Written by AbangNara | October 30th, 2014

Fuh~~ Demam Maharaja Lawak Mega 2014 (MLM2014) semakin terasa. Gabungan Zizan beserta Yus dan Tauke yang membentuk kumpulan Virus ternyata menimbulkan reaksi yang berbeza di kalangan pengikut setia program ini. Ada yang menyokong, ada yang membantah kerana sudah terbiasa melihat aksi Zizan bersama Johan dalam kumpulan Jozan. Apa pun, peminat harus menerima kenyataan yang Johan tidak menyertai MLM2014 kali ini kerana sebab-sebab tertentu.

kumpulan virus mlm2014

Secara jujur, Abang Nara risau juga dengan ‘chemistry’ antara Zizan, Tauke dan Yus. Iyerlah, Tauke dan Yus menerusi kumpulan Jambu membuat lawak yang jelas amat berbeza dengan Zizan. Tak sabar nak tengok sama ada lawak mereka bertiga menjadi atau ke laut pada 14 November kelak. Apa pun, Zizan meminta agar para peminat tidak menyamakan kumpulan Virus dengan Jozan. Kata Zizan menerusi AstroGempak:-

Pada awalnya saya ditanya oleh pihak pengurusan Astro Talent, adakah berminat untuk menyertai MLM2014? Saya kata okay, dan saya mahu kumpulan Jozan lah. Namun Johan tidak dapat menyertai kali ini atas sebab-sebab tertentu dan kebetulan Yus dan Tauke ajak saya sertai kumpulannya untuk MLM, saya rasa ini peluang terbaik kerana tidak pernah lagi saya melawak secara trio.

Jangan samakan Jozan dan Virus, ianya dua kumpulan yang berbeza untuk berlawak. Saya yakin ‘chemistry’ antara kami bertiga mampu memberi persembahan yang terbaik dan menghiburkan. Berlawak secara trio adalah perkara baru, sebelum ini saya pernah buat secara solo dan berdua. Tidak salah untuk saya mencuba demi mempertingkatkan lagi mutu lawak saya

kumpulan virus mlm2014

Kalau dilihat secara logiknya, gabungan mereka bertiga ini pastinya akan menggeletek usus kita. Namun kadangkala tak semua benda menjadi seperti yang diharapkan. Semoga kumpulan Virus meluangkan banyak masa untuk ‘brainstorming’ sekaligus menampilkan lawak yang berkualiti. Apa pun, jangan lupa saksikan Maharaja Lawak Mega 2014 yang akan bermula pada 14 November kelak. Sama-samalah kita nantikan.

[flowplayer id=”30008″]

Written by AbangNara | October 30th, 2014

Sedih. Kalau Abang Nara sehari tak jumpa anak-anak pun dah rasa rindu yang teramat, inikan pula Tauke Jambu yang dah tak jumpa 3 orang anaknya hasil perkahwinan pertama selama 10 tahun. Serius lama sangat tue. Mesti Tauke rindu serindu-rindunya mahu melihat wajah, keletah dan aksi anak-anaknya. Agak menyedihkan kerana Tauke memaklumkan yang dia memang terputus hubungan dan tidak tahu cara untuk ‘contact’ anak-anaknya itu.

tauke jambu dah kahwin

Kalau tak silap Abang Nara, Tauke Jambu sudah pun berkahwin sebanyak 3 kali. Bercerita mengenai anak-anak hasil perkahwinan pertamanya itu, Tauke berkata:-

Saya tidak bertemu anak-anak saya semenjak tahun 2004. Saya memang terputus hubungan dengan bekas isteri yang menjaga tiga orang anak saya. Tiga orang anak saya itu adalah menerusi perkahwinan pertama saya.

Saya sangat rindu dengan anak-anak saya. Saya memang tidak tahu bagaimana mahu berhubung dengan mereka. Saya pernah terjumpa dengan seorang anak saya di Facebook dan cuba menghubunginya di sana.

Tetapi selepas itu, saya terus disekat. Saya pun tidak tahu apakah sebabnya. Tapi saya memang sangat merindukan mereka dan berharap dapat bertemu dengan mereka satu hari nanti

tauke jambu

Hmmmm. Abang Nara dapat bayangkan betapa rindunya Tauke kepada anak-anaknya. Bersabarlah Tauke. Insya Allah suatu hari nanti pasti akan ketemu jua. Buat masa ini, perlahan-lahan cubalah cari maklumat mengenai bekas isteri dan anak-anak anda. Abang Nara pasti mereka juga dahagakan kasih seorang ayah. Bak kata pepatah, air yang dicincang pasti tidak akan putus. Semoga akan ketemu jua suatu hari nanti. Sumber portal GUA.

