AbangNara | November 24th, 2014

Ok awek-awek di luar sana, sila jangan bersedih. Remy Ishak kini sedang dalam proses mengenali hati budi seorang gadis yang bernama Roszaliza Yusof. Si gadis merupakan Pengarah Urusan Roistz Labels yang telah bekerjasama dengan Remy Ishak untuk menjayakan majlis  ‘2morrow Fashion Blast Feista’. Kedua-duanya nampak sama cantik dan sama padan

remy ishak dan roszaliza yusof

Seperti yang kita ketahui, Remy Ishak sebelum ini kurang bertuah dalam percintaan. Seringkali cintanya gagal di tengah jalan. Kali ini marilah kita doakan agar proses mengenali hati budi Roszaliza Yusof berjalan lancar dan akhirnya akan berakhir di jinjang pelamin. Kata Remy:-

Saya tak mahu cakap lebih bimbang tidak jadi nanti, susah juga lagipun kami masih lagi di tahap berkawan. Dia seorang yang matang dan saya selesa berkawan dengannya. Kami baru lebih kurang tiga bulan mengenali dan cuba melangkah ke peringkat yang lebih serius.

remy ishak

Kalau tak silap umur Remy Ishak sudah pun menjangkau awal 30-an. Memang usia yang sesuai sangat untuk mendirikan rumah tangga. Semoga hubungan dengan Roszaliza Yusof kali ini akan membuahkan hasil. Tak sabar nak tengok kekacakan dan kesegakan Remy Ishak memakai baju pengantin. Sama-samalah kita doakan. Sumber MalaysianDigest.

Page 6 of 35« First...45678...2030...Last »