Written by AbangNara | October 29th, 2014

Berita baik untuk para peminat Adel, Zarif, Nina, Fareez, Wawa, Ziha dan Muna yang telah tersingkir daripada AF2014. Kini salah seorang daripada mereka boleh diserap kembali untuk diberi peluang kedua dalam program realiti ini. Berita baik ini telah diumumkan sebentar tadi menerusi laman Facebook Akademi Fantasia. Tidak diketahui pula mekanism untuk penyerapan kembali ini. Mungkin AFMASUK atau mungkin juga ditentukan oleh pengetua AF2014.

af2014

Daripada pemerhatian Abang Nara, Adel adalah pelajar yang berkemungkinan besar diserap semula. Sememangnya penyingkiran Adel pada minggu ketujuh telah mengejutkan orang ramai. Dahlah berbakat, cun pun cun jugak. Apa pun, Abang Nara tergelak sinis apabila membaca salah satu komen yang tertulis ‘nak serap sapa pun seraplah, asalkan jangan Nina‘. Amboi ramai betul tak suka dengan Nina nampaknya.

adel af2014

Harap-harap penyerapan semula dilakukan oleh pengetua serta juga tenaga pengajar AF2014 dan bukannya menerusi undian AFMASUK. Sekali sekala berikan peluang buat mereka yang profesional untuk membuat keputusan. Apa kata anda? Siapakah yang layak diserap masuk kembali? Tinggalkan pendapat anda di ruangan komen.

[flowplayer id=”30058″]

Written by AbangNara | October 28th, 2014

Harith Iskander sememangnya pelawak kegemaran Abang Nara. Satu ketika dahulu Abang Nara pernah terserempak dengan Harith ketika sedang minum kopi. Dengan muka tak malunya, Abang Nara tarik kerusi di sebelah Harith dan terus menegurnya. Harith Iskander begitu ramah mesra orangnya. Harith Iskander melayan Abang Nara dengan begitu baik sekali, siap cerita asal-usul bagaimana dirinya boleh terjebak dalam bidang komedi. Memang jelas terserlah kesempoiannya.

harith iskander

Jadi apabila Abang Nara mengetahui yang Harith Iskander akan membuat satu persembahan komedi terbesar yang diberi nama “To know Malaysia is to LAUGH MALAYSIA”, memang amat teruja diri ini dibuat. Persembahan ini akan diadakan esok, 29 Oktober 2014. Tiket masih lagi dijual di www.airasiaredtix.com. Persembahan hebat Harith akan bermula jam 8.30 malam di Stadium Putra Bukit Jalil.

LAUGH MALAYSIA

Dengan pelbagai tragedi yang kurang baik melanda Malaysia sejak kebelakangan ini, sekurang-kurangnya dengan menghadiri LAUGH MALAYSIA ini akan dapat mengurangkan stress. Abang Nara berani jamin lawak Harith Iskander pasti akan membuatkan usus anda pecah (sila pastikan ada insurans). Harith juga bakal ditemani oleh 2 rakannya iaitu Jason Leong dan Papa CJ. Untuk makluman harga tiket untuk LAUGH MALAYSIA ini ialah RM 258, RM 158, RM 118, RM 78, dan RM 38.

LAUGH MALAYSIA

Jadi jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan komedi hebat Harith Iskander esok (29 Oktober 2014). Beli tiket sekarang juga di www.airasiaredtix.com.

Written by AbangNara | October 28th, 2014

Kali ini Abang Nara sokong Tauke Jambu. Di Instagram ada 2 perkara yang Abang Nara tak suka. Perkara pertama komen menjual barang yang tiada kaitan dengan gambar yang dikongsikan. Yang kedua komen yang mengutuk tetapi si pengutuk gambar pun tak ada dan memang jelas buat akaun Instagram untuk membangkitkan kemarahan orang lain. Kalau betul ‘gentleman’ dan mahu menegur dengan ikhlas, apa salahnya gunakan gambar yang menunjukkan wajah anda? Tak gitu?

tauke jambut

Komen tak masuk akal yang diterima oleh Tauke Jambu bermula selepas pelawak ini berkongsi gambar dirinya dengan gadis yang menjadi ‘bunga’ di dalam Super Spontan. Fuh~~ Kalau Abang Nara jadi Tauke pun memang panas hati. Terbakar kot jiwa raga bila orang tuduh kita bukan-bukan. Memang logiklah boleh terkeluar juga makian dengan kata-kata kesat daripada Tauke Jambu.

