Written by AbangNara | June 25th, 2014

Tahniah diucapkan buat Awal Ashaari dan Scha Al Yahya kerana bakal menimang seorang bayi perempuan tidak lama lagi. Berita gembira ini telah disampaikan oleh pasangan suami isteri ini menerusi program H!Live beberapa hari yang lalu. Untuk makluman, Scha telah pun mengandung selama 7 bulan dan dijangka bakal melahirkan anaknya pada penghujung bulan Julai atau awal Ogos ini.

awal dan scha hamil

Khabarnya akan ada program televisyen khas untuk merakamkan Scha sepanjang kehamilannya. Tak sabar Abang Nara nak tengok program tersebut. Awal dan Scha baru-baru ini juga telah mengadakan majlis kesyukuran sempena kehamilan tersebut. Sama-samalah kita doakan agar segalanya dipermudahkan buat pasangan ini. Tahniah sekali lagi buat anda berdua.

Written by AbangNara | June 25th, 2014

Nampaknya Azwan Kombos masih tidak dapat melupakan bekas kekasihnya, Nad Zainal sehingga pelakon wanita itu terpaksa membuat laporan akibat sering diganggu. Tambah menyeramkan bukan gangguan berbentuk SMS sahaja diterima daripada Azwan Kombos, namun panggilan telefon daripada seorang wanita yang tidak dikenali turut sama diterima oleh Nad Zainal. Fuh~~ Cuak gak kalau putus cinta kena kacau sampai begini sekali.
azwan kombosKata Nad Zainal menerusi Berita Harian:-

Selama tempoh percintaan kami biasalah ada pasang surut. Kami pernah putus kemudian sambung balik. Mungkin juga disebabkan itu Azwan fikir kami akan sambung semula. Saya sudah bulatkan pendirian untuk tidak lagi bersamanya. Saya kesal kerana Azwan tidak boleh terima hakikat kami sudah tidak ada apa-apa lagi.

Kami (Nad dan Azwan) sudah berbincang dan maklum dengan keputusan yang dibuat. Saya harap beliau dapat teruskan kehidupan, namun apa yang beliau lakukan ini membuktikan Azwan masih tidak boleh terima hakikat yang kami sudah tiada hubungan. Dengan kehadiran Hefny atau tidak, saya memang tidak boleh bercinta dengannya lagi.

Kali terakhir wanita terbabit menghubungi saya adalah kira-kira sejam sebelum saya membuat laporan polis. Wanita itu menggugut akan mengaibkan saya kepada rakan wartawan dan penulis blog kerana putus dengan Azwan. Saya tidak mahu menuduh tetapi siapa dan kenapa waita ini berani berbuat begitu kerana Azwan.

azwan kombos

Selaku seorang lelaki, Azwan Kombos patut lebih ‘macho’, rileks dan tenang menghadapi dugaan putus cinta ini. Ala, setakat putus cinta je kot. Bukannya dah kahwin bercerai-berai pun. Bunga bukan sekuntum. Ramai lagi awek-awek cun di luar sana. Tak payah nak kejarkan sangat orang yang tak sudi kepada kita. Buat malu je. Kita sebagai lelaki harus buktikan yang kita boleh hidup tanpa wanita yang tidak menerima cinta kita. Tak gitu?

P.S: Luis Suarez kembali menggigit

Written by AbangNara | June 25th, 2014

Walaupun sudah berkahwin baru, Jimmy Shanley ternyata tidak melupakan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah kepada anak hasil perkahwinannya sebelum ini. Menerusi akaun Instagramnya, Jimmy telah melahirkan rasa kecewa kerana tidak dapat menyambut hari jadi ke 3 anaknya, Zahra kerana dihalang oleh keluarga bekas isterinya itu. Tak dapat bayangkan kesedihan Jimmy terhadap apa yang telah berlaku ini.

jimmy shanley

Tulis Jimmy Shanley:-

hapi 3rd bday… dulu alasan tak bg sebab duk keseorg, kini sudah berumahtangga pun tak dpt, kununnya hanya nak publisiti (pleaseee la), nak di ambil tak bg, tak di ambil di caci di media, lu pikir la sendiri

Malah Jimmy turut berkongsi satu gambar yang bertulis mesej sindiran. Tidak diketahui daripada siapakah mesej tersebut namun ia sedikit sebanyak agak mengecewakan untuk melihat perbalahan seperti ini.

jimmy shanley

Inilah jadinya apabila hak penjagaan anak tidak dapat diselesaikan setelah berlaku penceraian. Emak ayah bergaduh sesama sendiri, yang ruginya adalah si anak kerana tidak mendapat kasih sayang secukupnya. Sepatutnya semua pihak yang terbabit kena mengalah dan fikirkan keadaan si anak, bukannya fikirkan ego dan kepentingan masing-masing. Tak gitu? Apa pendapat anda?

Written by AbangNara | June 25th, 2014

Biasalah artis awal-awal memang tak mengaku bercinta. Tup-tup tak lama kemudian keluarlah pengakuan dah putus cinta. Bila masa bercinta pun tak tahulah. Namun dalam bab Lana Nordin dan Mas Khan ini, Abang Nara percaya mereka berdua belum sampai ke tahap percintaan lagi. Masing-masing pun baru mengenali antara satu sama lain. Orang kata baru nak kenal-kenal lah.
mas khan dan lana nordinMas Khan ini orangnya pun nampak kacak. Nampak sesuai dengan Lana Nordin. Macam biasa umur Mas Khan jauh lebih muda daripada Lana Nordin. Selaku pelakon senior, Lana Nordin membawa Mas Khan yang merupakan pelakon junior ke majlis untuk berkenalan dengan orang dalam industri. Kalau Abang Nara jadi Mas Khan, memang terharu dibuatnya. Kata Lana:-

Kami kawan dan rapat sejak sebulan lalu. Kami masih dalam proses mengenali dan belum ke tahap bercinta lagi. Saya tak mahu lagi letakkan status kami ini sebagai bercinta atau pasangan kekasih sebab masih awal lagi.

Dia pun masih baru dalam industri. Kebetulan dia jadi hero saya dalam filem ‘Biasan’. Jadi saya rasa tak salah saya bawa dia ke majlis sebegini untuk pendedahan dia. Sambil tu sikit sebanyak dia dapat pendedahan dan berkenalan dengan pihak media.

Dia seorang yang easy going, terbuka dan senang nak berborak. Dia tak kisah tentang hal yang remeh-temeh. Semua orang ada sejarah kan. Walaupun dia baru berusia 20-an, dia matang.

Dia tak kisah pun tentang kisah-kisah kontrovesi saya yang lalu. Dia pun bijak menyesuaikan diri dia dengan kawan-kawan saya. Dia dengan giler-giler dia, saya dengan giler-giler saya. Kami bole ngam lah

mas khan dan lana nordin

Semoga hubungan Lana Nordin dan Mas Khan akan berubah daripada kawan kepada kekasih dalam masa terdekat ini. Lana pun pasti mahu mengubati hatinya yang luka selepas tewas dalam percintaan palsu Johan As’ari sebelum ini. Namun diharap kedua-duanya jangan terburu-buru. Kenal diri masing-masing terlebih dahulu sebelum buat apa jua keputusan. Yang penting, kebahagiaan boleh dikecapi.

P.S: Perkampungan kucing di Taiwan