Written by AbangNara | June 30th, 2014

Suka sangat Abang Nara membaca luahan hati Ashraf Muslim, Dayana dan Wan Sakinah mengenai kehidupan berumah tangga mereka. Kebahagiaan mereka sememangnya harus menjadi contoh kepada mana-mana suami yang mahu beristeri lebih daripada satu. Respek dan tabik hormat Abang Nara kepada ketiga-tiga mereka terutamanya kepada Dayana yang kini redha dengan suratan takdir dirinya. Tambah menarik, Dayana dan Sakinah kini ‘best friend’ lebih-lebih lagi dengan kehadiran Sarah Ashraf, anak Sakinah dan Ashraf Muslim.

ashraf muslim sekeluarga

Kalau dahulunya Dayana pasrah, kini isteri pertama Ashraf Muslim itu sudah redha. Hubungannya dengan Sakinah semakin erat sehingga tidur sekatil untuk menjaga Sarah ketika Ashraf Muslim bekerja di luar. Kata Dayana:-

Walaupun masing-masing tidak tinggal sebumbung, kami sering berhubung dan berkumpul di rumah. Kalau saya datang berehat di rumah Sakinah, hanya saya, Sakinah dan Sarah tidur di bilik dan Ashraf kena tidur di ruang tamu.

Malah, kami mula keluar membeli-belah bersama sebab kami berkongsi cita rasa hampir sama. Bila kami keluar beli-belah, Ashraf jaga anak di rumah.

Alhamdulillah selepas pulang dari umrah dan dikurniakan Sarah, doa saya dimakbulkan. Sikit demi sikit Allah tunjukkan jalan bahawa pilihan dilalui ada hikmah sangat besar.

Ada sebab Allah belum kurniakan anak kepada saya lagi pada masa ini, apatah lagi apabila difikirkan situasi kerja saya yang tidak menentu dan lasak.

sarah ashraf

Terbaik kan? Kagum Abang Nara dengan sifat kepimpinan seorang suami yang ditunjukkan oleh Ashraf Muslim. Namun agak kelakar juga apabila Ashraf Muslim bergurau yang hubungan kedua-dua isterinya semakin erat sampai dia kena gosok baju sendiri. Hehehe. Kata Ashraf:-

Banyak perubahan berlaku disebabkan Sarah. Saya sering beritahu mereka, ini anak kita. Saya seronok sebab banyak perkara dilalui sebelum ini, Allah tunjukkan hikmahnya.

Hubungan kedua-dua isteri saya juga semakin erat ibarat kawan baik. Sampaikan saya kadangkala terpaksa menggosok baju sendiri.

Bila dapat rapatkan mereka, saya lebih mudah mengurus keluarga. Saya juga sering bawa mereka ke majlis ilmu untuk bekalan bersama.

Orang selalu tanya bagaimana saya bersama isteri? Pertama sekali, solat berjemaah dan berdoa untuk kesejahteraan semua. Saya bagi mereka tahu, dalam doa saya, ia untuk kesejahteraan kita.

Paling penting ialah saya dan keluarga saya, sebab ini keluarga yang akan saya pimpn sampai akhir hayat. Saya kena buktikan kepada semua pihak yang saya boleh bahagiakan keluarga sendiri.

Harap masyarakat turut mendoakan yang terbaik buat kami sekeluarga.

sarha ashraf

Ada beberapa tips yang telah diberikan oleh Ashraf Muslim menerusi kata-katanya di atas. Kalau anda ada niat nak pasang dua, bolehlah praktikkan tips-tips tersebut. Kepada Ashraf, Dayana dan Wan Sakinah, Abang Nara yakin ramai yang gembira melihat kebahagiaan anda. Semoga ia berkekalan ke akhir hayat. Tahniah buat anda bertiga. Info asal Harian Metro.

