Written by AbangNara | July 16th, 2014

Drama Kerana Terpaksa Aku Relakan atau singkatannya KTAR sememangnya amat popular. Lakonan mantap Izreen Azminda dan Amar Baharin di dalam drama ini membuatkan ramai penonton beranggapan mereka benar-benar bercinta. Yang lebih mengkagumkan, walaupun ditayangkan di bulan Ramadhan, rating drama ini antara yang tertinggi pernah dicatatkan untuk TV3. Power sungguh!!!

penamat drama kerana terpaksa aku relakan

Diadaptasi daripada novel yang mempunyai tajuk sama, episod akhir KTAR telah pun ditayangkan Isnin lalu. Namun peminat-peminat drama ini kebanyakannya melahirkan rasa kecewa dengan cara drama itu ditamatkan. Bagi mereka, ia tergantung. Tidak sama dengan novel. Tidak tahu sebenarnya apa yang terjadi terhadap Zen dan Indah. Ramai yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan penamat tersebut di Facebook dan Twitter.

penamat drama kerana terpaksa aku relakan

Namun nampaknya peminat-peminat drama KTAR akan dihadiahkan ‘something special’. Kemungkinan besar ada sambungan untuk menamatkan penamat yang tergantung ini. Berita gembira ini telah disampaikan oleh Amar Baharin sendiri. Mungkin masa Hari Raya nanti? Mungkin KTAR Edisi Raya? Siapa tahu kan?

penamat drama kerana terpaksa aku relakan

Tak silap Abang Nara Izreen Azminda pun ada menulis perkara yang sama. Ada kejutan untuk peminat-peminat drama KTAR ini. Sama-samalah kita nantikan. Adakah anda berpuas hati dengan adaptasi novel ke drama KTAR? Apa yang anda rasa boleh lagi diperbaiki? Kongsikan di ruangan komen.

Written by AbangNara | July 16th, 2014

Sedih, pilu dan menyayat hati sungguh melihat wajah Rozana Misbun, isteri kepada Awie yang merindui anak-anaknya. Mereka sudah tidak bertemu sebulan lebih selepas Rozana Misbun meninggalkan rumah sehelai sepinggang akibat tidak tahan untuk hidup dalam keadaan trauma. Hampir mengalir air mata Abang Nara membaca temuramah antara Mstar Online dan Rozana Misbun. Memang perit sungguh dugaan yang sedang dialami olehnya.
rozana misbun awie

Antara yang menarik ialah penjelasan Rozana Misbun mengenai kecederaan yang dialami olehnya. Kalau sebelum ini Abang Nara hanya dapat membayangkan kesakitan yang dihadapi oleh Rozana, rupa-rupanya apabila membaca penerangan isteri Awie ini, memang sakitnya tidak terperi. Kata Rozana:-

Tulang hidung Ina retak dan masih lagi membengkak. Ia menyebabkan hidung sebelah kanan Ina akan mengalami halangan atau akan mudah tersumbat. Doktor kata ia akan ambil masa tiga bulan untuk pulih.

Telinga sebelah kiri sebelum ini ada pendarahan. Doktor kata, hanya sedikit sahaja lagi kecederaan telinga itu nak kena gegendang. Kalau tidak, mungkin Ina akan pekak sebelah. Tapi Allah selamatkan Ina. Keadaan dah okey.

rozana misbun awie

Sila tahan emosi anda untuk tidak mengalirkan air mata apabila melihat video Rozana Misbun di bawah melahirkan rasa rindu terhadap anak-anaknya.

Baca artikel ini sepenuhnya untuk mengikuti temuramah yang membongkar sedikit sebanyak apa yang telah dialami oleh Rozana Misbun dan suaminya, Awie.

