Written by AbangNara | September 8th, 2014

Tak habis-habis. Lepas sorang bagi kenyataan, sorang lagi balas. Lepas tue yang sorang tue balas balik. Esok lusa balas lagi. Akhirnya sampai ke sudah tak selesai isu. Sibuk berbalas kenyataan je. Abang Nara dah cakap salah seorang kenalah berlembut hati dan ajak berjumpa. Tak kiralah siapa yang salah dalam kontroversi yang sedang melanda Aeril Zafrel dan David Teo ini. Lagi elok kalau yang muda mengalah. Tak dosa apa-apa pun kan?

aeril zafrel

Kenyataan terbaru daripada Aeril Zafrel menerusi portal GUA ini pastinya akan menghangatkan lagi keadaan. Memang pedas ayat-ayat yang dikeluarkan. Boleh terbakar telinga dibuatnya. Yang pasti, Aeril mahu David Teo berhenti memutarbelitkan fakta. Kata Aeril Zafrel secara panjang lebar:-

Saya sendiri tidak pernah kisah mengenai kereta tersebut. Tambahan pula, MIG sendiri tanpa segan silu mendakwa kereta berkenaan adalah milik mereka, walaupun mereka tahu hal sebenarnya. Dalam isu ini, saya hanya inginkan dokumen serta barangan peribadi milik saya dan Wawa yang ada di dalam kereta terbabit, ketika ianya hilang. Itu sahaja. Jika pihak pengurusan jujur dan telus, pastinya hal ini tidak berlarutan sehingga sekarang ini.

Bercakaplah dengan benar, cukup-cukup sudahlah memutarbelitkan fakta. Nanti membakar diri. Dia ada Tuhan, saya ada Tuhan.

Inilah yang saya katakan, jika pihak pengurusan MIG telus dan jujur, rasanya ianya boleh diselesaikan. Saya sendiri tidak tahu kereta itu dalam simpanan mereka, dan mereka juga sepatutnya memberitahu kepada saya, itu menyebabkan saya meminta Shahriman, (pengurus) untuk membuat laporan polis. Itu prosedur biasa yang melibatkan kehilangan. Sepatutnya mereka memberitahu kepada Wawa, mahupun saya, jika mereka telah mengambil semula kereta berkenaan.

Saya memang menghormati perhubungan baik ini. Tapi dalam kes ini, saya melihat David lebih keanak-anakan dalam menyelesaikan isu ini. Dia sendiri tidak fokus, dan lebih menceritakan hal-hal lain yang tidak penting. Seperti yang saya katakan tadi, sebenarnya isu ini mudah, pulangkan sahaja dokumen dan barangan peribadi saya. Ini tidak, dia lebih suka menceritakan hal-hal lain yang tidak berkaitan, apa motifnya?

Saya suka mengingatkan David Teo bahawa pihaknya masih lagi berhutang dan tidak membayar baki duit lakonan saya dan isteri (Wawa Zainal) termasuk duit duta produk yang nilainya puluhan ribu Ringgit. Jadi tak perlulah dia bersikap seperti seorang yang budiman sebegitu tetapi cukup bersikap jujur melunaskan hutang itu.

Namun di sini bukan wang ringgit pokok persoalannya. Harap jelas.

david teo

Kalau dah rasa memang tak boleh nak cari jalan penyelesaian secara bersemuka, mungkin sudah tiba masa untuk hal ini dibawa ke mahkamah. Walaupun memang akan panjang lebar jadinya, namun ia lebih baik daripada kedua-dua belah pihak saling berbalas kenyataan sebegini sehingga mengelirukan orang ramai. Abang Nara sendiri pun dah ‘blur’ tak tahu siapa yang cakap betul. Dua-dua pun ada hujah yang tersendiri. Tak gitu? Apa pula kata anda?

Written by AbangNara | September 8th, 2014

Selepas Eun B daripada kumpulan Ladies Code meninggal dunia akibat kemalangan, hari ini dunia Kpop dikejutkan lagi dengan berita pemergian seorang lagi ahli kumpulan tersebut iaitu Rise. Berusia 23 tahun, Rise telah dimasukkan ke hospital akibat kecederaan serius yang dialaminya selepas van yang dinaiki terbabas melanggar pembahagi jalan. Rise meninggal dunia kira-kira jam 10.10 pagi.
rise ladies code meninggal duniaPemergian Rise yang berusia 23 tahun berlaku selepas 4 hari terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan kecederaan serius di bahagian kepalanya. Pembedahan telah pun dilakukan namun keadaan Rise tidak bertambah baik. Ketika pemergiannya, keluarga dan kenalan terdekat berada di sisi.
rise ladies code meninggal dunia
Pemergian 2 ahli Ladies Code ini pastinya memberikan kesan yang amat mendalam kepada peminat Kpop. Takziah diucapkan kepada ahli keluarga dan sahabat handai mereka. Semoga ada berita baik untuk ahli-ahli lain Ladies Code.

