Written by AbangNara | September 29th, 2014

Akademi Fantasia memang sentiasa penuh dengan kejutan. Konsert semalam menyaksikan salah seorang pelajar AF2014 yang berbakat besar iaitu Muna telah tersingkir. Mendapat undian terendah sebanyak 5%, pemergian Muna telah menimbulkan rasa tidak puas hati para peminat kerana bagi mereka ada pelajar lain yang lebih layak untuk disingkirkan. Namun inilah Akademi Fantasia, undian penentu segalanya.

muna af2014

Kalau marah dan luahkan rasa tak puas hati di laman sosial tanpa mengundi, tak ada gunanya. Namun daripada pembacaan Abang Nara, ramai yang mahukan Ziha atau Nina yang terkeluar kerana prestasi yang ditunjukkan oleh mereka tidak pernah memberangsangkan. Antara komen-komen yang menarik di Facebook Akademi Fantasia ialah:-

muna af2014

muna af2014

Nampak gayanya sudah mula ada suara-suara yang mahukan undian AFmasuk diadakan. Hmmm. Bagi Abang Nara terlalu awal untuk AFmasuk. Lagipun AFmasuk sudah terlalu banyak kali digunakan dalam Akademi Fantasia sebelum-sebelum ini. Mungkin ada cara baru yang lebih unik dan kreatif. Apa pun, Abang Nara suka dengan cadangan ‘bottom three’ dibawa naik ke atas pentas dan peserta yang tersingkir dipilih oleh para juri. Itu lebih bagus untuk memastikan yang betul-betul berbakat tidak tersingkir awal.
muna af2014

Buat Muna, tersingkir awal daripada AF2014 tidak bermaksud anda tidak berbakat. Sudah tertulis rezeki anda sampai di sini. Pasti ada hikmahnya. Jangan sedih-sedih. Semoga terus berjaya di masa hadapan. Jadikan AF sebagai batu loncatan untuk anda mengembangkan lagi karier.

Written by AbangNara | September 29th, 2014

Pergh~~ Meriah, cantik dan awesome sangat-sangat majlis pertunangan Sarimah Ibrahim dan cucunda Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-10, Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar yang lebih mesra dengan nama Jamie. Majlis serba indah ini telah berlangsung di  Hotel DoubleTree by Hilton, Kuala Lumpur. Sarimah kelihatan sangat cantik berseri-seri di hari bahagianya itu.

sarimah ibrahim tunang

Pasangan sama cantik sama padan ini telah sepakat memilih tarikh 2 April 2015 untuk melangsungkan pernikahan mereka. Abang Nara suka mendengar kata-kata Sarimah Ibrahim di bawah ini yang memang tepat dan jitu:-

Tempoh sembilan bulan kalau diikutkan cukup untuk kami kenal hati budi masing-masing, tapi sebenarnya untuk betul kenal seseorang, sembilan tahun belum tentu cukup kerana manusia ini sentiasa berubah.

Tapi kami senang dengan sikap masing-masing yang seterusnya membawa kepada majlis pertunangan ini malah kata putus juga disepakati untuk kami melangsungkan pernikahan yang akan diadakan pada 2 April 2015 nanti

sarimah ibrahim tunang

Memang benar manusia sentiasa berubah dan tiada manusia yang sempurna. Kita berkahwin untuk melengkapkan diri dengan pasangan masing-masing. Semoga segalanya berjalan lancar buat Sarimah dan Jamie sehingga hari pernikahan kelak. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Proton Iriz Active yang memukau

 
Written by AbangNara | September 29th, 2014

Bakat kepimpinan dan ketokohan Zed Zaidi tidak lagi boleh dipertikaikan apabila memegang kembali jawatan Presiden SENIMAN dalam Mesyuarat Agung Tahunan ke-14 yang berlangsung di Dataran Karyawan FINAS, Kompleks Studio Merdeka, Sabtu lalu. Zed mendapat 109 undi dan telah menewaskan dua calon lain iaitu seniman veteran, Datuk Mustapha Maarof yang meraih 71 undi dan Afdlin Shauki (66).

zed zaidi

SENIMAN sebelum ini telah terlibat dengan beberapa kontroversi yang melibatkan mahkamah. Namun kali ini dengan kehadiran 1,000 ahli, mesyuarat AGM telah berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit ketegangan berlaku. Jawatan Timbalan Presiden dipegang oleh Zack Kool, pelakon Zahrin Ishak dipilih sebagai Setiausaha Kehormat, penolongnya disandang oleh Rena Tan manakala Vanidah Imran menyandang jawatan Bendahari. Jawatan juruaudit pula dipegang oleh Dira Abu Zahar dan Adlin Aman Ramli.

adlin aman ramli

Tahniah diucapkan kepada semua yang terpilih terutamanya kepada Zed Zaidi. Semoga dengan barisan kepimpinan yang baru ini, persatuan SENIMAN akan lebih maju di masa hadapan dan nasib para artis tanah air lebih terbela. Selamat menjalankan tugas.

Written by AbangNara | September 26th, 2014

Maafkan Abang Nara kerana lambat berkongsi gambar Shila Amzah dan ND Lala ketika sidang media yang dianjurkan baru-baru ini. Walaupun hasrat untuk memulihkan hubungan dengan media Melayu dilihat tidak tercapai, Abang Nara hormati dan kagumi kesungguhan dan kerelaan anak beranak ini untuk pulang ke Malaysia sedangkan mempunyai jadual aktiviti yang amat padat di China. Sekurang-kurangnya tanggungjawab untuk memberi penerangan telah pun berjaya dilunaskan oleh Shila dan ND Lala.

nd lala shila amzah

Apa pun Abang Nara lihat raut wajah Shila Amzah amat berseri-seri ketika sidang media tersebut. Mungkinkah ia ada kaitan dengan fakta hatinya kini sudah dimiliki seseorang? Pengakuan dirinya sudah berpunya telah dilakukan oleh Shila Amzah sebelum kontroversi ini terjadi. Kata Shila Amzah menerusi Berita Harian:-

Saya sudah berpunya tapi tak mahu cerita banyak takut tak jadi macam sebelum ini. Cukuplah setakat itu,

nd lala shila amzah

Apa pun semoga kontroversi yang melanda Shila Amzah ini tidak akan menghalang kerjayanya sebagai penyanyi terutamanya di China. Semoga terus maju jaya diucapkan. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Page 4 of 38« First...23456...102030...Last »