Written by AbangNara | May 27th, 2014

Pelik tapi benar. Pening juga kepala Abang Nara dibuatnya. Mana tidaknya, kalau dulu Pekin Ibrahim dan Uqasha Senrose mengakui yang hubungan mereka sudah berakhir, tup-tup kali ini buat kenyataan masih dalam ikatan pertunangan. Mana satu yang betul? Memang misteri sungguh. Pasti peminat mereka tertanya-tanya status sebenar pasangan sama cantik sama padan ini.

pekin dan uqasha

Mungkin ini salah satu cara Pekin dan Uqasha mencari publisiti. Jangan sampai peminat muak dan bosan dengan kelakuan mereka sudah la. Kata Pekin menerusi Mstar Online:-

Ikatan pertunangan tidak pernah putus cuma perancangan perkahwinan ditangguhkan seketika bagi memberi ruang kepada kami untuk berfikir semasak-masaknya tentang keputusan untuk melangkah ke fasa seterusnya dan mencari keserasian.

Keluarga kedua-dua belah pihak mengetahui perkara ini dan mereka juga turut menasihatkan agar kami tidak terburu-buru dan bertenang buat masa ini. Tipu kalau saya kata saya tidak sayangkan dia tetapi buat masa ini saya malas hendak fikir tentang perkara itu kerana kalau ada jodoh adalah nanti

pekin

Untuk makluman, mengikut perancangan asal, Pekin dan Uqasha sepatutnya akan bernikah pada 25 Oktober ini. Nampak gayanya mungkin perancangan tersebut terpaksa ditangguhkan sehingga kembali wujud persefahaman di antara mereka. Sama-samalah kita doakan yang terbaik. Kalau betul-betul sayang, duduklah berbincang dan selesaikan masalah secepat mungkin. Jangan duduk berharap semuanya baik tanpa melakukan sebarang tindakan.

Written by AbangNara | May 26th, 2014

Supermodel Malaysia dan juga salah seorang pelakon filem Bunohan, Tengku Azura, 39 telah pun selamat bergelar isteri kepada Ramelle Ashram, 35. Untuk makluman, Ramelle adalah adik kepada Jejai, suami Fasha Sandha. Mereka berdua telah berkenalan selama 2 tahun setengah sebelum mengambil keputusan untuk bersatu sebagai suami isteri.
tengku azura kahwinPasangan sama cantik sama padan ini akan berbulan di Maldives selama seminggu. Majlis pernikahan telah diadakan secara ringkas dengan para tetamu yang hadir terdiri daripada ahli keluarga dan sahabat rapat. Tengku Azura sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dan ini merupakan perkahwinan keduanya.

tengku azura kahwin

Semoga masjid yang dibina kali ini berkekalan sehingga ke akhir hayat dengan dikurniakan ramai cahaya mata untuk menyerikan lagi kehidupan Tengku Azura dan Ramelle Ashram. Lagi beberapa gambar sekitar majlis pernikahan pasangan pengantin baru ini dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Tengku Azura.

P.S: Honda Jazz 2014 dilancarkan di Thailand

 
Written by AbangNara | May 26th, 2014

Terkejut beruk juga apabila Abang Nara membaca desas-desus hubungan antara Shahir AF dan Erra Fazira yang dikeluarkan di BiPop semalam. Kalau tak silap Abang Nara, dulu Shahir pernah dikatakan mempunyai hubungan dengan Rozita Che Wan. Mungkin “taste” Shahir lebih kepada wanita berumur. Tak salah kerana setiap orang mempunyai citarasa mereka yang tersendiri. Yang penting keserasian. Tak gitu?

shahir erra

Khabar angin yang bertiup kencang menyatakan Shahir dan Erra Fazira kerap berhubung melalui telefon selain ada peminat pernah terserempak pasangan ini diluar bersama sama. Ditemui oleh portal Murai, Shahir mengakui sedang mengenali Erra Fazira. Kata Shahir:-

Antara saya dan Erra kami masih dalam proses mengenali diri masing-masing. Apa pun saya tidak dapat untuk komen dengan lebih lanjut. Antara saya dan Erra kami masih dalam proses mengenali diri masing-masing. Apa pun saya tidak dapat untuk komen dengan lebih lanjut

shahir erra

Sementara itu Erra Fazira pula enggan memberi sebarang komen mengenai desas-desus ini dan mengambil langkah berdiam diri. Sama-samalah kita nantikan perkembangan selanjutnya. Kadangkala bukan betul pun khabar angin sebegini. Cuma mungkin ada pihak yang mahu meng”kenen”kan Shahir dan Erra. Siapa tahu menjadi pulak. Apa pendapat anda? Sesuai ke Erra dan Shahir?

P.S: Luahan hati seorang peminat coklat Cadbury kacang hazel

Written by AbangNara | May 26th, 2014

Kemenangan Aaron Aziz di ABPBH2013 yang berlangsung Sabtu lalu sememangnya di luar jangkaan. Kalau tak silap Abang Nara, tiada produk drama atau filem Aaron yang benar-benar meletup. Namun kalau sudah tertulis rezeki buat Aaron Aziz, tiada hak untuk kita mempertikaikan kemenangan tersebut. Kemenangannya pada tahun 2011 pernah menjadi kontroversi hangat, namun kali ini Aaron Aziz berharap agar kejayaannya tidak dipertikaikan.
aaron aziz abpbh2013Kata Aaron Aziz menerusi Mstar Online:-

Harap-harap tiada pihak yang mempertikaikan kemenangan ini kerana ia adalah suara para peminat saya yang bertungkus lumus mengundi dalam memberi sokongan kepada kerjaya seni saya. Bagaimanapun sekiranya perkara itu berlaku saya tidak akan berdiam diri dan akan bersemuka dengan pihak berkenaan.

Saya benar-benar terkejut dan hilang kata-kata ketika diumumkan sebagai pemenang kerana saya merasakan populariti saya semakin pudar tambahan pula semakin ramai pelakon lelaki baharu muncul dalam industri membuatkan saya tidak mengharapkan sebarang kemenangan. Namun kemenangan ini adalah bukti peminat saya sentiasa memberikan sokongan pada mereka terhadap kerjaya saya di negara ini

aaron aziz abpbh2013

Daripada pihak-pihak tertentu sibuk mempertikaikan kemenangan Aaron Aziz, lebih baiklah ambil peluang untuk muhasabah diri dan meningkatkan lagi prestasi agar dikenali, disayangi dan diundi oleh para peminat. Ingat senang-senang ke Aaron Aziz nak sampai ke tahap ini? Banyak pengorbanan yang telah dilakukan olehnya. Semoga kemenangan kali kedua ini akan menjadi pemangkin dan memberi semangat baru buat Aaron Aziz untuk terus memberikan yang terbaik buat industri hiburan Malaysia. Tahniah Aaron Aziz.

Page 5 of 27« First...34567...1020...Last »