Written by AbangNara | August 26th, 2014

Alhamdulillah. Akhirnya penantian Noryn Aziz untuk bergelar ibu sejak berkahwin dengan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad pada Januari 2010 berakhir jua. Semalam Noryn telah selamat melahirkan seorang bayi lelaki di Prince Court Medical Centre kira-kira jam 4.25 petang. Bayi comel ini telah dilahirkan dengan berat 3.13 kilogram. Tahniah Noryn dan Datuk Raja Kamarul.

anak noryn aziz

Buat anda yang tak sabar mahu menatap wajah si comel anak Noryn Aziz, diharap bersabar kerana ia mungkin akan dikongsikan selepas 7 hari. Kata Noryn Aziz menerusi Berita Harian:-

Masya-Allah, pengalaman bergelar ibu cukup indah dan mengujakan. Sangat manis untuk dikenang dan nikmat yang Tuhan berikan ini cukup bermakna. Gambar anak mungkin akan dikongsi selepas tujuh hari atau selepas pantang.

Nama anak pun setakat ini belum diputuskan lagi. Kami ada bertanya ustaz dalam mempertimbangkan nama yang dapat memberi maksud yang baik. Apa saya boleh cakap nama anak kami agak panjang juga.

noryn

Selamat menjaga anak Abang Nara ucapkan kepada Noryn dan suami. Ia pasti akan menjadi pengalaman yang sangat manis dalam hidup anda. Apa pun, jaga kesihatan diri anda dan anak elok-elok. Semoga si comel akan membesar sebagai anak yang soleh. Tahniah sekali lagi.

Written by AbangNara | August 26th, 2014

Nampak gayanya bukan para peminat sahaja terkejut dengan pengumuman berakhirnya hubungan cinta dengan Kamal Adli yang telah dilakukan oleh Intan Ladyana semalam. Empunya badan, Kamal Adli juga nampaknya terkejut dan masih berharap agar hubungan yang dibina bertahun-tahun itu tidak berakhir begitu sahaja. Menerusi akaun Twitternya, Kamal Adli telah memohon para peminat agar mendoakan dirinya dan Intan Ladyana.

kamal intan

Mungkinkah Intan Ladyana memaklumkan kepada media mengenai tamatnya perhubungan mereka tanpa memberitahu Kamal Adli terlebih dahulu? Itu mungkin juga boleh terjadi. Apa pun, Kamal Adli memohon agar diberikan masa dan ruang untuk mereka berdua agar keadaan menjadi sejuk terlebih dahulu. Kata Kamal Adli:-

Saya tak mahu komen panjang. Biarkan keadaan sejuk dahulu.Dan berikan saya dan Intan ruang dan masa sebelum saya mengeluarkan sebarang kenyataan. Harap anda faham

kamal intan

Inilah masanya untuk Kamal Adli memujuk Intan Ladyana dan cuba untuk memenangi hati bekas kekasihnya itu. Rasa rugi pula bercinta bertahun-tahun tetapi tewas begitu sahaja di pertengahan jalan. Pasti ada jalan pengakhiran yang lebih membahagiakan yang boleh dicapai oleh Intan dan Kamal. Saranan Abang Nara, pergi terus ‘propose’ je. Buat ‘candle light dinner’ dan letakkan cincin dalam kek. Pasti Intan akan cair dan menerima anda kembali. Tak gitu?

P.S: Info tambahan mengenai Proton Iriz

Written by AbangNara | August 26th, 2014

Tuntutan muta’ah sebanyak RM300,000 yang difailkan oleh Rita Rudaini terhadap bekas suaminya, Aidil Zafuan semalam memang mengejutkan orang ramai. Ada yang memandang serong terhadap Rita dan menganggap pelakon ini ‘gila duit’ dan mahu memerah bekas suaminya habis-habisan. Namun ada juga yang menyokong tindakan Rita dan menganggap tindakan tersebut adalah wajar kerana ia membela hak kaum wanita.

rita rudaini

Tampil menerusi Harian Metro hari ini, Rita Rudaini memberi justifikasi atas tuntutan muta’ahnya itu. Kata Rita:-

Saya bukan nak ambil duit orang, tapi menuntut hak sebagai wanita teraniaya. Bayangkan saja aib dan reputasi saya yang teralar disebabkan masalah rumah tangga. Kalau diikutkan, jumlah yang saya tuntut itu tak setimpak pun dengan penderitaan yang saya dan anak-anak alami.

Cukuplah saya katakan tuntutan muta’ah itu bertujuan sebagai pembelaan hak sebagai wanita atas tindakan bekas suami saya. Saya dengar banyak kali orang bercakap dan tuduh saya gila duit. Kalau saya gila duit, saya takkan berkahwin dengan pemain bola sepak.

Lebih baik saya berkahwin dengan Tan Sri atau VIP saja tapi saya bukan begitu. Saya tuntut duit itu sebagai pembelaan hak saya dan anak-anak. Jangan ingat wanita seperti saya sampah. Bila tak nak dibuang begitu saja. Saya harap tuntutan hak ini akan menjadi panduan dan membuka mata wanita yang senasib saya di luar sana.

rita

Semangat Abang Nara membaca kata-kata Rita Rudaini. Sememangnya ramai wanita di luar sana yang mengalami nasib serupa dengan Rita namun takut untuk membela diri mereka. Semoga ini akan menjadi pembakar semangat. Semoga Rita beroleh kemenangan yang dikehendaki. Sama-samalah kita nantikan.

Written by AbangNara | August 26th, 2014

Jutaan tahniah diucapkan kepada Eina Azman, 19 tahun yang bakal mengakhiri zaman gadisnya pada hari Ahad ini. Eina Azman akan mendirikan rumah tangga dengan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden atau lebih mesra dengan nama Datuk Gmix, 35 tahun. Mereka berdua bakal disatukan di dalam majlis pernikahan yang akan berlangsung di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur pada malam 31 Ogos. eina azman kahwin gmix Eina Azman berharap perkahwinannya dengan lelaki berketurunan Sikh ini akan melenyapkan segala fitnah yang melanda dirinya sebelum ini. Kata Eina menerusi Berita Harian:-

Eina berharap dengan berkahwin ini segala kontroversi yang pernah terpalit dalam kerjaya seni akan hilang. Eina nak bersih daripada segala kontroversi. Tapi itu tak bererti Eina akan berhenti berlakon. Bahkan bakal suami pun tak menghalang. Sekurang-kurang apabila sudah berumah tangga, ada orang yang boleh jaga Eina. Selepas kahwin pun Eina kena tahu batas. Harap perkahwinan ini akan melenyapkan segala fitnah

eina azmanTahniah sekali lagi buat Eina Azman dan Datuk Gmix. Semoga majlis pernikahan anda akan berjalan lancar Ahad nanti. Cantik tarikh yang dipilih. Senang nak ingat nanti. Semoga perkahwinan anda akan berkekalan sehingga ke syurga. Insya Allah. Sama-samalah kita doakan. abayaP.S: Pergh~~ Memang confirm isteri tercinta akan kelihatan lebih menawan apabila mengenakan jubah abaya daripada FamilyNara.com ini. Anda pun akan lebih jatuh cinta terhadap si isteri. Sekali sekala belanja isteri apa salahnya kan? Kita juga yang menatap wajah mereka setiap hari. Dapatkan jubah abaya ini dan banyak lagi di www.familynara.com.