Written by AbangNara | July 22nd, 2014

Abang Nara rasa ‘valid’ juga teguran dan persoalan yang telah dikemukakan di Facebook Imam Muda Hassan ini. Abang Nara pun ada tertanya-tanya benda yang sama. Apabila menemuramah ahli keluarga mangsa nahas MH17, soalan wajib para wartawan ialah “ada perubahan sikap tak”. Walaupun si ahli keluarga dah cakap tak ada, soalan yang sama diulang beberapa kali. Sedih jugak tue.

imam muda hassan

Secara jujur, Abang Nara memang rasakan soalan tersebut tiada faedah. Namun daripada segi kewartawanan, tak tahulah pulak kan. Mungkin mereka mahu mencari cerita yang menarik untuk menyedapkan lagi cerita. Tak boleh salahkan wartawan juga lebih-lebih dengan persaingan yang sengit sekarang. Namun mungkin di masa hadapan, bolehlah ‘slow-slow’ kurangkan soalan-soalan sebegini.
imam muda hassan

Apa-apa pun, kesian Imam Muda Hassan sampai terpaksa meminta maaf kerana persoalannya telah membuatkan para wartawan sentap, tersinggung dan bengang. Rasanya apa yang ditegur di Facebook Imam Muda Hassan tak adalah sampai merendahkan kredibiliti dan skil para wartawan. Kali ini, Abang Nara setuju dengan Imam Muda dalam hal ini. Apa pula kata anda?

P.S: 10 lokasi sekatan JPJ sempena Hari Raya

Written by AbangNara | July 21st, 2014

Sempoi juga cara Ana Raffali mengumumkan kehamilannya di Instagram. Comel sangat-sangat. Dengan patung kartun menggambarkan dirinya dan suami, di belakang diletakkan gambar imbasan bayi menunjukkan bakal wujud orang ketiga dalam hidup mereka. Jutaan tahniah Abang Nara ucapkan buat mereka berdua. Pasti berita gembira ini ditunggu-tunggu sejak berkahwin pada tahun 2012.

ana raffali

Ana Raffali turut mengucapkan terima kasih kepada para peminat yang tak henti-henti mendoakan dirinya dan suami. Tulis Ana Raffali:-

lhamdulillah, berkat doa dan kasih sayang. Terima kasih bagi yang sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kami. ;)

ana naim

Semoga segalanya berjalan lancar buat Ana Raffali. Jaga-jaga badan dan jangan buat kerja berat sepanjang kehamilan ini. Pastikan makan secukupnya. Insya Allah anak yang dilahirkan akan sihat sempurna. Sama-samalah kita doakan.

Written by AbangNara | July 21st, 2014

Penyanyi rock terkenal, Awie berjaya mendapatkan hak penjagaan sementara bagi ketiga-tiga anaknya hasil perkahwinan dengan Rozana Misbun di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, hari ini. Peguam syarie, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain yang mewakili Awie turut memaklumkan yang mahkamah Awie juga mendapat perintah injuksi terhadap Rozana, 36, untuk tidak mendekati penyanyi itu serta anak-anaknya dalam apa jua cara termasuk melalui media cetak dan elektronik.

awie dan rozana

Prosiding telah berlangsung di dalam kamar di hadapan Hakim Syarie Nassir Abdul Aziz. Awie hadir dengan 2 orang rakan manakala Rozana tidak kelihatan. Agak terkejut juga Abang Nara dengan perintah injuksi yang diberikan terhadap Rozana, namun sudah pasti ada sesuatu yang kita tidak ketahui untuk keputusan sebegini diambil.

Written by AbangNara | July 21st, 2014

Sedihnya apabila mendapat tahu salah seorang mangsa nahas MH17 ialah Shuba Jay, bekas peserta Mari Menari yang pernah ditayangkan di Astro. Shuba telah muncul di dalam rancangan tersebut bersama ayahnya. Selain menjadi peserta program tersebut, Shuba juga merupakan seorang pelakon dan pernah muncul dalam Spanar Jaya, Tokak dan Gadis 3.

shuba jay

Tambah menyedihkan ialah suaminya, Paul dan anak perempuan, Kaela  turut sama berada di dalam MH17 ketika nahas tersebut berlaku. Pasti ini satu kehilangan besar buat kedua-dua keluarga Shuba dan Paul. Shuba merupakan sahabat baik kepada Raja Ilya. Menurut Raja Ilya, Shuba seorang yang sangat baik dan sangat bersifat keibuan. Kata Raja Ilya:-

Susah nak cari kawan baik seperti Shuba. Dia juga mempunyai sifat keibuan dan menyayangi semua kawan dan tidak pernah bercakap buruk mengenai orang lain. Saya berasa sedih dan terkilan kerana impian Shuba untuk menyambung pengajiannya dalam bidang lakonan dan kamera tidak kesampaian kerana dia sudah pergi meninggalkan kita selamnya.

shuba jay

Hanya ucapan takziah mampu Abang Nara ucapkan kepada keluarga Shuba Jay atas kehilangan ini. Semoga tabah menghadapi dugaan yang amat hebat ini. Sama-samalah kita berdoa agar dipermudahkan urusan untuk membawa pulang mayat-mayat mangsa agar dapat diberi penghormatan terakhir yang sepatutnya di bumi Malaysia ini. Takziah sekali lagi.

P.S: Mazda 2 serba baharu diperkenalkan secara rasmi

Page 4 of 28« First...23456...1020...Last »