Written by AbangNara | November 28th, 2014

Demam Amar Baharin dan Izreen Azminda nampaknya masih tidak kebah lagi. Mereka masih lagi dikaitkan antara satu sama lain walaupun kedua-duanya telah mengaku hubungan mereka tidak lebih dari sekadar kawan. Abang Nara memahami hati para peminat yang mahu mereka bercinta. Kedua-duanya memang sama cantik sama padan. Muka pun ada iras-iras. Orang kata muka seiras ini maksudnya ada jodoh yang kuat.

amar baharin

Ayat-ayat yang dikeluarkan oleh Amar Baharin ketika ditemuramah oleh MalaysianDigest ini memang lain macam juga sebenarnya. ‘Baik’, ‘comel’, ‘takut jatuh cinta’ dan beberapa lagi perkataan yang kalau anda seorang wanita, pasti akan cair mendengarnya. Kata Amar:-

Saya ada juga kawan rapat lain tetapi dia adalah kawan perempuan yang paling rapat dengan saya. Dia baik dan comel serta banyak menolong saya dalam industri ini. Sebenarnya, kami berjumpa kembali selepas sebulan apabila masing-masing sibuk dengan penggambaran.

Kami jarang berjumpa tetapi jika ada kelapangan, kami keluar setakat minum kopi. Kami sering juga berkongsi tentang masalah atau hal peribadi tetapi tidak semua kami kongsi apatah lagi lebih pada hal kerja.

Saya selalu doakan kebahagiaan dan yang terbaik untuk dia. Saya tiada masalah kalau dia jumpa orang lain lagipun kami hanya kawan.

Sebenarnya, saya lagi takut jika jatuh cinta dengan kawan baik sebab apabila berkawan, kita tidak perlu terlalu ‘control’. Jika persahabatan bertukar rasa cinta, akan timbul rasa janggal. Jadi, rasanya baiklah jadi kawan baik sampai bila-bila

amar baharin

Memang selalu terjadi kawan baik akhirnya bertukar menjadi pasangan kekasih dan akhirnya menjadi suami isteri. Mungkin satu masa nanti hal seumpama ini akan terjadi kepada Amar Baharin dan Izreen. Siapa tahu kan? Apa pun janganlah kita selaku peminat mengharap lebih-lebih. Kalau dah tertulis jodoh antara mereka, pasti akan ke jinjang pelamin jua. Tak gitu?

P.S: Parasit 8 sentimeter dalam kepala kanak-kanak

Written by AbangNara | November 28th, 2014

Jutawan. Rasanya memang impian setiap manusia mahu mendapat status ini. Mana tidaknya, untuk bergelar jutawan, duit di tangan mesti ada sekurang-kurangnya RM1 juta. Walaupun RM1 juta di zaman sekarang ini dah tak boleh nak buat apa sangat, namun sudah tentu ia lebih baik daripada tak ada apa-apa langsung. Sejak menceburi perniagaan pemasaran rangkaian, desas-desus bertebaran yang pasangan suami isteri Azad Jasmin dan Eira Syazira kini sudah pun mencapai status tersebut.

azad jasmin dan eira syazira jutawan

Kalau anda mengikuti akaun sosial pasangan suami isteri ini, memang nampak kencang sangat-sangat perniagaan yang dijalankan. Malah kalau tak silap, Azad dan Eira kini sudah jarang keluar di kaca televisyen kerana sibuk memberi fokus kepada perniagaan mereka. Apa pun, menurut Azad, mereka belum lagi bergelar jutawan. Kata Azad:-

Dakwaan tersebut tidak benar. Saya sendiri terkejut apabila mendengarnya. Tapi, apa yang benarnya, perniagaan yang kami ceburi telah menunjukkan perkembangan yang positif.

Apa yang boleh saya katakan, saya dan isteri selesa menjalankan perniagaan. Setakat ini, lebih banyak rezeki kami datang daripada cabang perniagaan yang dijalankan. Secara tidak langsung, menjadikan kami lebih bersemangat dan fokus terhadap bidang ini.

azad

Insya Allah kalau berusaha keras, jujur, dan ikhlas, bukan sahaja status jutawan boleh dicapai malah lebih daripada itu lagi. Semoga perniagaan Azad Jasmin dan Eira Syazira akan semakin meletup di masa hadapan. Teruskan berusaha keras. Sumber Kosmo.

Written by serenity | November 28th, 2014

Bapa pelakon kanak-kanak Mia Sara, iaitu Muhammad Ridhuan Muhammad Saleh, mengakui dirinya terkejut dengan laporan gosip di sebuah ruangan pojok tulisan Cik Pang di Harian Metro mengenai sikap anak itu yang hipokrit. Dia berkata yang dia tidak menyangka Mia akan digosipkan sama seperti selebriti dewasa walaupun hanya berusia sembilan tahun.

Sebenarnya saya tidak mempunyai masalah atau terkilan dengan gosip yang timbul kerana ia semestinya tidak benar. Rasa kelakar pula, dengan budak kecil yang masih tidak faham apa-apa pun orang nak jadikan bahan gosip.

