Written by AbangNara | September 30th, 2014

Jutaan tahniah diucapkan kepada Fiffy Natasya, 21 tahun yang kini telah pun selamat bergelar isteri kepada Muslim Azman, 27 tahun. Mereka berdua telah bertunang pada 21 Disember lalu dan telah selamat mendirikan rumah tangga di rumah keluarga Fiffy Natasya di Putra Heights kira-kira jam 11 pagi semalam. Untuk makluman, Muslim Azman bekerja sebagai seorang juruterbang.

fiffy natasya nikahSelamat berbahagia dan selamat menempuh alam rumah tangga Abang Nara ucapkan kepada Fiffy dan Muslim. Semoga sentiasa gembira sehingga ke akhir hayat. Semoga cepat-cepat mendapat anak. Tahniah sekali lagi. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Amalina Tuna Photography.

 
Written by AbangNara | September 30th, 2014

Inilah yang diumpamakan seperti berkerat rotan, berpatah arang. Baru-baru ini Kamal Adli telah melahirkan rasa kesalnya kerana hubungannya dengan Intan Ladyana putus begitu sahaja menerusi rancangan Melodi dengan harapan mereka dapat bertemu dan berbincang apa yang patut. Namun sayangnya Intan Ladyana nampaknya tidak mahu lagi memberi harapan kepada Kamal Adli. Intan enggan berjumpa bekas kekasihnya itu.

intan dan kamal

Sebenarnya bagi Abang Nara ia satu langkah yang bijak. Memang kalau dah putus, buat apa nak jumpa-jumpa lagi. Kalau jumpa nanti takut gaduh lagi teruk. Kata Intan Ladyana:-

Saya rasa, tiada apa yang perlu dibincangkan lagi kerana ia sudah dibuat sebelum kami putus. Nak ikutkan, saya dah malas nak cakap tentang perkara ini kerana ia sudah pun selesai.

Tak payahlah saya nak menjaja cerita tentang cinta yang tidak kesampaian ini, bukannya orang suka dengar pun. Perkara ini melibatkan saya dan dia, jadi biarlah kami sahaja yang tahu sebab-sebab hubungan ini putus.

intan kamal

Abang Nara faham kenapa Kamal Adli kesal dan mahu berjumpa. Awek cun kot Intan Ladyana. Rugi kalau dilepaskan begitu sahaja. Namun nak buat macam mana, orang dah tak sudi. Tak perlu lah kita terhegeh-hegeh lagi. Teruskan kehidupan. Cari awek baru. Kali ini jangan bercinta lama sangat. Terus kahwin je. Senang cerita. Tak gitu? Sumber Mstar Online.

P.S: Peraturan baru cermin gelap

Written by AbangNara | September 30th, 2014

Nampaknya demam drama Rindu Awak 200% masih belum tamat lagi. Baru-baru ini Zul Ariffin dan Ayda Jebat dilihat telah hadir bersama-sama ke sebuah majlis yang berkaitan dengan kereta kebangsaan, Proton. Kehadiran mereka berdua telah menjadi tumpuan ramai lebih-lebih apabila melihat kemesraan yang dipamerkan. Berpegangan tangan, berpeluk pinggang dan bertepuk tampar, Zul dan Ayda tampak seperti pasangan kekasih.

ayda jebat dan zul ariffin

Adakah mereka berdua masih menghayati watak masing-masing dalam drama Rindu Awak 200% atau sememangnya Zul dan Ayda mempunyai perasaan sayang sesama sendiri? Yang pasti, mereka berdua memang ‘matching’ yang amat. Gambar-gambar yang diambil oleh peminat mereka ini jelas menunjukkan kemesraan. Para peminat sendiri tampaknya merestui sekira mereka mempunyai hubungan lebih daripada sekadar kawan. Kebanyakan peminat melahirkan rasa teruja.

ayda jebat dan zul ariffin

AApa kata anda? Sesuaikah sekiranya Zul dan Ayda benar-benar bercinta? Bak pinang dibelah dua kan? Lagi beberapa gambar bintang drama Rindu Awak 200% ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Terima kasih kepada para peminat yang menjadi paparazi penuh gaya untuk menangkap aksi mereka berdua.

ayda jebat dan zul ariffin

P.S: Hanya dalam 14 hari, Pro-White akan membantu anda mendapatkan kulit yang lebih cerah, cantik dan turut membantu meningkatkan kesihatan dalaman. Boleh dikunyah, Pro-White ada lebih daripada 10 kebaikan antaranya meningkatkan tenaga, meremajakan kulit serta mengurangkan pigmentasi. Kena cuba baru nampak kehebatan Pro-White. Klik sini untuk melihat testimonial.

 
Written by AbangNara | September 29th, 2014

Pejam celik pejam celik sudah pun tiba musim haji. Cepat sungguh masa berlalu. Kali ini antara selebriti yang menerima jemputan ke rumah Allah ialah Adi Putra, Jamal Abdillah dan Afdlin Shauki. Impian setiap umat Islam pastinya ingin menunaikan haji namun tidak semuanya dimurahkan rezeki untuk mendapat panggilan ini.

adi putra haji

Sesungguhnya Adi Putra, Jamal Abdillah dan Afdlin Shauki adalah antara insan yang terpilih. Dipermudahkan segala urusan. Diberikan kekuatan. Dikuatkan semangat. Disenangkan untuk membuat ibadah ketika berada di sana. Semoga dikurniakan haji yang mabrur.

adi putra haji

Selamat menunaikan haji diucapkan kepada semua umat Islam di seluruh dunia. Semoga dipermudahkan ibadah anda.

Page 2 of 3812345...102030...Last »