 
Written by AbangNara | July 16th, 2014

Apabila tiba Hari Raya, macam-macam tawaran menarik dan diskaun yang diberikan oleh para peniaga di luar sana. Ada yang buat diskaun 50%, beli 2 dapat percuma 1 dan macam-macam lagilah. Memang hebat-hebat dan menarik-menarik promosi yang ditawarkan. Namun rasanya tiada satu promosi pun yang dapat menandingi promosi Super Raya Lazada.Promosi Super Raya Lazada ialah ‘one-day sale exclusive’ yang akan berlangsung pada 16 Julai 2014 (Rabu ini). Diskaun sehingga 92% akan diberikan untuk semua barangan raya seperti langsir baru, baju baru, perkakas membuat kuih-muih, TV, beg, dan macam-macam lagi. Memang sesuai sangat untuk menaikkan seri rumah lebih-lebih lagi kalau buat ‘open house’ Hari Raya nanti. Abang Nara bercadang nak beli vakum. Senang sikit nak sedut debu-debu dan pastikan rumah sentiasa bersih. 92% diskaun tue!!!Kalau korang masih tercari-cari baju raya nak mampu menyerlahkan kejelitaan/kekacakan di pagi Hari Raya, jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan koleksi baju raya Hatta Dolmat dengan harga diskaun. Cantik-cantik rekaan baju Syawal Design by Hatta Dolmat yang hanya boleh dibeli secara online di Lazada bermula 3 Julai sehingga 21 Julai ini. Memang kalau pakai baju Hatta Dolmat nie confirm semua awek/pakwe akan toleh tengok anda 2, 3 kali. Vas gedebaz gitu!!!Paling best promosi yang ditawarkan oleh Lazada ialah untuk produk kategori Home & Living serta Home Appliances. Kalau Abang Nara cakap korang takkan percaya punya. Harga yang ditawarkan masing-masing pada RM77 dan ke bawah untuk produk Home & Living serta RM99 dan ke bawah untuk produk Home Appliance. Memang boleh beli 5,6 barang sekaligus. Jimat gila-gila kot. Ada juga diskaun istimewa buat peminat gadjet Samsung. Kesemuanya diberikan kepada anda semua oleh Lazada sempena Hari Raya ini.

Dan jangan lupa untuk mencuba permainan Wheel of Raya Lazada untuk menambahkan lagi penjimatan. Macam-macam hadiah menarik yang boleh dimenangi. Kalau dapat ‘free cash voucher’ RM100 pun dah boleh jimat banyak dah. Macam-macam sungguh yang diberi oleh Lazada ini. Kesemuanya untuk memastikan kita semua dapat berhari raya dengan meriah. Jadi kalau peluang ini dilepaskan, memang rugi sangat-sangat.Jangan takut dan jangan risau untuk membeli belah di www.lazada.com.my. Wife Abang Nara minggu lepas je dah beli 5 jenis barangan kat sini. Semuanya sampai dengan pantas. Barangan pun sama seperti yang ditawarkan. Siap boleh buat Cash On Delivery kalau tak nak bayar secara online. Kalau tak puas hati dengan kualiti produk yang dibeli, ia boleh dikembalikan. Senang cerita, memang terjamin pembelian kita di www.lazada.com.my. Apa lagi? Selamat bershopping!!!

P/S: Haaa jangan tak tau… cuba tengok dekat Facebook cik Raisyyah Rania kita ni. Dia pun dah shopping dekat Lazada OK, siap post dekat Facebook lagi tu. Korang bila lagi?

 

Written by AbangNara | July 16th, 2014

Alhamdulillah. Sesungguhnya bulan Ramadhan adalah bulan penuh berkat dan hidayah. Seorang lagi selebriti tempatan iaitu penyanyi popular, Ziana Zain telah pun mengambil keputusan untuk berhijab sepenuhnya di bulan mulia ini. Sebelum ini Ziana hanya memakai tudung sebagai tanda menghormati bulan Ramadhan. Nampaknya hidayah itu tiba jua. Pasti berkat doa peminat-peminat Ziana Zain.

ziana zain bertudung

Tampil untuk rakaman MeleTOP Raya dengan imej bertudung, Ziana Zain mengakui penampilan itu adalah penampilan terbaru dan terkini buat dirinya. Kata Ziana menerusi portal Murai:-

Ini adalah hadiah yang Allah SWT berikan kepada saya, sebuah ganjaran yang dijanjikan setelah tidak putus-putus doa daripada peminat, kawan-kawan dan yang paling termakbul adalah doa kedua ibu bapa saya.

Allah SWT telah berikan apa yang mereka semua pohon, sementara itu juga dibukakan pintu hati saya menerima syariat agama ini. Setelah beberapa tahun saya memasang niat, akhirnya hari yang dinanti sudah tiba. Perasaan yang datang itu bukan rasa yang biasa tetapi kuasa yang luar biasa.

Tiada pengumuman yang nak dibuat kerana yang penting apa yang dituntut(berhijab) saya telah cuba penuhi bermula dari Ramadan ini dan harapan saya biarlah ia kekal ke akhir hayat. Tiada apa yang lebih bermakna dari apa yang Allah SWT kurniakan kepada saya sekarang, Alhamdulillah.

ziana zain bertudungTahniah diucapkan kepada Ziana Zain atas penghijrahan ini. Semoga makin murah rezeki, tenang hidup dan makin diberkati. Pasti ramai yang terharu dengan perubahan diva kesayangan ramai ini. Semoga terus istiqamah. Tahniah Zaian Zain!!!

Page 10 of 28« First...89101112...20...Last »