Written by AbangNara | April 25th, 2014

Kesian juga Abang Nara membaca luahan hati Fiza Elite menerusi akaun Instagramnya. Selepas desas-desus penceraiannya dengan Adam mula bertebaran, ada pihak yang menyalahkan Fiza dalam hal ini. Pelik juga kerana rasanya tak ada pula Fiza atau Adam bercerita mengenai punca keretakan rumah tangga mereka. Kesian juga Fiza dipersalahkan. Mentang-mentanglah rumah tangga Fiza sebelum ini turut berakhir dengan penceraian.

fiza dan adam

Menerusi laman Instagramnya, Fiza telah memohon para peminatnya untuk tidak menghukum dirinya dengan cacian dan tohmahan. Sebagai seorang isteri, Abang Nara pasti Fiza adalah orang yang paling bersedih dengan apa yang sedang terjadi terhadap perkahwinannya. Tulis Fiza:-

Saya manusia biasa yang tidak lepas daripada kesilapan. Cuma apa yang kami buat ada yang tidak puas hati dan menghentam, saya tidak salahkan mana-mana pihak kerana nama pun public figure. Tetapi saya agak sedih dan terkilan bila baca blog tentang saya, ada yang cakap semua ini salah saya, saya ‘masuk air’, saya itu dan saya ini, bukan saya minta untuk jadi begini.

Tolonglah jangan hukum saya dengan pelbagai cacian dan tohmahan, perkara dahulu jangan diungkit lagi. Saya ada anak-anak, apa akan jadi bila anak saya besar nanti dan tahu hal ini? Berilah sedikit rasa simpati terhadap saya, anak-anak dan keluarga saya.

fiza dan adamSemalam, Fiza telah berkongsi sekeping gambar suaminya, Adam dengan caption yang agak romantis dan penuh kasih sayang. Perkongsian gambar tersebut membuatkan orang ramai berharap yang perkahwinan mereka telah pulih seperti sediakala. Sayangnya, hari ini, gambar tersebut telah pun dibuang oleh Fiza. Sama-samalah kita nantikan perbicaraan kes mereka Isnin ini.

Written by AbangNara | April 24th, 2014

Pejam celik pejam celik, anak sulung Fasha Sandha dan Jejai iaitu Putra Rayfal telah pun berusia setahun. Cepat sungguh masa berlalu. Majlis sambutan hari jadi cahaya mata suami isteri ini telah pun diadakan baru-baru ini. Terserlah kemeriahannya. Antara tetamu yang hadir ialah Datuk Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk K.

hari jadi putra rayfalTidak lama lagi, Putra Rayfal bakal bergelar seorang abang. Seperti yang kita tahu, Fasha Sandha kini sedang hamil anak kedua. Kehamilannya baru sahaja mencecah 3 bulan. Menerusi akaun Instagramnya, Fasha telah berkongsi gambar “scan” anak keduanya. Semoga membesar dengan sihat sehingga hari kelahiran kelak.
hari jadi putra rayfal

Selamat hari jadi diucapkan kepada Putra Rayfal. Semoga membesar menjadi anak yang soleh dan berjaya. Beberapa lagi gambar sekitar sambutan hari jadi Rayfal dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Instagram Fasha Sandha.

 
Written by AbangNara | April 24th, 2014

Akibat berkongsi sekeping gambar dirinya didukung oleh seorang lelaki, Yana Samsudin menerima kecaman yang amat hebat daripada para pengikutnya di Instagram. Ramai yang melahirkan rasa kecewa dan membidas Yana kerana perbuatan tersebut adalah berdosa akibat membenarkan lelaki bukan muhrim mendukung dirinya. Yana Samsudin ternyata kecewa membaca reaksi para pengikutnya.

yana samsudin dukung

Namun pelakon jelita ini mempunyai penjelasannya yang tersendiri. Kata Yana menerusi Harian Metro hari ini:-

Mungkin mereka yang tentukan dosa saya. Gambar itu diambil ketika saya dalam keadaan darurat sebab kaki terseliuh dan tak boleh berjalan langsung. Nak tak nak kenalah (lelaki) yang kuat tolong saya.

