Written by AbangNara | April 11th, 2014

Agak terkejut juga apabila Abang Nara mendapat informasi ini daripada KakJulaJuli. Dengan segera Abang Nara meng”skodeng” Instagram Bella Dally dan mendapati memang benar apa yang diberitahu, bekas kekasih Nazim Othman telah membuang semua gambarnya yang menampakkan tudung dan kini tampil bertudung. Adakah Bella Dally sudah berhijrah sepenuhnya?
bella dally bertudungJika benar Bella Dally sudah pun berhijrah dan mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya, ini satu berita yang sangat baik. Jutaan tahniah diucapkan. Untuk anda yang tidak tahu, Bella dan Nazim Othman baru-baru ini sudah pun sah putus cinta. Tidak diketahui sama ada perpisahan itu menyumbang kepada penghijrahan ini.
bella dally bertudungSemoga Bella Dally istiqamah dan meneruskan penampilan bertudung ini. Memang cantik dan comel sangat-sangat. Tahniah Bella sekiranya penghijrahan ini benar-benar berlaku. Semoga hidup anda akan lebih dirahmati dan diberkati.

Written by AbangNara | April 10th, 2014

Susah menjadi orang sejelita Rossa ini. Ada saja khabar angin dan gosip yang bertebaran. Tambah pelik apabila penyanyi yang berasal dari Indonesia ini dikatakan mempunyai hubungan cinta dengan kerabat diraja Malaysia. Memang agak tak masuk akal tetapi itulah dakwaan yang bertiup kencang sejak kebelakangan ini.

rossa

Tampil menerusi Harian Metro hari ini, Rossa menafikan dakwaan tersebut dan mengakui kini sedang bercinta dengan seorang ahli perniagaan dari Indonesia yang berstatus duda. Kata Rossa:-

Saya pun terkejut bila dapat tahu diri saya digosipkan “bermadu” dengan kerabat berkenaan. Hakikatnya, hubungan kami sudah lama rapat, sebelum saya berkahwin lagi dan hanya sebagai kenalan baik saja dan tidak lebih daripada itu.

Pada masa sama saya juga sering memenuhi undangan persembahan dari pihak istana terutama persembahan sempena majlis ulang tahun keputeraan sultan pada setiap tahun.

Bukan saja undangan daripada pihak istana, saya juga pernah membuat persembahan undangan daripada isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor sebelum ini.

rossa

Hebat jugak Rossa ini mendapat undangan daripada golongan VVIP di Malaysia. Memang murah rezeki sungguh. Kalau Abang Nara pun teringin juga nak mendengar Rossa menyanyi secara “live”. Lagu-lagunya pun memang menarik dan sedap didengar. Semoga rezeki Rossa di Malaysia semakin murah dan semakin banyak mendapat undangan nyanyian.

Written by AbangNara | April 10th, 2014

Selepas penerangan daripada kekasih hatinya, Dato’ GMix, semalam Eina Azman tampil menerusi Berita Harian untuk menafikan tuduhan bahawa dirinya seorang perampas tunangan orang. Susah juga jadi selebriti kan? Kena tuduh macam-macam. Nak bercinta pun payah. Nasib baiklah Abang Nara ini rakyat marhaen je. Hehehe.

eina azmanKata Eina Azman:-

Setakat ini selepas 6 bulan berkawan, belum ada wanita yang bersemuka dengan Eina mengatakan lelaki itu adalah tunangannya. Lagipun kami diperkenalkan oleh abang Eina sendiri dan mustahil kalau beliau pun tidak tahu kawannya itu masih tunangan orang.

Adalah lebih baik jika anda sendiri menghubungi dan bertanyakan kepadanya (Dato’ GMix) berhubung perkara sebenar. Eina tidak mahu nanti jika tersilap memberi kenyataan, Eina juga yang akan dipersalahkan kemudian hari.

Terus terang sejak kontroversi dengan Afiq dan ibunya tercetus satu ketika dahulu, Eina menjadi trauma untuk memberi kenyataan. Eina kata A, nanti orang akan tulis B. Sudahnya Eina juga nampak buruk. Jadi lebih baik jika tanya sendiri kepada empunya badan.

eina azman

Penjelasan oleh pihak lelaki sudah pun kita baca. Memang jelas bukan tunangan orang, memang jelas Eina bukan perampas. Persoalannya ke manakah Afiq Muiz menghilang dalam hidup Eina Azman? Adakah Afiq sudah ditinggalkan atau Afiq meninggalkan Eina? Apa pun, semoga kebahagiaan yang dicari oleh Eina ditemui dalam diri Dato’ GMix.

P.S: 31 cara penyediaan kopi yang berbeza

Written by AbangNara | April 9th, 2014

Argh~~~ Baru ingat nak tumpang naik BMW X6, tup-tup anak Che Ta, Ammar Effendy menafikan bakal menerima kereta tersebut sebagai hadiah keputusan cemerlang SPMnya. Penafian tersebut telah dilakukan oleh Ammar sendiri menerusi akaun Twitternya apabila ramai rakan mula bertanya mengenai berita gembira itu.

ammar

Kalau Abang Nara jadi kawan-kawan Ammar pun confirm excited. Mana tahu ada rezeki boleh merasa kerusi empuk bahagian penumpang BMW X6. Namun jawapan “nonsense” yang diberikan oleh Ammar terhadap persoalan rakan-rakannya ternyata menghancurkan harapan rakan-rakannya (ayat gurau). Namun kalau sahabat sejati, naik Myvi pun tak ada masalah. Tak ke gitu?

ammar

Tak kisahlah apa jenis kereta yang bakal diberikan oleh Che Ta kepada anaknya. Yang penting ia bakal memudahkan anak sendiri mengharungi kehidupan di universiti. Kenderaan memang penting untuk memudahkan pergerakan. Tak dapat BMW X6, dapat Kelisa special edition pun terbaik dah. Tak gitu?

Page 20 of 30« First...10...1819202122...30...Last »