P.S: Penggunaan bahan anti kebocoran

Written by AbangNara | October 30th, 2014

Yeah~~~~~ Terbaik ah Chef Wan. Inilah yang Abang Nara tunggu selama ini. Kaum Hawa pasti seronok dan akan ‘forward’ kenyataan penuh bermakna daripada Chef Wan ini kepada suami tersayang. Lebih-lebih lagi kalau si suami jenis malas nak tolong kemas rumah. Sememangnya lelaki berbangsa Melayu sejak dulu lagi agak kurang membantu isteri mereka apabila berada di rumah. Mentaliti lelaki di rumah adalah ‘raja’ dan tak perlu buat apa-apa masih lagi bertakhta di segolongan besar orang kita terutamanya mereka yang berusia.

chef wan

Namun daripada pemerhatian, lelaki yang lebih kurang sama umur dengan Abang Nara (31 tahun) sudah semakin rajin membantu isteri mereka. Malah makin ramai yang menjadi househusband. Tolong jaga anak, masak, kemas rumah, basuh baju dan sebagainya. Mentaliti sudah semakin berubah berbanding dahulu. Bak kata Chef Wan, buat kerja rumah bukan bermaksud kita sebagai lelaki adalah lembut atau dipijak kepala oleh isteri. Sebaliknya ia adalah satu sikap yang terpuji.

Tidak semestinya lelaki yang membuat kerja rumah dianggap lemah dan lembut. Mereka berbuat demikian bagi membantu isteri yang mungkin penat setelah bekerja di pejabat. Bagaimanapun dalam masyarakat kita persepsi demikian masih terjadi sedangkan iatidak pernah wujud di negara Barat. Melalui pengalaman sendiri, saya dapati apabila melakukan kerja-kerja rumah ia bukan menyenangkan, malah menyihatkan badan.

chef wan

Secara jujur, Abang Nara pun kadang-kadang malas juga nak menolong isteri mengemas rumah. Tetapi tak adalah sampai tak tolong langsung. Bila isteri minta tolong, Abang Nara akan terus bangkit dan membantu apa yang patut. Paling kurang pun Abang Nara akan tolong jaga anak sementara isteri membuat kerja-kerja rumah. Bagaimana pula dengan anda? Adakah anda sekadar menjadi pemerhati? Marilah kita sebagai kaum Adam meringankan tulang dan membantu isteri. Mereka juga penat bekerja seperti kita. Tak gitu? Sumber Harian Metro
hijriahhomeP.S: Susah nak cari baju muslimah PLUS SIZE? HIJRIAHOME kan ada! Sekarang ada promosi BELI 1 DAPAT 50% DISKAUN UNTUK 2nd ITEM! Kunjungi butik HIJRIAHOME di Bdr Sri Permaisuri atau Whatsapp 0182775200 untuk buat tempahan. Penghantaran Online PERCUMA seluruh Malaysia! Follow Instagram HIJRIAHOME untuk dapatkan latest updates. Alamat butik: 55-2, Jln Sri Permaisuri 9, Bandar Sri Permaisuri, 56000 Cheras, KL. Website: www.hijriahome.com

Written by AbangNara | October 30th, 2014

Selalunya kalau penggambaran drama di luar negara, tempat yang sering menjadi pilihan pengarah ialah Paris, London dan kota-kota Eropah seperti Istanbul, Venice serta sebagainya. Jadi apabila mengetahui Remy Ishak dan Sara Ali diterbangkan ke Sarajevo, Bosnia untuk penggambaran drama Satu Hari Di Sarajevo, terasa unik dan terus menarik perhatian Abang Nara. Memang jarang Bosnia menjadi pilihan, pasti unik drama yang akan ditayangkan di TV9 ini.

remy ishak

Remy Ishak sekarang ini sedang popular menerusi drama Kasih Berbisik yang ditayangkan di TV3. Sementara drama Maaf Jika Aku Tak Sempurna lakonan Sara Ali juga baru selesai ditayangkan di saluran yang sama. Nampak gayanya kedua-dua pelakon ini amat murah rezeki dan terus dibanjiri tawaran. Alhamdulillah. Tak sabar nak tengok gandingan mereka berdua.

remy ishak

Apa pun diharap penggambaran drama Satu Hari Di Sarajevo yang turut menampilkan Rita Rudaini ini berjalan lancar. Tengok gambar pun dah tahu betapa sejuknya cuaca di Sarajevo. Sila pakai baju tebal-tebal. Nanti demam pulak. Hehehe. Lagi beberapa gambar Remy Ishak dan Sara Ali di Sarajevo, Bosnia dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Jaket yang boleh bertukar warna seperti sumpah-sumpah

 
Page 2 of 3512345...102030...Last »