Written by AbangNara | July 24th, 2014

Awie dan Erra memang satu nama yang cukup gah satu ketika dahulu. Percintaan mereka menjadi bualan ramai. Walaupun tidak berakhir dengan perkahwinan, kisah cinta mereka sememangnya wajib diketahui semua orang ketika itu lebih-lebih kalau anda pengikut setia filem Sembilu. Kini bahagia dengan kehidupan masing-masing, Awie dan Erra kembali bergandingan dalam sebuah filem yang bertajuk Warna Cinta Impian.

awie dan erra

Teringat Abang Nara apabila mendengar lagu Tragedi Oktober nyanyian Awie, memang terasa ‘feel’nya. Penuh jiwa raga betul nyanyian Awie tue yang menyesali percintaannya dengan Erra berkubur. Walaupun kini Awie juga menghadapi masalah rumah tangga, namun Erra menolak untuk digosipkan dengan Awie sekali lagi. Namun kalau nak imbas kenangan silam tak apa. Kata Erra:-

Kalau setakat imbas (kisah lama) saya tak apa, saya tak kisah. Tapi diharapkan janganlah nanti ada cerita lain pula. Perkara yang lepas biarlahh lepas.

Jangan la ada gosip… faktor usia tidak lagi mengizinkan untuk timbul lagi gosip-gosip tentang kami.

Kami sudah cukup profesional. Saya hormati Awie dan dia juga hormati saya. Harapnya tiada cerita lain selain cerita kerja, ya

awie dan erra

Fuh~~ Cuba bayangkan kalau cinta Awie dan Erra kembali bertaut selepas berpuluh tahun. Memang havoc habis dibuatnya. Walaupun itu bukan mustahil, Abang Nara tak jangka ia akan berlaku. Awie dan Erra masing-masing sudah dewasa dan mahu fokus terhadap keluarga masing-masing walaupun kedua-duanya ada masalah dalam perkahwinan. Marilah kita doakan yang terbaik untuk mereka. Mungkin satu hari nanti ada ada lagu versi gembira “Tragedi Oktober”. Siapa tahu kan?

Written by AbangNara | July 24th, 2014

Sebenarnya satu perkara biasa untuk orang berniaga menjual barang yang tidak pun digunakan olehnya sendiri. Contoh macam orang berniaga kereta Kia tetapi dia sendiri memandu kereta Proton. Atau jual baju Melayu tapi dia sendiri hanya pakai kemeja je. Jadi Abang Nara tak nampak masalah apabila Zara Zya menjual tudung walaupun dirinya belum lagi bertudung.
zara zyaNamun Abang Nara memahami apabila ada sesetengah pihak mempertikaikan tindakan Zara Zya menjual tudung walaupun diri sendiri tidak menutup aurat. Iyerlah ini kan bab agama. Lagipun nampak agak pelik juga apabila si penjual sendiri tidak bertudung tetapi beria-ia mempromosikan tudungnya. Namun ia bukanlah satu kesalahan. Kata Zara menerusi Mstar Online:-

Saya rasa tidak ada masalah untuk saya jual tudung walaupun saya belum bertudung. Peminat-peminat saya ramai yang bertudung, manakala saya sendiri banyak membawa watak sebagai perempuan bertudung. Saya malas ambil peduli mereka yang beri komen negatif kerana kita buat baik ke tidak ke… ada sahaja komen-komen negatif ini.

zara zya

Abang Nara lihat banyak artis kebelakangan ini tampil dengan produk mereka sendiri. Tak kiralah tudung ke, baju ke, kuih-muih ke. Semuanya ada produk sendiri untuk dijual menerusi media sosial terutamanya. Satu perkembangan yang amat baik. Takkan sampai mati nak harap pendapatan daripada berlakon dan menyanyi je kan? Apa pun, semoga perniagaan tudung Zara Zya akan berkembang dan suatu hari nanti akan mendapat petunjuk untuk bertudung ketika menjual tudung. Sama-samalah kita doakan.

P.S: Iklan raya Proton tunjukkan ‘teaser’ model terbarunya

Written by AbangNara | July 24th, 2014

Dalam diam sudah 6 bulan rupanya Rozita Che Wan hamil. Cepat sungguh masa berlalu. Kalau sebelum ini Che Ta dan Zain enggan memaklumkan jantina anak dalam kandungannya, entah mengapa mereka telah bermurah hati untuk berkongsi informasi istimewa ini. Mereka berdua bakal menimang cahaya mata perempuan. Yeah!!!

rozita che wan

Menurut Che Ta, persiapan persalinan untuk anak perempuannya ini sudah pun siap dilakukan. Pastinya Che Ta dan Zain ‘excited’ sangat-sangat. Orang kata baju anak perempuan nie kalau nak beli takkan habis. Semuanya ‘cute-cute’ belaka. Lepas beli satu nak beli satu lagi. Hehehe.

rozita che wan

Tinggal 3 bulan sahaja lagi untuk kita sama-sama melihat kecomelan wajah si anak hasil perkongsikan hidup Che Ta dan Zain. Sama-samalah kita doakan agar semuanya berjalan lancar. Lagi beberapa gambar Che Ta yang tampak makin berseri dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit info RotiKaya.

 
Written by serenity | July 23rd, 2014

Melalui akaun Instagramnya, Awal Ashaari sebentar tadi mengumumkan yang anak pertama dari perkahwinannya dengan Scha Al-Yahya telah lahir semalam di Pusat Perubatan Prince Court.

Menurutnya, keadaan ibu dan anak baik-baik saja. Tak sabar nak tengok kecomelan wajah baby Schawal ni. Tahniah diucapkan!

Page 2 of 2812345...1020...Last »