Written by AbangNara | June 3rd, 2014

Di kala kesuraman kutipan filem tempatan, filem Abang Long Fadil arahan Syafiq Yusof berjaya membuktikan kehebatannya dengan mengutip RM2.1 juta dalam tempoh 4 hari. Ini satu pencapaian yang amat memberangsangkan dan harus dipuji. Untuk makluman, filem yang dibintangi Zizan Razak ini diberi klasifikasi 18PL oleh LPF yang sedikit sebanyak pastinya memberikan kesan kepada jumlah kutipan.

kutipan abang long fadil

Turut ditayangkan di Brunei dan Singapura, filem Abang Long Fadil ditayangkan di negara tersebut tanpa sebarang potongan babak. Untuk tayangan Malaysia, filem ini dipotong sebanyak 6 babak. Kata Datuk Yusof Haslam menerusi Berita Harian:-

Saya akur dengan keputusan LPF, tetapi saya berharap pihak terbabit akan bersikap lebih terbuka selepas ini kerana Abang Long Fadil tidak mengandungi unsur ganas yang melampau. Bagaimanapun, sebagai orang lama dalam industri, saya menghormati dan faham kerja badan penapisan.

Cuma, Syafiq yang agak kecewa apabila filem arahannya itu diberi klasifikasi 18PL dan menerima potongan sebanyak enam babak. Sedangkan di Brunei dan Singapura, filem ini lulus tanpa sebarang potongan. Klasifikasi yang diberuikan itu menyebabkan jumlah penonton filem Abang Long Fadil menjadi terhad.

Jika tidak, filem ini boleh ditonton oleh seisi keluarga, bersesuaian dengan tarikh tayangannya yang jatuh pada cuti sekolah. Dengan klasifikasi yang diberikan itu, hanya penonton berusia 18 tahun ke atas boleh datang menonton. Akibatnya, jumlah penonton lebih merudum.

kutipan abang long fadil

Turut dibintangi oleh Aaron Aziz, Sofi Jikan dan Syamsul Yusof, filem Abang Long Fadil masih lagi ditayangkan di pawagam. Jadi marilah kita beramai-ramai menonton filem ini yang khabarnya membawa pembaharuan dari segi CGI. Sama-samalah kita menyokong filem tempatan yang berkualiti. Apa pun, tahniah buat Syafiq Yusof atas kejayaan ini.

Written by AbangNara | June 3rd, 2014

Wah. Comelnya puteri sulung Khairul Fahmi Che Mat dan Leuniey Natasha yang diberi nama Kayla Elayna ini. Seronok Abang Nara melihat gambar mereka bertiga di majlis akikah yang telah berlangsung di Tunjong Banquets, Kota Bahru. Nampak bahagia sangat-sangat. Semoga kegembiraan dan kebahagiaan ini akan berkekalan buat selamanya buat mereka.

gambar akikah kayla elayna

Untuk makluman, Kayla Elayna telah dilahirkan pada 3 Februari 2014. Sebelum ini ada beberapa gambar Kayla Elayna yang telah dirakamkan selepas kelahirannya. Jelas nampak Kayla membesar dengan sihat dan sempurna. Sama-samalah kita doakan agar puteri Apek dan Leuniey ini membesar tanpa sebarang masalah sehingga dewasa kelak.

gambar akikah kayla elayna

Beberapa lagi gambar sekitar majlis akikah Kayla Elayna dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Facebook Camora Arts.

 
Written by AbangNara | June 3rd, 2014

Secara jujur, bagi Abang Nara, program realiti Akademi Fantasia (AF) sudah tidak relevan lagi dengan dunia hiburan sekarang. Namun untuk tahun 2014, ia kembali lagi. Ini bermakna yang AF masih ada pengikutnya yang tersendiri. Kali ini AF akan mengekalkan format asal seperti pada awal kemunculannya di tahun 2003. Pastinya akan lebih banyak air mata, emosi dan drama untuk Akademi Fantasia 2014 kali ini.

af2014

Ujibakat untuk AF2014 akan diadakan di Johor pada 13 dan 14 Jun 2014, Pulau Pinang (14 dan 15), Sabah dan Selangor (21 dan 22 Jun). Untuk anda yang tidak berkesempatan menghadiri sesi ujibakat, boleh mencuba nasib dengan memuat naik video nyanyian secara kreatif AF Mobile atau www.akademifantasia.com.my bermula 26 Jun hingga 9 Jun 2014.

af2014

Apa pendapat anda mengenai Akademi Fantasia 2014? Adakah anda ternanti-nanti program ini? Atau anda mahu Astro menganjurkan satu program hiburan yang lain? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

Written by AbangNara | June 3rd, 2014

Aduh. Sedih juga hati melihat luahan hati anak Abby Abadi yang bernama Danish ini terhadap bekas bapa tirinya, Farhan. Video yang telah dimuat naik oleh Abby Abadi menerusi akaun Instagramnya ini menunjukkan Danish memujuk bapa tirinya untuk berkahwin semula dengan ibunya. Malah Danish turut meminta agar Farhan tidak berpeleseran bersama rakan-rakannya.
anak abby abadiAntara kata-kata Danish menerusi video itu ialah:-

Abang rindu Abi, Abi jangan ikut geng-geng Abi yang pergi karaoke, cyber cafe malam-malam tu. Itu semua duniawi. Ala, Abi kahwinlah dengan Mama balik. Apalah dosa Mama tu Abi

Walaupun begitu ada pihak yang mempertikaikan tujuan Abby memuat naik video ini kerana sedikit sebanyak ia membuka aib bekas suaminya itu. Apa pun, semoga pujuk rayu Danish berjaya. Sama-samalah kita doakan agar Farhan dan Abby boleh bersatu kembali demi anak-anak terutamanya.

Page 30 of 32« First...1020...2829303132