Written by AbangNara | May 31st, 2014

Agak terkejut Abang Nara membaca dengan berita yang dikeluarkan di Utusan Malaysia ini. Mana tidaknya, pengarah filem terkenal Badaruddin Azmi (Bade) yang merupakan suami kepada Erma Fatima dimaklumkan telah berkahwin buat kali kedua dengan seorang wanita bernama Aida Abdul yang dikatakan berusia sekitar 30-an.

bade kahwin kali kedua
Majlis meraikan pernikahan baharu suami kepada Erma Fatima itu berlangsung di sebuah hotel di Cherating , Pahang pada 27 Mei lalu. Majlis yang berlangsung secara tertutup itu turut dihadiri beberapa artis terkenal termasuk Datuk Rosyam Nor dan isteri. Menurut sumber, Bade dan Aida telah bernikah di negara jiran 2 bulan yang lalu. Isteri baru Bade dikatakan orang yang terlibat dalam produksi penggambaran drama/filem.

bade kahwin kali kedua

Sehingga artikel ini ditulis, tiada respons yang diterima sama ada daripada Bade atau Erma Fatima sendiri mengenai perkahwinan ini. Sekiranya benar, tahniah diucapkan buat Bade. Selamat pengantin baru.

P.S: Citroen Malaysia bekerjasama dengan Jovian Mandagie

Written by AbangNara | May 30th, 2014

Susulan kontroversi baju ketat yang dipakainya sehingga menampakkan pusatnya, Yuna telah tampil di Kosmo untuk memberikan penjelasan. Untuk makluman anda, gambar tersebut telah dikongsikan oleh Yuna di laman Facebooknya dan menimbulkan perbalahan di kalangan para peminat Malaysia terutamanya. Susulan itu, Yuna telah membuang gambar tersebut sebagai langkah keselamatan.

yuna gambar ketat

Menerusi penerangan Yuna, gambar yang tersebar di beberapa laman blog itu telah pun di”edit” dan bukannya gambar asli seperti yang dikongsikan di Facebook. Kata Yuna:-

Secara peribadi, saya menarik semula gambar tersebut bukan kerana tersinggung dengan banyak tohmahan tetapi saya tidak mahu dua pihak terus bertelagah mengenai isu gaun tersebut.

Malah saya juga tidak mahu orang luar melihat orang Malaysia bergaduh dan bertahan dengan pendapat masing-masing hanya kerana isu sebegini. Jadi, saya fikir lebih mudah sekiranya gambar itu dibuang dan perbalahan tidak berlanjutan.

Gambar tersebut diambil untuk satu sesi fotografi di sana. Apa yang saya kesalkan, gambar yang tersebar di beberapa blog telah melalui proses editing sehingga menampakkan pusat saya apabila baju pada bahagian dalam dinipiskan.

Saya anggap semua perkara seperti ini (dinilai orang) sebagai lumrah kehidupan. Saya sudah belajar menelannya sejak dulu lagi.

Sebagai seorang manusia yang tidak sempurna, saya menerima dengan hati yang terbuka tentang teguran sekiranya saya melakukan kesalahan. secara jujurnya, buat masa ini, saya selesa dengan diri saya

yuna

Semoga kontroversi ini menjadi pengajaran bukan sahaja untuk Yuna tetapi juga untuk para selebriti lain. Kadangkala kita anggap sesuatu gambar itu selamat untuk dikongsi, namun tiba-tiba ada je tangan gatal yang membuat sesuatu sehingga tercetus kontroversi. Harap Yuna bersabar. Semoga kerjaya Yuna akan terus berkembang. Good luck Yuna.