tauke jambut

Berkata kepada Mstar Online, Tauke Jambu tidak menyesal dengan tindakannya ini dan berharap agar perkara yang sama tidak berulang kepada artis lain. Kata Tauke:-

Saya sedar sebagai selebriti perkara tersebut agak sensitif, namun bagi saya biarlah orang pandang buruk kepada saya asalkan individu tersebut tidak mengulangi perbuatannya itu. Jika saya tidak berbuat demikian, mungkin dia akan terus berani memberi komen negatif kepada orang atau artis lain pula. Saya harap pengikut yang lain juga lebih menghormati hak dan privasi seseorang artis.

Saya tengok akaun dia memang akaun palsu yang sengaja dibuat untuk mengutuk dan membuat fitnah sebab itu saya sengaja beri dia kata-kata begitu. Kita sendiri tidak tahu individu itu siapa, jadi sesuai sangatlah dia kena marah begitu, sebelum ini akaun yang sama juga selalu komen negatif di Instagram artis-artis lain

tauke jambut

Diharap si pemberi komen misteri ini insaflah dan tak lagi melakukan perbuatan bodoh ini. Nak popular pun banyak lagi cara lain. Kalau sekali dua kena cop ‘kaki perempuan’ tak apalah lagi, kalau dah 15,16 kali, memang terbakar gak jiwa. Tak gitu? Diharap Tauke bersabar. Lepas ini kalau boleh jangan maki dengan kata-kata kesat lagi. Apa kata Tauke buat sindiran yang pedas buat orang yang macam ini. Pasti lebih menarik.

[flowplayer id=”29996″]

Written by AbangNara | October 28th, 2014

Nama Wak Doyok memang hangat diperkatakan minggu ini. Mana tidaknya, para peminat Firman AF2014 rata-rata melahirkan rasa tidak puas hati dan mengutuk tindakan Wak Doyok yang tidak memberikan pelajar kesayangan mereka hadiah sedangkan pelajar lelaki yang semua menerima hadiah daripada ikon fesyen tempatan ini. Secara jujur, Abang Nara terfikir jugak takkanlah Wak Doyok sengaja nak buat macam itu. Pasti ada sesuatu yang telah dirancang oleh Wak Doyok bersama produksi AF2014.
wak doyok firman af2014Ternyata tekaan Abang Nara betul. Peminat Firman boleh menarik nafas lega kerana Wak Doyok akan memberikan hadiah ‘special’ untuk pelajar AF2014 itu. Wak Doyok tidaklah sekejam yang disangka walaupun nampak ganas dengan misainya, Kata Wak Doyok:-

Sebenarnya kami semua nak buat gimik kepada Firman… Kalau mereka semua perasan dalam video yang disiarkan semasa konsert itu ada menyebut saya akan kembali. Jadi saya dah sediakan sesuatu yang istimewa untuk Firman… Saya bukannya kejam tak nak bagi Firman hadiah sedangkan yang lain dapat.

Sebelum ini saya sebenarnya dah agak perkara ini akan jadi isu dan pastinya mengundang kemarahan orang… Tetapi saya dah bersedia dan pihak AF juga mahukan yang sebegini. Tak apalah… Nak buat macam mana benda dah berlaku dan saya sedikit pun tidak terasa marah terhadap orang yang mengutuk mahupun mengeluarkan kata-kata kesat di laman sosial saya.

Mungkin mereka tidak mengetahui hal yang sebenar ataupun tidak perasan dengan maksud video yang ditayangkan semasa konsert tersebut. Cuma saya nak pesan, kita ini janganlah terlalu cepat menghukum orang sekiranya tidak mengetahui isu yang sebenar kerana ia melambangkan ‘atitude’ yang rendah.

wak doyok firman af2014

Kadangkala para peminat memang fanatik terlebih sikit dan ia adalah perkara biasa. Siapa tak marah kalau penyanyi kesayangan diperlakukan sedemikian rupa kan? Diharap dengan penerangan Wak Doyok ini, para peminat Firman boleh bertenang kembali. Kepada Wak Doyok, jangan makan hati sangat. Sekurang-kurangnya dengan kontroversi ini, nama Wak Doyok semakin dikenali ramai. Tak gitu? Info asal Astro Gempak.

[flowplayer id=”29993″]