Written by AbangNara | November 6th, 2014

Amboiiiii. Lebatnya rambut puteri sulung Rozita Che Wan dan Zain Saidin ini. Geram pulak menengok. Rasa nak cubit-cubit je. Tak sabar rasanya nak tahu nama si comel ini yang akan diumumkan pada hari ke 7. Mesti nama pun secomel wajah.

gambar anak che ta

Lagi beberapa gambar si comel ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Terima kasih kepada AnnasEaskey dan ThePhotolicious untuk perkongsian.

P.S: Menara dari batu yang amat mustahil

 
Written by AbangNara | November 5th, 2014

Ya memang stress kalau menjadi artis yang popular di Instagram. Setiap gambar yang dikongsikan, pasti penuh dengan ratusan komen. Kalau semuanya komen berkaitan dengan gambar tak apalah jugak, namun kebanyakannya adalah ‘spam’ iklan. Ada yang jual ubat cantik, ubat kurus dan macam-macam lagi. Itulah yang dialami oleh kebanyakan selebriti. Hari ini, Awal Ashaari melahirkan rasa marah dan bengangnya terhadap pengiklan-pengiklan tersebut.

awal ashaari

Kalau Abang Nara jadi Awal pun memang akan bengang jugak. Tulis Awal:-

Aku taknak tepung kek, aku takde miss ‘V’ berbau, aku taknak kain cadar Burberry, aku taknak kahwin bajet, aku taknak Chanel boy inspired, aku taknak ubat kuat Lelaki, aku taknak kurus dalam masa 5 hari, aku taknak bisnes partnership, aku taknak wallpaper murah! Kalau aku nak, aku pergi cari kat Kedai!!! Bukan kat ruangan comment Instagram orang!!! It´s really annoying and our community is starting to get really bored by these “low-cost marketing strategies” and behaviors.
#onedaywithoutspam

Kebengangan Awal jelas terserlah apabila turut mempersoalkan tahap kepandaian salah seorang pengomen di Instagramnya.
awal ashaari

Selepas luahan hati ini dimuatnaik, dilihat banyak juga pengikut Awal Ashaari bertelagah sesama sendiri. Ada yang menyokong, ada yang membantah dan ada yang kecewa dengan kata-kata yang diluahkan Awal. Apa pun, selaku insan yang dihujani ratusan komen ‘spam’ di Instagramnya, Awal Ashaari memang ada hak untuk rasa marah. Semoga selepas ini komen-komen berunsur pengiklanan akan berkurangan. Apa pendapat anda? Sumber RotiKaya.

P.S: Spefikasi nombor pendaftaran kenderaan

Written by AbangNara | November 5th, 2014

Asyik, asyik, asyikkkkkk. Asyiknya bercinta. Amboi. Teringat pula satu ketika dahulu Abang Nara berjoget mengikut rentak lagu nyanyian Amelina. Memang syok. Siapa sangka lagu dangdut boleh popular. Amelina telah pun membuktikannya. Setelah sekian lama berdiam diri, khabarnya Amelina akan membuat kemunculan semula atau dalam bahasa omputih ‘comeback’ tidak lama lagi.

amelina comeback

Baru-baru ini Amelina dilihat telah bersama dengan Mya(Matahari) di Bangsar Shopping Centre. Wajah mereka kelihatan amat serius berbincang mengenai sesuatu. Kemungkinan besar sesuatu itu adalah ‘comeback’ Amelina sebagai seorang penyanyi. Untuk makluman, kali terakhir berita mengenai Amelina dipaparkan di BeautifulNara adalah mengenai diri penyanyi tersebut dihalau keluar dari rumah sewanya.

amelina comeback

Tak sabar rasanya nak mendengar suara lunak Amelina sekali lagi. Kalau lagu dangdut, lagilah terbaik. Boleh berjoget sakan. Apa pun, semoga perancangan Amelina berjaya hendaknya. Sama-samalah kita doakan.

Written by AbangNara | November 5th, 2014

Welcome to the club. Jutaan tahniah diucapkan kepada Zahid AF yang kini telah pun bergelar seorang bapa. Isteri pengacara radio Era FM ini iaitu Sarah Julifa Yusof, 26, telah pun selamat melahirkan cahaya mata sulung mereka, di Hospital Tunku Azizah, Sri Rampai, Kuala Lumpur petang semalam. Berita gembira ini telah dikongsi oleh Zain menerusi akaun Instagramnya.

anak zahid

Tulis Zahid:-

Assalamualaikum semua, saya dah lahir… Berat saya 3.5kg je. Terima kasih semua yang mendoakan yang baik2 alhamdulillah baby sihat macam bapak dia. Thank you to Dr Kay and her entourage from Tunku Azizah

zahid

Untuk makluman, Zahid dan Sarah telah pun mendirikan rumah tangga pada 7 Jun 2013. Tahniah sekali lagi buat Zahid dan isteri. Semoga si comel membesar dengan sihat dan sempurna. Selamat berjaga malam.

Page 30 of 35« First...1020...2829303132...Last »