Written by AbangNara | June 30th, 2014

Tanggal 25 Jun lalu, anak kedua Abang Nara yang merupakan seorang puteri telah pun selamat dilahirkan. Alhamdulillah, lengkap sepasang anak Abang Nara dan wife tercinta. Kali ini excitednya lebihlah sikit sebab anak perempuan kan. Ingin mengabadikan detik-detik awal kelahiran si puteri yang Abang Nara dan wife namakan Arissa, ThePhotolicious telah hadir untuk merakamkan wajah si comel ini pada hari kedua kelahiran.

arissa

Sebelum ini The Photolicious sering berkongsi gambar-gambar anak selebriti untuk tatapan pembaca BeautifulNara. Antara yang pernah menjadi klien mereka ialah Apek & Leuniey, Ezuwan Ismail serta Fauzi Nawawi dan Lisdawati. Melihat aksi mereka membidik Arissa, memang jelas terserlah keprofesionalannya. Mula-mula takut juga sebab anak masih kecik lagi kan. Namun bila tengok cara Kak Kay daripada ThePhotolicious membelai Arissa, terus yakin dan lega 100%.

arissa

Peralatan semua dibawa oleh ThePhotolicious jadi Abang Nara dan wife tak perlu sediakan apa-apa. Tempoh ambil gambar bergantung pada si anak. Kalau si anak sedang tidur, senang jelah. Sejam boleh siap. Kalau dia asyik bangun dan nak susu macam anak Abang Nara, boleh makan 3 jam juga. Namun hasilnya memang sangat puas hati lah.

arissa

Jadi kalau anda ada niat di hati nak ambil khidmat The Photolicious untuk mengabadikan gambar anak anda yang bakal lahir, bolehlah mesej mereka di 019-668-2336. Nak lagi senang, LIKE Facebook The Photolicious dan follow Instagram The Photolicious. Boleh tengok hasil kerja mereka yang mantap itu. Lagi beberapa gambar anak Abang Nara, Arissa dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AbangNara | June 30th, 2014

Akhirnya selepas 4 tahun mengendalikan program hiburan Melodi, Zizan Razak akhirnya mengumumkan yang semalam adalah episod terakhir Melodi buat dirinya. Pastinya ini satu keputusan yang mengejutkan namun seperti yang semua sedia maklum, baru-baru ini Zizan sudah menandatangani kontrak ekslusif dengan Astro. Jadi mungkin itu salah satu sebab punca kontrak Zizan dengan Melodi tidak lagi disambung.
zizan tinggalkan melodiKhabarnya juga, Awal Ashaari akan dikekalkan menjadi pengacara Melodi. Persoalannya siapakah calon pengganti Zizan yang paling sesuai? Abang Nara tak nampak mana-mana pengacara baru yang berkaliber buat setakat ini. Mungkin TV3 sudah pun menyenarai pendek beberapa calon. Abang Nara cuma nampak Azwan Ali je. Hehehe. Mesti havoc kalau Azwan Ali jadi pengacara. Silap-silap meletup-letup rating. Hehehe. Sama-samalah kita nantikan.
zizan tinggalkan melodiApa pun jutaan terima kasih diucapkan kepada Zizan Razak yang telah menghiburkan jutaan rakyat Malaysia sepanjang menjadi pengacara Melodi. Semoga selepas ini akan ada program yang lebih menarik buat anda. Kini Zizan sudah pun tiba di Malaysia. Diharap Zizan tidak lupa untuk menyelesaikan kemelut dengan Marina Juki yang semakin meruncing.
zizan tinggalkan melodi

P.S: Lepas puasa nak naik pelamin? Jangan tunggu habis puasa baru nak buat persiapan. Apa kata setelkan dulu bab jurugambar di hari perkahwinan korang. Dapatkanlah khidmat Ryaniez Moments Photography yang pelanggannya semua nyata berpuas hati dan gembira dengan hasil kerja mereka. Hubungi mereka di nombor yang tertera di atas atau boleh LIKE Facebook Ryaniez Moments Photography untuk bertanyakan informasi lanjut.

Written by AbangNara | June 30th, 2014

Fuh~~ Hangat juga dakwaan yang disampaikan oleh Cik Pang semalam menerusi Metro Ahad. Mana tidaknya, Cik Pang mendakwa penceraian Izreen Azminda adalah berpunca daripada Amar Baharin, yang merupakan gandingannya di dalam drama Kerana Terpaksa Aku Relakan. Tambah menarik apabila dakwaan Izreen diceraikan kerana suaminya ketika itu melihat sendiri kecurangannnya bersama dengan Amar. Hmmm..

amar baharin

Dikatakan juga hubungan Izreen dan Amar telah melebihi daripada kawan biasa sejak mula berlakon drama tersebut. Berikut ialah artikel penuh Cik Pang yang bertajuk “Curang di lokasi”.

