Written by AbangNara | September 24th, 2014

Akhirnya hari yang ditunggu tiba jua. Menepati janjinya, ND Lala dan Shila Amzah kini sudah pun berada di Malaysia. Petang ini, satu sidang media akan diadakan untuk menjelaskan kontroversi yang menjadi perbualan hangat peminat industri hiburan kebelakangan ini. Jemputan telah pun diberikan kepada para media Melayu terutamanya yang terlibat dalam kemelut ini.

nd lala

2 fitnah yang bakal diterangkan oleh ND Lala ialah kecaman terhadap media Melayu dan agungkan media China serta konsert Shila Amzah ditaja oleh syarikat judi. Pastinya ramai yang tidak sabar untuk mendengar penjelasan sebenar lebih-lebih mengenai tajaan syarikat judi.

nd lala

Abang Nara akan turut berada di sana untuk membawakan perkembangan terkini buat anda. Sama-samalah kita nantikan penjelasan daripada ND Lala dan Shila Amzah.

Written by AbangNara | September 24th, 2014

Pergh~~~ Hebat-hebat nama pelakon yang membintangi filem Dollah Superstar ini. Pelakon utamanya tak lain tak bukan ialah Awie dengan dibantu oleh Sharnaaz Ahmad, Fizz Fairuz, Neelofa, Aziz M. Osman dan juga Lan Pet Pet. Bakal memulakan tayangan pada 2 Oktober ini, filem Dollah Superstar ada tarikannya tersendiri lebih-lebih lagi dengan kehadiran Awie yang mutu lakonannya tidak perlu dipertikaikan lagi.

dollah superstar

Filem Dollah Superstar mengisahkan√ā¬†Dollah (lakonan Awie) sering berangan menjadi pelakon terkenal walaupun dirinya hanyalah seorang gengster veteran. Akhirnya impian Dollah tercapai apabila seorang pelakon popular bernama Shah Dazzle meminta dirinya menjadi mentor dalam sebuah filem aksi. Namun, lokasi penggambaran filem tersebut mula menjadi kelam-kabut dengan kehadiran Dollah. Apakah yang akan berlaku seterusnya? Kenalah tengok filem yang pastinya menggeletek jiwa raga anda ini.

dollah superstar

Selain kehadiran para pelakon filem Dollah Superstar semalam di The Curve, turut mencuri perhatian ialah kehadiran ‘teman tapi mesra’ Sharnaaz Ahmad iaitu Sharifah Anis Al Idrus. Memang cantik orangnya. Sedap mata memandang. Secara jujur, mereka berdua bak pinang dibelah dua. Semoga hubungan ini akan berkekalan ke jinjang pelamin.

dollah superstar

Jangan lupa untuk menyaksikan filem Dollah Superstar di pawagam pada 2 Oktober ini. Lagi beberapa gambar sekitar tayangan perdana filem ini dengan membaca artikel sepenuhnya.

P.S: Berat badan dipamerkan apabila anda duduk di kerusi awam

 
Written by AbangNara | September 24th, 2014

Bergelar isteri, ibu dan kini seorang usahawan yang menjual jubah berjenama Bella Liyana (kerjasama dengan hijabster terkenal Bella Ammara), pastinya ramai yang tertanya-tanya bilakah Liyana Jasmay akan mengenakan hijab. Iyerlah, selalu kalau jual baju muslimah nie, kalau boleh si penjual pun kenalah mengikut syariat yang ditetapkan. Barulah lebih manis dan sedap mata memandang. Tak gitu?

bella ammara

Menurut Liyana Jasmay, suatu hari nanti akan tiba jua masa untuk dirinya menutup aurat sepenuhnya. Kata Liyana Jasmay menerusi Berita Harian:-

Insya-Allah apabila sampai masa, pastinya saya akan pakai tudung. Kakak saya, Adriana Jasmay menjadi contoh terdekat tampil bertudung memenuhi tuntutan sebagai wanita Islam. Kakak saya sendiri pakai tudung dari suka-suka sejak Ramadan dan terus melekat. Kalau boleh saya pun nak jadi macam itu.

Malah ruang bekerjasama dengan jubah Bella Liyana ini pun membawa kepada kebaikan mengajak wanita berpakaian sopan. Bukan saja untuk wanita bertudung, jubah ini pun boleh digayakan wanita yang tak bertudung kerana rekaannya yakni di bahagian atas baju sangat menarik.

bella ammara

Sama-samalah kita doakan agar masa itu akan tiba dalam masa terdekat ini. Buat makluman anda, jubah Bella Liyana dijual dengan harga bermula RM249 dan ada dalam 10 pilihan. Cantik-cantik kesemuanya. Kalau berminat, boleh follow Instagram Bella Ammara dan layari www.bellaammara.com.

Written by AbangNara | September 24th, 2014

Hujung minggu lalu, telah pun berlangsung Anugerah Lawak Warna buat kali kedua. Abang Nara sempat tengok. Boleh tahan juga penganjurannya kali ini. Gandingan AC Mizal dan Nabila Huda pun ‘not bad’. Tak sangka Nabila Huda berbakat menjadi pengacara. Boleh diketengahkan lagi bakat Nabila Huda. Apa pun, penganjuran anugerah ini merupakan satu inisiatif yang baik untuk menghargai jasa para pelawak tanah air.

anugerah lawak warna

Namun yang paling menyentuh hati Abang Nara ialah apabila kumpulan Senario naik ke atas pentas. Memang terasa bergenang juga air mata ini menyaksikan kesemua ahli kumpulan Senario memegang tangan sesama sendiri. Abang Nara dulu membesar dengan lawak mereka. Memang kelakar. Kira tahap ‘legend’ dah. Terharu melihat penghargaan yang diberikan kepada kumpulan ini.

anugerah lawak warna

Semoga selepas ini nama Senario akan diingati semula dan akan kembali aktif di kaca televisyen. Rindu juga nak dengar lawak-lawak mereka. Apa pun, tahniah diucapkan kepada Astro atas penganjuran anugerah ini. Semoga tahun depan lebih meriah. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Page 10 of 38« First...89101112...2030...Last »