Written by AbangNara | June 27th, 2014

Kemelut yang melanda antara Zizan Razak dan Marina Juki sememangnya mencuri perhatian orang ramai. Segalanya dikatakan bermula apabila Emma Maembong yang juga merupakan kekasih Zizan menyatakan hasrat untuk berundur daripada syarikat Wire Fame Entertaiment selepas pulang daripada bercuti di Amerika Syarikat. Rupa-rupanya ada sedikit salah faham yang berlaku ketika artis-artis Wire Fame bercuti di Amerika iaitu pada Februari lalu.
zizan dan emmaKata Marina Juki menerusi Sinar Harian:-

Sebenarnya ada sedikit salah faham membabitkan saya dan Zizan, ketika kami bersama Emma serta beberapa individu lain berada di Amerika Syarikat pada Februari lalu.

Balik sahaja dari bercuti, Emma menyatakan hasrat untuk berundur. Jadi dari satu salah faham, ia seperti berpanjangan kerana kami masih belum sempat untuk duduk berbincang.

Saya agak sedih kerana saya dan Zizan sudah berkawan rapat sejak empat tahun lalu. Kami dah macam adik beradik dan kami jatuh bangun bersama.

Tapi kerana salah faham itu, saya dan Zizan tidak bercakap sejak bulan Februari. Namun, saya harap hal ini dapat diselesaikan dengan segera

zizan emma
Ramai suara-suara sumbang yang memberi pendapat Zizan telah banyak berubah setelah bercinta dengan Emma Maembong. Hmmmm. Abang Nara tak rasa begitu. Pastinya selaku seorang profesional, Zizan pandai membahagikan antara kerjaya dan percintaan. Takkanlah kerana seorang wanita nak bergaduh dan berselisih faham sampai ke tahap ini kan? Pasti ada jalan penyelesaiannya. Diharap perkara ini tidak berlanjutan ke mahkamah. Sama-samalah kita doakan.

Written by AbangNara | June 27th, 2014

Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, di sini, memutuskan pernikahan antara bekas gitaris kumpulan Kamikaze, Shamril Mohd Salleh (Sham) dengan isterinya, Nurul Halimin Mohd Salleh pada 16 Januari 2012 di Masjid Padang Ibu, Pulau Pinang adalah tidak sah dan terbatal.
shamBerikutan itu, Hakim syarie, Kamarulzaman Ali memerintahkan pernikahan pasangan itu difarakkan (dibubarkan) serta-merta mulai hari ini (27 Jun) dan sijil pernikahan yang disahkan palsu oleh Pejabat Agama Islam Daerah Seberang Prai Tengah (SPT) dilupuskan.

Hakim Kamarulzaman memutuskan demikian selepas mendapati pernikahan itu dijalankan oleh wali hakim yang tidak sah, selain segala proses pernikahan diuruskan oleh pihak ketiga yang tidak bertauliah.
shamBeliau turut memutuskan anak pasangan itu, Aisy Dannial yang dilahirkan pada 21 Januari lalu adalah anak sah taraf dan boleh dinasabkan kepada Sham sebagai bapa kandung. Info asal Berita Harian.

Written by AbangNara | June 27th, 2014

Akhirnya setelah melalui pelbagai kontroversi yang tercipta menerusi perkongsian gambarnya di Instagram, Nabila Huda telah melakukan satu tindakan drastik dengan membuang kesemua gambar yang pernah dimuat naik olehnya. Tiada lagi kisah hidup Nabila Huda untuk kita tatapi dan semoga ia juga akan menghentikan pelbagai kisah tidak elok untuk pelakon ini.
nabila hudaHanya satu gambar sahaja yang masih berada di Instagram Nabila Huda iaitu gambar di atas yang menunjukkan dirinya ‘just upset’. Nabila turut menulis status terakhirnya yang penuh makna. Tulis Nabila:-

I’ve had it. hence, I’m gonna put an end to all of this so called drama.No more story of my life for u to feed on.So u can stop with all of the speculations,bad mouthing,judging allegations,insulting and more.Thanks to those who believe in me.I’m moving on with my life.How bout you do the same..:)

nabila hudaAbang Nara bersetuju dengan tindakan Nabila Huda ini. Memang tidak salah untuk Nabila Huda membuat perkongsian aktivitinya di Instagram, namun dengan beberapa siri kontroversi sejak kebelakangan ini, ini adalah langkah terbaik untuk menyejukkan keadaan buat sementara waktu. Sekurang-kurangnya ayah Nabila Huda iaitu pasti akan berasa lega dengan keputusan ini. Apa pula pendapat anda?

Written by AbangNara | June 27th, 2014

Kan Abang Nara dah cakap dah. Kisah-kisah tak betul, mengarut dan tak masuk akal mengenai Nora Danish dan Fasha Sandha ini sebenarnya berpunca daripada peminat sendiri. Ada peminat yang tidak bertanggungjawab membuat kesimpulan sendiri, sebarkan kesimpulan tersebut dan akhirnya menjadi kontroversi sedangkan hubungan antara Nora Danish dan Fasha Sandha baik-baik sahaja. Hmmmm. Mungkin peminat-peminat ini cemburu kot dengan kebahagiaan Nora dan Fasha?

nora danish dan fasha

Sebenarnya Abang Nara pelik juga apabila tiba-tiba hubungan Nora dan Fasha dipersoalkan kembali. Ini sebab sebelum ini memang jelas mereka berdua mempunyai hubungan yang baik. Nora datang melawat ketika Fasha melahirkan anak dan mereka juga turut berhari raya bersama. Mungkin ada pihak yang sengaja mahu mereka bermasam muka kembali. Kata Nora:-

Nora tak mahu komen sebab Nora tak tahu mengenai isu ini. Nora tak tengok Instagram orang lain kerana Nora hanya aktif di Instagram Nora sahaja.

Bagi Nora, peminat semua suka buat cerita dan andaian, namun hakikatnya hanya kita, keluarga dan orang terdekat sahaja yang tahu perkara sebenar.

Disebabkan itu Nora tak nak layan isu-isu begini kerana jika nak layan orang yang cakap pasal Nora, memang akan lagi teruk jadinya. Jadi lebih baik kita tak payah layan.

Saya tak ada masalah pun dengan sesiapa dalam dunia ni, Nora dan Fasha baik je, InsyaAllah. Nora tak kesal mengenai perkara ni kerana ada diantara mereka tak tahu apa sebenarnya.

Mereka tak ikutpun perjalanan hidup kami, jadi untuk diorang membuat cerita, saya tak perlu layan. Hanya kita dan orang terdekat je yang tahu. Kalau saya nak layan orang cakap pasal saya lagi teruk, jadi jangan layan

nora danish dan fasha

Diharap dengan penjelasan daripada Nora Danish ini, semua pihak berpuas hati. Janganlah reka-reka cerita lagi. Mereka semua pun sedang berbahagia dengan kehidupan masing-masing. Kenapa kita pula nak menghancurkan kebahagiaan mereka. Kisah lama tak perlulah diungkit kembali. Masing-masing dah ‘move on’. Tak gitu? Info asal GUA dan OhBulan.

P.S: Rakyat Johor nikmati diesel Euro 5

Page 3 of 3212345...102030...Last »