Written by AbangNara | September 29th, 2014

Comelnya!!! 25 Ogos lalu, Noryn Aziz telah pun selamat melahirkan anak sulungnya hasil perkongsian hidup dengan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad. Baru-baru ini, Noryn telah pun berkongsi sekeping gambar wajah anak lelakinya yang bernama Raja Bariq Umar Shah itu. Jelas terserlah kebahagiaan keluarga ini dengan kehadiran si comel ini.

raja bariq

Semoga Raja Bariq Umaar Shah membesar menjadi anak yang soleh di samping ayah dan ibu yang tercinta. Tahniah sekali lagi diucapkan kepada Noryn dan suami atas kehadiran si comel ini. Selamat menempuh alam ibu bapa.

P.S: Letak candu untuk buat pelanggan ketagih

Written by AbangNara | September 29th, 2014

Amboi, amboi, amboi. Power dan romantik juga ayat Abby Abadi ini. Tidak lagi berselindung mengenai hubungannya dengan Khairul Azli, Abby Abadi mengakui yang jejaka tersebut mempunyai tempat istimewa di hatinya. Kalau dah bahasa omputih ‘special place in my heart’. Sudah tentulah ‘special’, kalau tak special takkanlah Abby sanggup buat suprise hari jadi dengan belon berbentuk ‘love’ dan sebagainya kan? Tak gitu?

abby

Apa pun Abang Nara respek dengan Abby Abadi kerana memberi penjelasan mengenai hubungannya dengan Khairul Azli. Yang penting tak sorok sehingga boleh menimbulkan khabar angin yang tak betul. Tulis Abby:-

Kami kawan biasa tapi dia punya tempat istimewa di hati saya. Kerana apa? Kerana dia selalu ada di saat saya memerlukan teman bicara. Sejujurnya saya memang sayangkannya sebab kami kawan lama. Dari zaman ‘lagha’ sehingga saya berhijrah. Sampai saya berkahwin hinggalah saya bercerai. Dia tak pernah tak ada bila saya perlukan. Baiknya dia, tak pernah berburuk sangka kepada saya sehingga saya rasa bersalah sangat

Abby juga membuat penjelasan mengenai sambutan hari jadi jejaka tersebut yang dilakukan olehnya baru-baru ini. Terang Abby:-

Di mana silapnya kalau saya meraikan hari jadi dia? Saya ada mengganggu sesiapa ke untuk menggembirakan hati teman saya ini? Bila kita sayang seseorang tak salah kita tunjukkan. Sekurang-kurangnya, kalau saya dah tiada nanti, ada kenangan untuk dia.

Kenapa mesti berprasangka yang tak sudah-sudah ya? Orang lain pun ada kawan lelaki, siap berpeluk sakan lagi. Tapi kami tak sebab kami takutkan ALLAH SWT. Saya dah jelaskan, dia bukan teman lelaki baharu saya.

Tapi, kalau ada jodoh, ALLAH Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Tapi, di saat saya menulis tentang ini, kami berstatus kawan sahaja. Harap penjelasan ini sedikit sebanyak dapat menutup prasangka yang bukan-bukan.

abby

Seperti kata Abby Abadi, semoga dengan penjelasan ini tak adalah lagi prasangka yang tak baik terhadap mereka berdua. Abang Nara suka tengok Abby dan Khairul Azli. Nampak gembira je. Kalau ada jodoh, semoga dipermudahkan. Sama-samalah kita doakan.

Written by AbangNara | September 29th, 2014

Jarang sekali Abang Nara berkongsi perkembangan selebriti Hollywood. Namun perkahwinan George Clooney dan Amal Alamuddin ini merupakan satu berita yang wajib dikongsi dengan anda semua. Bintang filem Ocean Eleven dan Batman ini telah mengahwini Amal Alamuddin yang merupakan seorang peguam pada hari Sabtu lalu di Venice, Itali.
george clooney amal alamuddinGeorge Clooney sebelum ini pernah bersumpah tidak akan berkahwin lagi selepas bercerai dengan isterinya, Talia Balsam. Namun hatinya terbuka kembali selepas bertemu dengan Amal Alamuddin yang berasal dari Lebanon. Mereka berdua bertemu buat pertama kali di Itali.
george clooney amal alamuddinAntara tetamu yang hadir untuk meraikan majlis perkahwinan George Clooney dan Amal Alamuddin ialah Matt Damon, Cindy Crawford, Bono U2, Bill Murray dan ramai lagi. Tahniah diucapkan untuk anda berdua. Selamat pengantin baru.

Written by AbangNara | September 29th, 2014

MyCyberSale yang bermula pada 29 September sehingga 1 Oktober adalah kempen ‘Malaysian Online Shopping’ yang dianjurkan oleh kerajaan dan dikepalai oleh MDeC (Multimedia Development Corporation). Ia adalah berita terbaik untuk para pembeli online di mana mereka boleh mendapatkan tawaran yang terbaik sehingga 90% untuk kebanyakan produk yang terlibat dalam MyCyberSale ini.

Bersempena dengan MyCyberSale 2014, nile.com.my Malaysia Trusted Online Shopping akan menyertai event siber pertama ini dengan memberikan para pelanggan diskaun hebat dan juga penghantaran percuma. Di bawah adalah sebahagian produk yang ditawarkan pada harga SERENDAH RM9.90. Anda perlu ingat yang promosi ini hanya selama 3 hari bermula 29 September sehingga 1 Oktober 2014. Jadi kenalah dapatkan produk-produk di bawah ini selagi stok masih ada dalam tempoh 3 hari ini.

mycybersale nilemycybersale nilemycybersale nilemycybersale nilemycybersale nilemycybersale nilemycybersale nilemycybersale nilemycybersale nile

Apa lagi?

mycybersale nile

Semasa 3 hari event MyCyberSale ini, nile.com.my akan memberikan PENGHANTARAN PERCUMA sekiranya anda membuat pembelian lebih daripada RM48.

Beli sekarang untuk menikmati diskaun sehingga 90% dan penghantaran percuma @ www.nile.com.my.