Written by AbangNara | May 24th, 2014

Sebentar lagi, tepat jam 9 malam, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) 2013 akan ditayangkan menerusi TV3. Pastinya jutaan rakyat Malaysia sedang menanti di hadapan kaca televisyen untuk menyaksikan majlis anugerah penuh berprestij ini. Abang Nara yakin para selebriti yang tercalon untuk Top 5 sedang berdebar-debar menunggu pengumuman keputusan malam ini.

keputusan terkini abpbh2013

Sama-samalah kita nantikan malam ini untuk melihat siapakah yang bakal bergelar Bintang Paling Popular Berita Harian 2013. Abang Nara akan kongsikan keputusan terkini di sini untuk tatapan anda. Untuk komentar lebih lanjut, boleh LIKE Facebook BeautifulNara dan juga follow twitter @beautifulnara.

Keputusan Terkini ABPBH2013:-

1. Artis Baru Lelaki Popular - Achey
2. Artis Duo/Berkumpulan Popular – Stacy & Akim
3. Artis Komedi Wanita Popular – Jihan
4. Chef Selebriti Paling Popular – Chef Wan
5. Gandingan Serasi Di Layar – Zara Zya & Azlee Khairi
6. Pelakon TV Lelaki Popular – Shah Iskandar
7. Penyampai Radio Wanita Popular – Fara Fauzana
8. Artis Berpengaruh di Laman Sosial – Datuk Siti Nurhaliza
9. Penyampai Radio Lelaki Popular – Johan
10. Pengacara TV Wanita Popular – Neelofa.
11. Watak Jahat Dalam Drama/Filem Popular – Sofi Jikan
12. Artis Komedi Lelaki Popular – Jepp
13. Pelakon TV Wanita Popular – Siti Saleha
14. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat – Dato’ Rahim Razali
15. Pelakon Filem Wanita Popular – Siti Saleha
16. Penyanyi Lelaki Popular – Hafiz
17. Pelakon Filem Lelaki Popular – Aaron Aziz
18. Penyanyi Wanita Popular - Stacy
19. Artis Lelaki Stailo – Awal Ashaari
20. Aksi YouTube Paling Popular – Mat Luthfi
21. Anugerah Bintang Paling Popular – Aaron Aziz

Written by AbangNara | May 23rd, 2014

Adakah anda menonton program realiti terbaru Astro yang diberi nama The Band? Secara jujur, Abang Nara tak pernah tengok walau sekali pun. Kilauan Emas ada jugaklah Abang Nara tertengok sekali dua. Namun daripada apa yang baca di laman sosial, program The Band memang kurang menjadi dan tidak berjaya menarik perhatian para penonton.
the bandMenariknya semalam, pelakon Sharnaaz Ahmad telah memberi teguran dan kritikan yang amat bernas kepada para peserta The Band. Memang pedas sangat-sangat kata-kata yang diluahkan oleh Sharnaaz. Namun berdasarkan reaksi dan komen yang diberikan oleh pengikut Sharnaaz di Instagram, teguran dan kritikan Sharnaaz amat tepat sekali. Tulis Sharnaaz:-

Buat *THE BAND*. Sila majukan diri anda dgn menerima pendapat org lain, kalau tak boleh menerima teguran sini (industry) bukan tempat anda.. Saya sokong niat dan usha anda semua, tetapi maaf rancangan awak menghampakan.. Saya tak peduli awak suka atau tak ..

Kalau rasa teguran ini keras, buktikan pada industry bahawa astro tak ambik awak semua untuk membuang masa awak dan jugak AIR TIME astro.. Pak nil, yusri dan juri yg lain saya sangat hormati.. Anda peserta sila pandang kritikan, kutukan, hinaan sebagai satu pembakar semangat..

Kalau nak sentap, sila angkat kaki lambong… Aku pernah di panggil anjing kurap, kurang ajar, bangla, puk*mak…Tapi aku hadap dan hadam.. JUJUR DGN SENI, SENI AKAN TIDAK BERPALING PADA KESETIAAN ANDA.. Kalau masih yg kurang pandai nak komen, aku harap sangat berjumpa berdepan dan menyuarakan ketidak puasan hati..

Tolong tag semua ahli dan semua terlibat dgn the band..

the band

Fuh ~~ Kalau Abang Nara jadi peserta The Band, memang pedih hati membaca teguran Sharnaaz Ahmad. Namun itulah kenyataan yang harus ditelan. Kalau tak tegur, sampai bila-bila pun tak akan maju dan hanyut dalam populariti yang dicipta sendiri. Tahniah buat Sharnaaz kerana berani tampil mengkritik. Semoga teguran ini dijadikan panduan buat peserta-peserta The Band.

Written by AbangNara | May 23rd, 2014

Selepas berkongsi bayangan mengenai keretakan rumah tangganya di laman sosial, ramai yang mahukan Abby Abadi mengesahkan sendiri status perkahwinannya dengan Farhan. Berkata menerusi Harian Metro hari ini, Abby Abadi enggan memberikan sebarang komen dan memaklumkan yang kehidupannya berjalan seperti biasa. Adakah ini satu berita baik atau berita buruk? Hanya Abby sahaja yang tahu.
abby abadiKata Abby Abadi:-

Tak ada apa nak cakap buat masa ini. Minta maaf, buat masa ini, saya tak ada apa-apa nak kongsi dulu. Tunggu nanti apabila saya sedia dan kalau ada apa-apa perkembangan saya sendiri akan beritahu. Tak ada apa nak komen dulu. Cukuplah saya katakan, kehidupan berjalan seperti biasa.

abby abadi

Sama-samalah kita doakan agar perkahwinan Abby Abadi dan Farhan akan pulih seperti biasa. Agak rugi sekiranya perkahwinan kedua ini juga berakhir dengan penceraian. Semoga ada jalan penyelesaian dan persefahaman dapat dicari semula antara pasangan ini. Sama-samalah kita doakan kebahagiaan mereka.

P.S: 8 restoran terbaik dengan makanan aneh

Written by serenity | May 23rd, 2014

Apa yang terbaik untuk diri kita, tidak semestinya terbaik untuk orang lain. Mungkin begitu juga dengan kisah isteri-isteri pelakon Ashraf Muslim iaitu Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi.

Melalui Instagram peribadinya, Noor Dayana telah memuat naik gambarnya dan madunya dengan satu doa. Doa Dayana ialah untuk dia dan madunya menjadi isteri-isteri yang solehah buat Ahraf Muslim, ibu terbaik untuk Sarah Ashraf dan anak terbaik untuk kedua ibu bapa.
 photo LuahansayuDayanaLokmanisudimadukanAshrafMuslim3.jpg

Ya Allah..satukanlah hati kami.. jadikanlah kami isteri solehah yg terbaik buat suami kami..jadikanlah kami ibu yg terbaik buat sarah ashraf..jadikanlah kami anak yg terbaik buat ibu dan ayah kami..berilah kami kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat..aamiin.

Sangat cantik dan manis kedua-dua isteri Ashraf Muslim, dan sesungguhnya wanita setabah Dayana sememangnya satu dalam seribu.

Sekiranya mereka reda dengan pilihan yang telah dibuat, kita doakan saja mereka berdua akan terus berbahagia di dunia dan akhirat, ya tak? Semoga berkekalan dunia dan akhirat, amin.

Page 7 of 27« First...56789...20...Last »