Tidak mengapa, orang bercakap, kita yang dapat pahala. Saya akan tuntut di akhirat nanti.

 photo MiaSara.jpg
Gosip ini dikatakan timbul apabila Cik Pang menceritakan yang temannya pernah melihat bagaimana Mia melayani Puteri Balqis yang memenangi Anugerah Skrin 2014 sewaktu mula-mula berlakon dan mereka dipertemukan dalam satu produksi. Waktu itu, Balqis hanya pelakon tambahan. Mia dikatakan langsung tidak mahu menegur dan bercakap dengan Balqis walaupun sudah lazim bagi kanak-kanak untuk bersikap mesra antara satu sama lain. Malahan, ada kakitangan produksi mengajak Mia bercampur dengan Balqis tetapi ditolak dengan alasan sebagai pelakon utama, dia tidak boleh bercampur dengan pelakon tambahan.

Ridhuan memberitahu mStar Online bahawa dia sememangnya mendidik Mia untuk mengurangkan bercakap di lokasi penggambaran:

Apabila saya sediakan segala kelengkapan untuk Mia, itu pun dah ada orang bercakap kononnya nampak ‘poyo’. Walhal saya mahu memudahkan lagi perjalanan produksi dan tidak mahu kerana anak saya, orang lain pula bermasalah.

Pada masa sama saya turut memberitahu Mia untuk tidak banyak bercakap di set dan hanya fokus pada kerja. Dan yang paling penting jangan menyampuk apabila orang sedang bercakap.

Sebagai seorang bapa yang tidak selalu menemani Mia di set, sudah pasti saya akan berasa risau, kerana anak kecil itu sedang belajar setiap perkara yang ada di persekitarannya.

Sukar sebenarnya mahu bercakap mengenai perkara ini memandangkan perkara ini melibatkan kanak-kanak. Hal budak-budak, kata orang. Bagaimanapun, Mia Sara sedang membesar dan persekitaran akan mempengaruhi sahsiahnya. Mungkin sikap Mia Sara yang kurang bercakap itu disalah erti oleh sesetengah pihak. Mungkin jua Mia Sara boleh menunjukkan raut wajah mesra dan senyuman untuk tidak menyinggung mana-mana pihak selepas ini. Orang kata ambil yang positif, ya tak?

P.s: Kisah Arthur yang meruntun jiwa puluhan ribu netizen

Written by AbangNara | November 27th, 2014

Sedih juga Abang Nara membaca luahan hati Awal Ashaari ini. Seperti yang kita ketahui, semenjak dua menjak ini kalau ada apa-apa majlis, program realiti dan malam anugerah, kebanyakan pengacara yang diambil adalah terdiri daripada golongan pelawak. Contohnya Zizan Razak, Jihan Muse, Johan, Nabil dan ramai lagi. Pengacara-pengacara serius seperti Awal Ashaari, Ally Iskandar serta beberapa nama lagi kurang menjadi pilihan pihak penganjur.

awal ashaari

Secara jujur ada benarnya kata-kata Awal Ashaari ini. Iyerlah, pelawak tak semestinya pandai mengacara. Kadangkala lawak yang dibuat pun tak jadi. Perjalanan majlis pun jadi kelam kabut. Namun kita tak boleh salahkan pihak penganjur juga. Sudah pasti ada ‘demand’ daripada penonton yang mahukan pelawak menjadi pengacara. Mungkin ramai yang nak bergelak ketawa kot. Kata Awal Ashaari:-

Pihak stesen televisyen sepatutnya bersikap adil dan tahu membezakan pengacara daripada golongan pelawak dan pengacara untuk rancangan serius.

Saya lihat sekarang ini pihak stesen televisyen sering memilih mereka di kalangan pelawak sebagai pilihan pertama dan pengacara serius seperti saya dipilih pada saat-saat akhir.

Perkara ini pernah terjadi kepada saya apabila saya ditawarkan mengacara sesebuah progrom apabila pelawak yang dipilih buat hal.

Kalau semua pelawak menjadi pengacara semua program, ia boleh membunuh industri pengacaraan kepada pengacara acara serius seperti saya ini.

Selain itu, program-program terbitan televisyen juga banyak menjurus kepada program komedi berbanding ilmiah.

Pelawak biasanya akan bagi pakej termasuk melakukan lawak sejam jika mengambil mereka untuk mengendalikan sesebuah majlis. Ada penganjur yang bertanya saya, sama ada boleh buat lawak sejam atau tidak?

Itu membuatkan golongan itu sering menjadi pilihan utama sebagai pengacara majlis

awal ashaari

Ada betulnya kan luahan hati Awal Ashaari ini? Apa pun Awal merupakan salah seorang pengacara kegemaran Abang Nara. Abang Nara suka tengok cara Awal penuh ketenangan mengacarakan majlis tanpa perlu terkinja-kinja, menjerit atau membuat lawak yang tak masuk akal. Namun setiap orang ada ‘preference’ mereka sendiri. Mungkin lebih ramai yang gemarkan pelawak mengacara berbanding pengacara serius seperti Awal Ashaari. Mungkinkah sudah tiba masa untuk Awal belajar membuat lawak pulak? Hehehe. Apa kata anda? Sumber Mstar Online.

P.S: Penambahbaikan Proton Iriz

Page 1 of 351234567...Last »