Kalau nak harapkan saya berjalan lambatlah jadinya. Kami pula kejar masa untuk lengkapkan jadual penggambaran. Saya tahu apa yang saya buat. Terima kasih kepada yang terlebih prihatin. Sedih pula bila jadi begini.

yana samsudin dukung

Biasalah kadang-kadang para peminat ini lebih prihatin. Itu tandanya mereka sayang kepada selebriti kesayangan mereka. Kadang-kadang penjelasan yang tidak lengkap untuk sekeping gambar boleh menyebabkan timbul salah faham. Itu adalah lumrah. Kalau dah darurat nak buat macam mana kan? Takkanlah Yana nak merangkak pula ke set penggambaran. Tak apalah Yana. Yang penting anda tahu apa yang anda lakukan. Tak gitu?

P.S: John Cena berbakti kepada kanak-kanak sakit

Written by AbangNara | April 24th, 2014

Comelnya patung-patung Kax ini. Geram sangat-sangat Abang Nara melihatnya. Memang terasa nak ada satu. Jeles pula apabila melihat selebriti-selebriti tempatan bergambar bersama patung Kax. Pergi mana-mana pun patung Kax sentiasa di sisi menemani. Masa makan, masa bawa kereta, masa minum kopi dan masa bersenam, semuanya ditemani dengan si comel patung Kax.

patung kax

Tengok tue Najwa Latif dengan si patung Kax yang bernama Peachy. Kedua-duanya memang comel kan? Rupa-rupanya patung Kax ini ada 8 jenis kesemuanya. Semuanya pun comel-comel dan ada personaliti yang berbeza. Ada Peachy, Joey, Harley, Mia, Romeo, Foxy, Dolly dan Jasper. Kalau ikutkan rasa hati, kesemua lapan-lapan Abang Nara nak simpan buat koleksi. Hehehe.

kax

Abang Nara rasa patung Kax yang paling sesuai dengan Abang Nara tak lain tak bukan ialah Romeo. Hehehe. Masa zaman bujang dulu, Abang Nara memang dikenali sebagai seorang yang ayat “power”. Awek-awek semua memang mudah jatuh cinta dengan Abang Nara. Sekali petik, 10 yang datang. Awek silih berganti. Clash hari ini, esok dah ada awek baru. Memang sesuai sangat dengan patung Kax Romeo nie.

kax

Kalau dah ada patung comel menemani diri sebagai Best Friend Forever(BFF), pastinya hidup kita akan lebih sempurna, tidak terasa sunyi dan sentiasa tersenyum. Patutlah Abang Nara tengok Fizo Omar, Yana Samsudin, Iqram Dinzly dan ramai lagi selebriti-selebriti tempatan semakin berseri-seri wajah mereka sejak kebelakangan ini. Semuanya gembira ditemani BFF patung Kax masing-masing.

patung kax

Ok Abang Nara tahu korang dah geram dengan patung Kax nie kan? Mesti korang dah tak sabar nak dapatkan satu patung Kax untuk dijadikan BFF korang kan? Abang Nara dah buat sedikit kajian. Buat masa ini informasi lanjut mengenai patung-patung Kax yang comel ini boleh didapati di www.kax.com.my. Namun begitu tiada pula informasi mengenai penjualan patung Kax ini. Nampak gayanya kena bersabar sedikit sebelum informasi lanjut dimaklumkan di www.kax.com.my.

Gadis-gadis di luar sana pasti teruja melihat aksi comel dan menggoda Foxy Kax ini kan? Diharap korang bersabar dan sentiasalah melawat www.kax.com.my untuk tahu bila korang boleh dapatkan patung Kax ini untuk dijadikan teman di sisi. Pastikan korang pilih patung Kax yang sesuai dengan personaliti korang. Barulah matching gitu.