Written by AbangNara | April 28th, 2014

Bukan senang untuk seorang selebriti meninggalkan dunia lakonan untuk menyambung pelajaran dan mengejar segulung ijazah lebih-lebih lagi di kala populariti sedang meningkat naik. Namun itulah yang telah diharungi oleh Juliana Evans yang mengambil keputusan untuk sambung belajar di Western Michigan University 2 tahun yang lalu. Kini segala penat lelah itu terasa berbaloi apabila segulung ijazah berada di tangan pelakon cantik ini.

juliana evans tamat belajar

Kini berusia 24 tahun, Juliana Evans telah menamatkan pengajiannya dalam bidang Sarjana Muda Komunikasi di Amerika Syarikat. Turut hadir di hari bersejarah ini ialah ibunya. Jelas terserlah kegembiraan di wajah Juliana Evans. Lepas ini bolehlah balik Malaysia dan kembali aktif dalam industri hiburan. Abang Nara yakin ramai yang merindui anda.

juliana evans

Sebelum ke Amerika Syarikat, Juliana Evans pernah dikaitkan mempunyai hubungan percintaan dengan Zizan Razak. Namun kini seperti yang kita ketahui, Zizan sudah pun mempunyai kekasihnya sendiri iaitu Emma Maembong. Ini bermakna Juliana Evans masih “single”. Peluang baik untuk jejaka-jejaka di Malaysia mencuba nasib sempena kepulangannya kelak. Hehehe.

juliana evans tamat belajar

Apa pun, tahniah diucapkan buat Juliana Evans atas graduasi anda. Semoga ijazah yang dibawa pulang akan membantu daripada apa jua segi. Diharap Jue tidak bersara dari bidang hiburan dan akan kembali aktif selepas ini. Tahniah Jue!!!

P.S: Baju putih yang dipakai oleh Juliana Evans adalah tajaan PuncaQaseh Wed’s.

Written by AbangNara | April 28th, 2014

Ya Abang Nara tahu ramai yang teruja serta rasa gembira dengan perkahwinan Fizz Fairuz dan Almy Nadia Sabtu lalu. Percintaan selama 8 tahun akhirnya berakhir di jinjang pelamin. Macam dalam filem pulak. Kalau nak buat filem pun memang menarik jalan ceritanya. Yang penting, Fizz dan Almy nampak sama cantik sama padan dan saling melengkapi di hari bahagia mereka.

almy dan fizzSemoga Fizz dan Almy berbahagia ke akhir hayat. Semoga senyuman yang terukir itu berkekalan buat selama-lamanya. Berkahwin ini banyak dugaan dan cabarannya. Banyakkanlah berbincang untuk mencari persefahaman. Suka Abang Nara melihat sinar kebahagiaan di wajah Almy yang akhirnya sah bergelar isteri buat kekasih hatinya setelah menanti sekian lama. Kata Almy menerusi Kosmo:-

Saya berasa lega sebab segala susah payah dan dugaan yang ditempuh selama ini berakhir dengan penyatuan perkahwinan.Syukur Alhamdulillah, sabar adalah paling kuat dalam diri saya sepanjang mengharungi pelbagai kontroversi, naik dan turun, sebelum dan selepas akhirnya kami berdua sampai ke jinjang pelamin.

Sudah lapan tahun kami menjalinkan hubungan percintaan dan tahun ini masuk tahun ke-sembilan. Doa kami ke alam baharu akhirnya membawa kenyataan. Saya juga meminta semua orang terus berdoa agar perhubungan kami berjalan dengan lancar. Selepas ini, saya dan Fizz berada di alam baharu, doa yang terbaik untuk kami.

almy dan fizz

Tahniah sekali lagi buat Fizz dan Almy. Semoga dikurniakan cahaya mata yang ramai untuk memeriahkan lagi perkahwinan anda. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Facebook Takara Sakana.

 
Written by serenity | April 28th, 2014

Sidek Hussain, seorang pelakon veteran telah meninggal dunia pada usia 63 tahun di Hospital Kuala Lumpur pada pukul 11.55 malam tadi kerana kanser tahap empat.


 photo hi_011.jpg

Dia dimasukkan ke hospital itu pada 30 Mac lepas setelah pengsan ketika membeli barang untuk cucunya di Kuala Lumpur. Doktor kemudiannya mengesahkan yang ketumbuhan pada pipi yang dihidapi olehnya sejak tiga dekad lepas ialah sejenis kanser.

Bersama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada beliau yang sempat memohon maaf dari semua kenalan dan peminat sekiranya ada kesalahan yang telah dilakukan.

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang beriman. Laporan asal Harian Metro.

Written by serenity | April 28th, 2014

Setelah lapan tahun menjalinkan hubungan, pasangan pelakon Almy Nadia dan Fizz Fairuz selamat melangsungkan pernikahan di Masjid Daerah Balik Pulau, Pulau Pinang pada Sabtu lepas. Pasangan ini pernah putus hubungan namun percintaan mereka terjalin semula.


 photo 10245903_723571484348487_1584033347_n.jpg
Walaupun terpaksa mengharungi pelbagai cabaran dan rintangan, akhirnya pasangan ini selamat diijabkabulkan dan menjalani hidup sebagai pasangan suami isteri seperti yang diimpikan.

Koleksi gambar ini ialah dari thePermaisuris. Lagi 24 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Page 4 of 30« First...23456...102030...Last »