Written by AbangNara | May 30th, 2014

Hmmmm. Bila dah bercerai, macam-macam pula yang keluar daripada mulut Abby Abadi. Rasanya masa kahwin dulu bukan main seronok dapat bersuamikan lelaki muda. Bukan nak mengutuk Abby, tetapi apabila membuat pilihan sebegini, haruslah bersiap sedia dengan sebarang kemungkinan. Sememangnya lelaki muda ini cepat sikit marahnya. Tapi tak apalah, dah tak ada jodoh. Itulah suratan takdir buat Abby dan Farhan.

abby dan farhan

Kata Abby Abadi menerusi Mstar Online:-

Saya akui masih sayangkan dia dan langsung tidak pernah membayangkan perceraian akan berlaku kerana salah faham yang timbul tidak sepatutnya berakhir dengan perceraian.

Bagaimanapun buat masa ini saya tidak nampak jalan untuk kami berbaik semula kerana saya sudah berusaha sehabis baik untuk memperbetulkan keadaan tetapi apalah daya saya kalau itu ketentuan dan takdir saya.

Bukan kerana orang ketiga dan jika komen orang mengenai saya di laman sosial juga tidak pernah menjadi penyebab kepada kejadian ini dan saya tidak salahkan sesiapa kerana kami berdua ada melakukan kesilapan.

Pada saya dia terlalu muda untuk meletakkan dirinya sebagai suami dan kami juga baru kenal mengenali selepas berkahwin. Mungkin ada beberapa perkara yang dia tidak dapat faham.

Saya tidak salahkan dia kerana ketika saya berusia seperti dia pun banyak perkara yang saya tidak faham dan masih belajar mengenai kehidupan.

Apa-apa pun saya tidak pernah menyesal berkahwin dengannya malah bersyukur dia dipinjamkan kepada saya biarpun singkat.

abby abadiSemoga Abby Abadi dan Farhan tabah menghadapi dugaan ini. Semoga kes penceraian mereka akan berjalan lancar dan tidak tertangguh. Sama-samalah kita doakan.

Written by AbangNara | May 29th, 2014

Farhan, suami kepada Abby Abadi dilaporkan telah melafazkan cerai sebanyak 2 kali kepada Abby Abadi. Salah satunya tidak dilaporkan kepada mahkamah iaitu apabila Farhan memberitahu rakannya yang dia sudah menceraikan Abby Abadi. Lafaz tersebut adalah sah dan Abby serta Farhan telah rujuk secara perbuatan tanpa memberitahu mahkamah terlebih dahulu.

abby abadi cerai

Kata Abby Abadi:-

Lafaz kali pertama itu tidak dibuat kepada saya tetapi dia memberitahu kepada seorang kenalan bahawa kami sudah bercerai dan apabila saya dimaklumkan mengenai perkara itu saya merujuk perkara berkenaan kepada bapa saudara suami di Kelantan untuk mengetahui sama ada ia sah atau pun tidak. Apabila diberitahu lafaz dibuat itu sah kami rujuk secara perbuatan tanpa melaporkannya kepada mahkamah

abby

Kemudiannya Abby memaklumkan kepada mahkamah yang dia telah menerima SMS berbunyi “Aku ceraikan kau” dan diikuti “Mulai hari ini kau dah tiada apa-apa hubungan dengan aku” pada 9 Mei lalu. SMS tersebut dihantar pada jam 10.25 pagi apabila suaminya tidak pulang ke rumah malam sebelumnya. Kata Abby lagi:-

Semasa saya terima SMS berkenaan saya berada di dalam kereta namun saya tidak ingat ada atau tidak membalas mesej itu untuk mendapatkan kepastian daripadanya. Kejadian berpunca selepas terdapat perselisihan faham yang berlarutan sehingga dia tidak balik rumah pada malam sebelum dia melafazkan cerai menerusi mesej.

abby

Bagaimanapun kes ini terpaksa ditangguhkan hingga 11 Jun untuk membolehkan lafaz cerai kali pertama difailkan. Apa pun, takziah kepada Abby Abadi dan Farhan atas kemelut rumah tangga mereka. Semoga ada hikmah di sebalik semua ini. Info asal Mstar Online.

Page 1 of 2712345...1020...Last »