Written by AbangNara | August 27th, 2014

Pergh~~~ Dasyat sungguh para kipas susah nak mati Amar Baharin ini. Memang sanggup berjuang habis-habisan mempertahankannya. Nampaknya penangan drama “Kerana Terpaksa Aku Relakan” masih membekas. Habis mengamuk kesemua peminat Amar Baharin apabila pelakon kesayangan mereka ini dikatakan ‘biasa-biasa sahaja dan tak ada daya tarikan‘ oleh seorang pengkomen di Instagram.

amar baharin

Komentar daripada SariAyu ini turut mendapat perhatian Amar Baharin sendiri. Mungkinkah ini salah satu teknik untuk mendapat ‘reply’ daripada selebriti. Iyerlah, kalau puji tue dah biasa sangat. Bila kita mengeji barulah dapat perhatian. Menariknya, hampir kesemua peminat Amar Baharin tampil mem’backup’ pelakon ini dengan kata-kata pujian melangit.

amar baharin

amar
amar

Untunglah Amar Baharin mendapat ramai peminat yang begitu menggilai dirinya. Abang Nara kalau ada orang kata tak hensem yang tampil ‘backup’ hanyalah isteri Abang Nara je. Itu pun dah cukup bertuah dah. Amar Baharin ada ribuan para peminat (terutamanya wanita) untuk melakukan hal tersebut. Hebat kan?

P.S: Kebaikan Tambi bin Jiee, mangsa MH17

Written by AbangNara | August 27th, 2014

Cutenya!!! Itu perkara pertama yang Abang Nara terfikir apabila melihat gambar Aleesya dan Rayqal berpeluk sesama sendiri. Anak kepada Erra Fazira dan Nora Danish ini dah la memang comel, perbuatan mereka pun makin menyerlahkan kecomelan. Budak-budak memang suka menunjukkan kasih sayang sesama mereka. Anak Abang Nara pun tiba-tiba tak tentu pasal pergi cium adiknya.

peluk anak nora danish

Manusia yang normal pastinya turut merasa gembira dan suka melihat aksi kasih sayang antara Aleesya dan Rayqal ini. Ala, bebudak belum baligh pun lagi. Tak ada nafsu apa pun. Itu yang Abang Nara pelik bila ada sesetengah komen yang tunjuk alim. Kononnya perbuatan ini berdosa, lentur buluh biar dari rebung dan macam-macam lagilah. Kalau baca komen nampak macam Aleesya dan Rayqal dah buat dosa besar. Takut Abang Nara.

peluk anak nora danish

Abang Nara tak tahu diorang nie belajar ilmu agama daripada siapa. Mungkin ilmu yang dipelajari sudah terlalu tinggi sehingga tidak tercapai akal Abang Nara. Nasib baik masih ada beberapa peminat yang masih boleh berfikir secara matang. Agaknya yang komen-komen negatif nie masa kecik memang tak pernah main masak-masak, kahwin-kahwin dan juga permainan yang sewaktu dengannya kot. Hmmmm

peluk anak nora danish

Kalau nak tunjuk ‘alim’ pun, janganlah sampai perkara yang betul kita tak betulkan. Janganlah bajet suci sangat di Internet sedangkan di dunia sebenar banyak dosa yang kita lakukan. Tak bolehkan kita gembira melihat kegembiraan orang lain? Tak penat ke asyik nak fikir negatif je? Sekali sekala jadi positif apa salahnya kan? Tak gitu? Info asal OhBulan.

Written by AbangNara | August 26th, 2014

Menarik juga Abang Nara membaca luahan hati Rita Rudaini mengenai tuntutan muta’ah RM300,000 yang difailkan terhadap bekas suaminya, Aidil Zafuan. Ada kelogikan dan kewajaran daripada kata-kata yang diluahkan oleh pelakon jelita ini. Tambah menarik, Rita turut membongkar yang dirinya tidak pernah menggunakan duit milik Aidil walau satu sen sejak mereka berkahwin dulu. Hmmmmm.

rita dan adidil

Malah Rita juga turut mempersoalkan mengenai perbelanjaan perkahwinan kedua Aidil dengan Zarema yang pastinya menelan belanja besar. Jika itu boleh dilakukan, apalah sangat tuntuan muta’ah ini. Kata Rita:-

Saya bukan nak duit dia (bekas suami) pun. Sejak berkahwin lagi saya tak pernah ambil duit dia satu sen pun. Malah saya guna duit hasil berlakon untuk belanja sendiri. Dia pun saya belanja dan manjakan dulu.

Tuntutan mutaah ini nak sedarkan pada dia yang jangan ingat boleh layan saya dan anak macam sampah apabila sudah senang dan tak mahu kami lagi. Maruah saya dan anak bukan di bawah tapak kaki dia.

Kalau masa kahwin lain dia boleh habiskan beratus ribu ringgit, kenapa dia tak boleh bayar tuntutan untuk saya sekeluarga. Di dunia ini dia boleh menafikan serta berbohong… tapi di akhirat nanti nak lari mana gamaknya.

rita

Abang Nara enggan menyebelahi mana-mana pihak. Abang Nara yakin pihak mahkamah akan membuat keputusan yang adil. Sama-samalah kita nantikan hari perbicaraan kelak. Semoga pihak yang benar mendapat kemenangan yang diinginkan. Selamat berjaya Abang Nara ucapkan kepada Rita dan Aidil.

Written by AbangNara | August 26th, 2014

Status Erma Fatima sebagai isteri pertama kepada Bade terus menjadi tanda tanya orang ramai. Mana tidaknya, pelbagai desas-desus dan khabar angin bertebaran sejak kebelakangan ini. Ada yang menyatakan Erma akan memfailkan penceraian tidak lama lagi. Ada yang kononnya Erma dan Bade dah tidak tinggal sebumbung dan hanya menanti saat untuk berpisah. Macam-macam versi yang ada sampai mengelirukan orang ramai.

erma fatima bade

Untuk menghilangkan kekeliruan ini, Erma Fatima sendiri telah tampil menerusi Berita Harian untuk menjelaskan status perkahwinannya dengan Bade. Alhamdulillah mereka berdua masih suami isteri. Kata Erma:-

Saya masih isteri kepadanya. Kehidupan saya seperti biasa. Seperti saya tekankan sebelum ini, kehidupan Bade dan wanita itu tak ada kena mengena dengan saya. Jadi tiada isu yang perlu dibangkitkan lagi.

Saat ini hanya Tuhan saja yang menentukan segala-galanya. Saya akan cuba bertahan selagi terdaya. Tapi andai Tuhan sudah tentukan kami tidak bersama, bermakna Bade bukan untuk saya.

erma bade

Semoga Erma diberi kekuatan untuk terus bergelar isteri kepada Bade. Rasa rugi pula jika bercerai lebih-lebih lagi apabila Erma sendiri telah memberi kebenaran kepada Bade untuk berkahwin lagi. Semoga ada hikmah atas segala ini. Yang pasti, besar pahala Erma kerana mengizinkan suaminya memadukan dirinya. Semoga ganjaran syurga menanti Erma di sana kelak. Amin.

Page 6 of 32« First...45678...2030...Last »