Written by AbangNara | May 26th, 2014

Alhamdulillah. Tahniah diucapkan buat Fasha Sandha atas berita mengenai jantina anak kedua yang sedang dikandungnya sekarang. Berkongsi berita gembira itu di akaun Instagramnya, Fasha memaklumkan yang seorang “baby girl” bakal memeriahkan lagi keluarganya. Untuk makluman, Fasha baru-baru ini telah melakukan pemeriksaan kandungan dan daripada situ, dapat mengetahui jantina bakal anaknya.

fasha sandha baby girl
Nampak gayanya lengkaplah sepasang anak lelaki dan anak perempuan untuk Fasha dan Jejai apabila lahirnya anak kedua ini kelak. Murah rezeki Fasha. Berita gembira ini dikongsi menerusi kata-kata di bawah:-

#kisahsemalam , dah siap for ABP tapi baby girl dalam perut buat perangai pulak. Pedih perut and tak selesa. Congrats to all the winners. Congrats @kakchambh and team #abpbh #abpbh2013. Tak lupa to my fav @aarondwiaziz @diyanahalik . U deserved it. Make up by my Fav @kasihcicie and dress by @ricorinaldi Yang paling penting sekali tq to my @welovefashasandha team. Love you

fasha sandha baby girl

Sama-samalah kita doakan agar bayi dalam kandungan Fasha Sandha membesar dengan sihat dan tanpa sebarang komplikasi. Seronoklah Fasha membeli-belah baju untuk si comelnya kelak. Bolehlah mula menghias bilik dengan warna pink. Pasti comel sangat-sangat. Hehehe. Abang Nara pula yang teruja lebih. Apa pun, tahniah Fasha dan Jejai atas berita gembira ini.

Written by AbangNara | May 26th, 2014

Sebelum kita bercerita mengenai ABPBH2013, Abang Nara ingin mengucapkan tahniah kepada pasukan badminton Malaysia yang telah menunjukkan aksi bersungguh-sungguh walaupun tewas kepada Jepun dalam perlawan akhir Piala Thomas semalam. Memang hampir tercabut jantung dibuatnya. Fuh~~~ Abang Nara yakin masih ramai yang berdebar-debar menyaksikan perlawanan semalam, jadi apa kata anda kurangkan debaran tersebut dengan menatap gambar-gambar sekitar karpet merah ABPBH2013.

gambar red carpet abpbh2013

Kehadiran Zizan Razak dan Emma Maembong secara berdua sudah tentu telah menarik perhatian orang ramai. Nampaknya mereka berdua semakin selesa untuk tampil bersama di khalayak ramai. Tidak lagi bermain sorok-sorok. Namun yang paling mencuri perhatian semalam sudah tentu Felixia Yeap yang tampil bertudung dan sangat sopan berbanding selebriti-selebriti wanita Islam yang lain.

gambar red carpet abpbh2013

Bertemakan Magis Alam, fesyen para selebriti kali ini tampak lebih sopan dengan hanya beberapa selebriti wanita yang terlebih “over”. Yang lain semua okay-okay dan tak adalah seksi melampau. Semoga akan ada perubahan yang lebih bagus di masa hadapan. Lagi beberapa gambar sekitar karpet merah ABPBH2013 dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar laman web ABPBH.

 
Written by AbangNara | May 25th, 2014

Masihkah anda ingat dengan kontroversi yang pernah melanda Aaron Aziz dan Zed Zaidi satu ketika dahulu? Ketika itu Aaron Aziz memenangi Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH2011 dan Zed Zaidi telah meluahkan rasa tidak puas hatinya menerusi laman Twitter. Sebentar tadi, Aaron Aziz sekali lagi merangkul anugerah yang sama dan membuatkan orang ramai ternanti-nanti reaksi Zed Zaidi.

zed zaidi

Nampak gayanya Zed Zaidi tidak menghampakan penantian orang ramai dengan memberikan reaksi yang seolah-olah menggambarkan kekecewaan dirinya atas kemenangan Aaron Aziz. Tulis Zed Zaidi menerusi akaun Twitternya:-

zed zaidi

Walaupun tidak menyebut sebarang nama, rasanya ramai boleh menjangkakan apakah yang dimaksudkan oleh “cerita lama” itu. Secara jujur, Abang Nara tak faham apa yang Zed Zaidi tak puas hati sangat dengan Aaron Aziz. Walaupun berasal dari Singapura, Aaron Aziz berlakon di Malaysia dan mencari rezeki dengan bersungguh-sungguh. Kemenangan Aaron membuktikan rakyat Malaysia juga mengakui bakat, kerajinan dan usaha keras yang ditunjukkan olehnya. Tak gitu? Apa pendapat anda?

Written by AbangNara | May 24th, 2014

Memang penuh dengan kejutan sungguh keputusan Anugerah Bintang Paling Popular 2013 kali ini. Setiap kali nama pemenang diumumkan, Abang Nara terkesima dibuatnya. Bukan apa, hampir kesemua tekaan Abang Nara salah. Secara jujur, kali ini Abang Nara sangkakan Zizan akan membolot beberapa kategori, namun tiada sekali pun namanya disebut sebagai pemenang.

keputusan abpbh2013

Namun kesemua para pemenang sangat-sangat layak membawa trofi untuk kategori masing-masing. Pemenang besar sudah tentu Aaron Aziz yang berjaya merangkul Anugerah Bintang Paling Popular ABPBH2013 dan juga Pelakon Filem Lelaki Popular. Turut membawa pulang 2 trofi ialah Siti Saleha untuk kategori Pelakon Filem Wanita Popular dan Pelakon Drama Wanita Popular.

keputusan abpbh2013

Jepp Sepahtu juga berjaya mengenepikan Zizan Razak untuk kategori Artis Komedi Paling Popular. Sementara kejutan paling besar sudah tentu apabila nama Achey diumumkan sebagai pemenang kategori Artis Baru Lelaki Popular menewaskan Waris, Dazrin, Nomad dan Mikael Andre. Turut membuat kejutan ialah Shah Iskandar yang membawa pulang trofi Pelakon TV Lelaki Popular.
keputusan abpbh2013

Apa pun, tahniah diucapkan kepada semua pemenang atas kejayaan anda. Semoga kemenangan ini akan menjadi pemacu untuk anda meningkatkan prestasi dan mengurangkan kontroversi di masa hadapan. Kepada semua yang terlibat dalam ABPBH2013, tahniah diucapkan atas penganjuran kali ini. Kredit gambar Instagram ABPBH2013.