Written by AbangNara | September 1st, 2014

Bertemakan Bollywood, Eina Azman atau nama sebenarnya Ainur Syakina, 19 tahun telah pun selamat bergelar isteri kepada Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden, 35, di Hotel Grand Hyatt kira-kira jam 9.03 malam. Lafaz nikah telah dilakukan sebanyak 2 kali dengan bapa Eina sendiri yang telah menikahkan pasangan ini. Eina dan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden nampak sama cantik dan sama padan dalam persalinan Bollywood mereka.

eina azman

Menariknya Eina Azman bukan sahaja menerima wang hantaran sebanyak RM77,000 tetapi turut sama menerima sebuah kereta Chevrolet Camaro berwarna kuning sebagai salah satu hantarannya. Untuk makluman, pengantin perempuan menerima 7 dulang hantaran dan membalas 9 dulang hantaran kepada pihak lelaki.

eina azman

Tahniah diucapkan kepada Eina Azman yang kini telah pun memegang gelaran Datin Paduka susulan perkahwinan ini. Abang Nara sokong berkahwin di usia muda sekiranya memang berkemampuan. Semoga perkahwinan ini berkekalan sehingga ke akhir hayat. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | September 1st, 2014

Menimang cahaya mata adalah satu perkara yang paling dinanti-nanti oleh mana-mana pasangan suami isteri. Berkahwin pada Februari 2012, sehingga ke hari ini pasangan Lisa Surihani dan Yusry masih belum diberi khabar gembira mengenai kehadiran orang ketiga dalam hidup mereka. Malah Lisa sebelum ini mengakui berkecil hati kerana sering diasak mengenai kehamilan oleh para media dan juga peminat. Sedikit sebanyak pastinya Lisa tertekan sering diaju soalan yang serupa oleh orang ramai.

lisa surihani keguguran

Menerusi Kosmo semalam, Lisa Surihani dikatakan pernah mengalami keguguran beberapa bulan yang lalu. Tidak diketahui kesahihan informasi ini, namun jika benar, ia adalah satu dugaan yang amat hebat buat Lisa dan Yusri. Berikut adalah sedikit petikan daripada Kosmo:-

Katanya, Lisa yang dah bertahun-tahun kahwin tetapi tak dapat anak bukan sebab ada banyak masalah kesihatan ke apa, tapi tiada rezeki. Jadi apa ceritanya, kawan Diva pun tambah khabarnya Lisa pernah hamil tapi keguguran. Kalau tak silap, beberapa bulan lalu

lisa surihani

Insya Allah suatu hari nanti pasti Lisa dan Yusry akan dimurahkan rezeki untuk menimang cahaya mata. Jika benar pernah mengalami keguguran, salam takziah Abang Nara ucapkan. Semoga tabah dengan dugaan tersebut. Banyakkan berdoa agar dipermudahkan urusan. Kita selaku peminat juga boleh turut sama mendoakan mereka berdua. Semoga ada berita baik dalam masa terdekat ini. Amin.

Page 38 of 38« First...102030...3435363738