Mereka yang mengikuti isu perceraian pelakon Izreen Azminda pasti ingin tahu apa sebenarnya yang berlaku. Cerita yang Cik Pang ingin kongsi ini memang panas.

Cerita terbaru yang Cik Pang dengar, ada dakwaan mengatakan punca perceraian Izreen dan bekas suami, Muhamad Riza Baharuddin disebabkan munculnya pihak ketiga.
Lebih pedih apabila orang ketiga yang dimaksudkan itu dipercayai pelakon gandingannya dalam drama bersiri Kerana Terpaksa Aku Relakan, Amar Baharin.

Kata kawan Cik Pang, hubungan Izreen dan Amar mula dikesan melebihi kawan biasa beberapa bulan lalu di set penggambaran drama itu.

Malah, apabila hubungan itu dapat dihidu bekas suami, masa itulah Izreen diceraikan di set penggambaran. Dengarnya, lafaz cerai itu berlaku selepas Riza datang dan melihat sendiri ‘kecurangan’ Izreen di lokasi.

Walaupun pelakon itu pernah menafikan punca perceraian akibat orang ketiga atau masalah kewangan dialami mereka ketika masih bergelar suami isteri, ia adalah sebaliknya.

Apatah lagi kawan Cik Pang pernah bercerita dan terbaca beberapa status dimuat naik di laman sosial milik Izreen seolah-olah gelisah kerana berdepan masalah rumah tangga, termasuk berkaitan masalah kewangan.

Cuma pada waktu itu, tak ramai dapat hidu sebab Izreen pandai ‘cover-line’ susun ayat baik punya! Hinggalah apabila isu ini dibawa ke peringkat perceraian, baru satu demi satu isu mula timbul. Segala macam ‘mak nenek’ dan aib masing-masing mula terbongkar.

Cik Pang hanya mampu beristighfar bila dengar cerita disampaikan kawan Cik Pang ini. Kalau ada masalah rumah tangga sekalipun, pasti ada jalan terbaik untuk diselesaikan, bukan dengan membebankan pasa­ngan masing-masing.

Tapi nak buat macam mana, nasi sudah menjadi bubur. Cik Pang cuma berdoa semoga mereka selesaikan isu ini dengan cara elok dan berhemah sebab masing-masing tahu kekurangan dan kelebihan sendiri.

Apa sekalipun, kita tunggu saja apa komen mereka mengenai pendedahan panas Cik Pang ini. Betul tak?

amar baharin

Amar Baharin yang telah membaca dakwaan Cik Pang telah tampil meluahkan dan menafikan dakwaan tidak masuk akal ini menerusi akaun Instagramnya. Tulis Amar:-

susah2 je Cik Pong ni nak promote drama dengan cara mcm tu… Tak perlu la Cik Pung, kau tak keluar statement mcm tu pon, ramai dah peminat drama ni. Diorang lebih bijak menilai kualiti “story” drama ni dari membaca “story” kau yang kau sendiri tak pasti kesahihannya. Ramadhan setahun sekali Cik Peng, aku maafkan dosa kau

amar baharin

Mungkin kerana populariti drama Kerana Terpaksa Aku Relakan dan juga kemesraan yang nampak ‘real’ antara Izreen dan Amar menyebabkan dakwaan tidak masuk akal sebegini terkeluar. Abang Nara percaya Amar dan Izreen bukanlah orang yang macam itu. Kedua-duanya profesional dan hanya menjalankan tuntutan watak. Tak adalah nak bercinta betul-betul di luar lokasi. Tak gitu?

bbw

P.S: Hujung minggu tak perlu nak bersesak-sesak di Kuala Lumpur untuk membeli-belah. Hanya perlu ke BestBuyWorld Malaysia dan dapatkan banyak produk yang terbaik untuk Hari Raya nanti dengan harga promosi yang sangat awesome. Pastikan anda tidak terlepas kerana promosi ini hanya untuk 2 hari sahaja. Layari my.bestbuy-world.com dan juga Facebook BestBuyWorld Malaysia.

Page 1 of 3212345...102030...Last »