Written by AbangNara | May 12th, 2014

Terkejut juga Abang Nara membaca kisah Jue Aziz dan Bayu Daniels yang dikatakan sudah pun bergelar suami isteri di Metro Ahad semalam. Iyerlah, tak ada majlis, tak ada hebahan, tup-tup khabarnya mereka sudah bernikah. Maka Abang Nara pun membuat penyiasatan sedikit untuk mengesahkan berita ini. Menerusi akaun Instagram Bayu Daniels yang merupakan seorang gitaris kumpulan DV8 dari Indonesia, dilihat banyak gambar-gambar mereka berdua dikongsi untuk tatapan para peminat.
jue aziz dan bayu danielsMenariknya bersempena Hari Ibu semalam, Bayu Daniels telah berkongsi gambar di atas dengan caption “Happy mothers day cinta @jueaziz_22 ..wish u always be a good mother for our kids :* God bless u always…Amin“. Malah menerusi Metro Ahad semalam, Jue dikatakan kadangkala membawa Bayu ke lokasi penggambaran dan memperkenalkan jejaka tersebut sebagai suaminya kepada para krew.
jue aziz dan bayu danielsMungkin sudah tiba masanya untuk Jue Aziz tampil dan mengesahkan berita gembira ini. Pasti ramai peminat Jue yang teruja untuk mengetahui kebenaran berita perkahwinannya. Apa pun, kalau benar-benar sudah mendirikan rumahtangga dengan Bayu Daniels, jutaan tahniah Abang Nara ucapkan. Semoga berbahagia ke akhir hayat. Lagi beberapa gambar pasangan ini dengan membaca artikel sepenuhnya.

P.S: Kasut dengan tema aiskrim yang sangat cool

 
Written by AbangNara | May 9th, 2014

Baru-baru ini, Abang Nara ada menerima mesej Whatsapp yang mengandungi nama 10 orang selebriti yang berstatus janda/ibu tunggal beserta dengan nombor telefon. Abang Nara hanya gelak sahaja kerana tahu ia adalah gurauan dan nombor telefon itu sudah tentu palsu. Antara nama-nama yang ada di dalam senarai tersebut ialah Rita Rudaini, Erra Fazira, Sarimah Ibrahim, Noniswara, Nabila Huda, Nora Danish dan ramai lagi.

rita rudaini

Walaupun sekadar gurauan, sekiranya diri ini adalah salah seorang selebriti yang disenaraikan, sedikit sebanyak mesti terasa sedih, sakit hati dan marah. Berkata kepada Harian Metro hari ini, Rita Rudaini melahirkan rasa kecewa dan meluahkan isi hatinya mengenai penyebaran mesej Whatsapp tersebut. Kata Rita:-

Sudahlah (segelintir) orang pandang hina pada ibu tunggal dan janda seperti saya. Bila mereka buat begini, lagilah orang anggap janda ini murahan, jijik dan low class. Tak tahu kenapa mentaliti orang kita masih tak berubah terhadap golongan janda dan ibu tunggal. Bila ditambah begini, lagilah buruk kesannya.

Marah memang marah sebab sedikit sebanyak jatuhkan maruah kita walaupun benda itu tak betul. Benda macam ini hanya orang psiko saja buat. Orang normal takkan terfikir buat benda yang mengarut dan tak ada masa buat macam ini. Tapi bila orang psiko macam ini, mungkin dia puas bila tengok orang ketawa dengan mesej macam itu.

Kalau orang yang berfikiran jauh tahu ini tipu, tapi tak semua orang berfikiran panjang. Kalau yang berfikiran tentu akan percaya dengan gurauan sebegini sebab sesetengah orang memang mudah percaya. Contohnya gosip walaupun benda belum tentu betul.

erra

Sementara itu Erra Fazira yang namanya turut tersenarai mendoakan agar individu yang bertanggungjawab mereka mesej itu dibersihkan jiwa dan raganya. Kata Erra:-

Semoga Allah SWT membersihkan jiwa indiviti itu yang punya kelapangan ini. Jika dia seorang lelaki dan jahil mengenai perasaan seorang wanita, dia harus ingat dia mungkin ada kakak, adik atau anak perempuan. Jadi berfikir panjanglah sebelum mengaibkan orang lain. Takut Allah buka aib kita pula nanti. Wallahualam.