Written by AbangNara | September 8th, 2014

Jeng jeng jeng. Kemesraan Fahrin Ahmad dan Zara Zya di Instagram akhirnya dapat dihidu oleh pihak media. Mereka berdua dilihat sering berbalas komen di gambar masing-masing sehingga menimbulkan persoalan mengenai status hubungan mereka. Adakah bibit-bibit cinta sudah mula mekar antara kedua-dua pelakon ini? Atau mereka memang sudah bercinta cuma masih enggan berkongsi dengan khalayak ramai? Jeng jeng jeng.

zara zya

Secara jujur, sesuai juga Fahrin Ahmad dan Zara Zya ini. Dua-dua masih ‘single’. Tak ada istilah rampas merampas akan berlaku. Dua-dua pun pelakon. Comel juga apabila melihat mereka berdua saling berbalas komen. Antara komen-komen yang telah ditulis oleh Fahrin dan Zara.

zara zya

Zara Zya yang diminta memberi ulasan mengenai gosip ini enggan memberikan sebarang komen dan menganggap ia adalah sekadar gosip biasa sahaja. Hmmmm. Kadangkala dari gosip boleh bertukar jadi benar. Mana tahu ada jodoh kan?

zara zya

Apa kata anda? Sesuai ke tak sesuai Fahrin Ahmad dan Zara Zya bercinta? Atau anda sendiri ada menyimpan hati terhadap salah seorang daripada mereka? Hehehe. Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

P.S: Perbincangan menarik mengenai petrol vs diesel

Written by AbangNara | September 8th, 2014

Semalam telah pun berlangsung konsert pertama Akademi Fantasia 2014. Abang Nara tak sempat tengok kerana sibuk menjaga anak. Namun daripada apa yang Abang Nara di sosial media, AF2014 kali ini mungkin boleh mengembalikan kegemilangan yang pernah dikecapi oleh program realiti ini satu ketika dahulu. Ada pelajar-pelajar yang mempunyai bakat dan dengan Datuk Hattan dilantik sebagai Pengetua AF2014, kemungkinan besar bakat mereka dapat diasah dengan lebih tajam.

af2014

Apa yang mencuri perhatian para penonton AF2014 kali ini ialah gandingan Zizan dan Jihan sebagai pengacara. Ternyata ia satu percaturan yang menarik, mencuit hati dan membuatkan penonton melekat di kaca televisyen. Sayangnya pada penghujung rancangan, kejutan telah dilakukan oleh pihak produksi AF2014. Jihan disingkirkan dan tempatnya akan digantikan oleh Faizal Ismail (FBI).

af2014

Seperti yang kita ketahui FBI sebelum ini sinonim dengan program-program terbitan Media Prima. Ini satu percaturan yang agak menarik. Namun keserasian antara Zizan dan Jihan telah menyebabkan banyak peminat kecewa. Ramai yang mahukan Jihan terus kekal mengacara. Antara komen-komen menarik yang telah diluahkan di Facebook Akademi Fantasia ialah:-
af2014

Nampaknya belum pun memulakan tugasnya, Faizal Ismail sudah pun mempunyai cabaran untuk membuktikan pemilihannya tidak silap. Bukan satu tugas yang mudah untuk mengubah persepsi orang yang ramai yang sudah menggemari gandingan Zizan dan Jihan, namun dengan pengalaman dalam bidang pengacaraan berpuluh-puluh tahun, Abang Nara percaya FBI mampu melakukannya. Tak sabar nak tunggu konsert AF2014 minggu hadapan.

af2014

Apa pendapat anda? Siapa yang anda mahukan sebagai pengacara AF2014? Adakah Datuk Hattan akan berjaya membentuk bintang baru menerusi program ini? Adakah AF akan gemilang seperti dahulu? Kongsikan pendapat di ruangan komen untuk tatapan para pembaca yang lain.

Page 30 of 38« First...1020...2829303132...Last »