Semoga selepas ini tak akan ada lagi penyebaran sebegini yang akan berlaku. Tiada wanita yang mahu bergelar janda atau ibu tunggal. Semuanya mahukan kehidupan yang bahagia di samping suami tercinta. Apa yang terjadi adalah suratan takdir. Janganlah kita memperlekehkan mereka. Semoga selebriti-selebriti janda/ibu tunggal tabah menghadapi dugaaan sebegini.

Written by AbangNara | May 9th, 2014

Ya kalau anda berusia lebih kurang Abang Nara, pastinya anda sering mendengar lagu Vertical Horizon ketika zaman muda-muda dulu. Antara lagu kumpulan ini yang popular ialah “Everything You Want”, “Best I’ve Ever Had” dan “You’re God”. Teringat kenangan belajar main gitar lagu “Best I’ve Ever Had” sebab minat sangat-sangat dengan lagu itu. Sayangnya diri ini memang tidak berbakat dalam seni jadi sampai ke sudah tak habis belajar. Hehehe.

vertical horizon in kl
Dan ada berita baik untuk peminat-peminat kumpulan Vertical Horizon di Kuala Lumpur. Dibawakan oleh Te’Ark Records, Vertical Horizon akan menggegarkan KL KL Live, Jalan Sultan Ismail pada 3 Jun ini bermula pada jam 8 malam. Inilah masanya untuk mengimbau kenangan dan menyanyi lagu-lagu Vertical Horizon secara “live” dengan ribuan penonton yang dijangka bakal memenuhkan KL Live.
vertical horizon in kl

Tiket-tiket berharga RM128, RM178, RM238 boleh dibeli menerusi laman web www.ticketpro.com.my atau di kedai muzik Rock Corner. Diskaun sebanyak 20% akan diberikan kepada mereka yang membeli tiket “early bird” sehingga 19 Mei ini. Persembahan pembukaan Vertical Horizon In KL akan dilakukan oleh kumpulan OAG.
vertical horizon in kl

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.vhliveinkl.com. Jangan lepaskan peluang keemasa ini untuk menyaksikan Vertical Horizon secara “live”.

Written by AbangNara | May 9th, 2014

Kalau Abang Nara ialah insan yang bernama Hafiz Hamidun, dah lama lari menyorokkan diri dalam gua selepas membaca kenyataan Heliza Helmi ini. Kalau Hafiz Hamidun dalam diam ada menyimpan perasaan dan berharap memperisterikan Heliza, nampaknya harapan tersebut sudah hancur berkecai. Lelaki idaman Heliza bukanlah Hafiz Hamidun. Perit tetapi itulah kenyataannya.

heliza hafiz hamidun

Bagi Heliza, Hafiz Hamidun lebih kepada seorang abang dan tiada ciri-ciri seorang suami seperti yang diidamkannya. Jadi ciri-ciri lelaki yang bagaimanakah dicari oleh Heliza? Tiada jawapan yang diberikan oleh penyanyi comel ini. Biarlah ia rahsia. Kata Heliza menerusi Mstar Online:-

Saya tidak faham mengapa orang suka mengaitkan saya dengan Hafiz sedangkan tiada apa yang berlaku pun di antara kami. Dia bukanlah ciri-ciri lelaki yang saya mahukan sebaliknya saya anggap dia sebagai abang dan rakan kerja dalam industri seni muzik.

Saya tak mahu cakaplah apa ciri-cirinya. Sebelum ini saya pernah menyatakan lelaki yang macam mana saya suka dan ada individu ini tampil dan berkata dia adalah lelaki yang saya cari. Takutlah.

hafiz

Kepada Hafiz Hamidun, bersabarlah kerana di”reject” secara terang-terangan oleh Heliza. Itu perkara biasa. Mana tahu memang sudah tertulis jodoh anda dengan Heliza, pasti suatu hari nanti Heliza akan terbuka hati untuk menerima anda. Buat Heliza, semoga cepat bertemu jodoh. Umur anda pun sudah masuk 28 tahun. Sesuai sangat untuk mendirikan rumah tangga. Abang Nara yakin ramai yang tak sabar untuk melihat anda berkahwin.
ryaniez momentsP.S: Dengan harga SERENDAH RM1400, anda boleh mendapatkan khidmat jurugambar terkenal,Ryaniez Moments Photography untuk memastikan hari perkahwinan anda diabadikan dengan begitu indah sekali. Jangan lepaskan peluang promosi hebat ini. Abang Nara pernah dapatkan khidmat mereka. Memang orangnya baik, menepati janji dan gambar yang dibidik sangat berkualiti. Untuk melihat hasil kerja mereka, layari Facebook Ryaniez Moments Photography.

Page 20 of 27« First...10...1819202122...Last »