Written by AbangNara | April 30th, 2014

Rupa-rupanya sudah hampir 2 bulan Fara Fauzana atau lebih popular dengan nama Fafau tampil dengan imej berselendang. Dalam diam, Fafau kini dalam proses secara berperingkat untuk bertudung sepenuhnya. Tidak ramai yang mengetahui mengenai imej baru ini kerana empunya badan mahu merahsiakannya. Mula-mula berselendang dulu, lama kelamaan Insya Allah akan menutup aurat sepenuhnya.

fafau selendang

Bagi Abang Nara, ini satu permulaan yang bagus buat Fafau. Daripada tak ada niat langsung nak berubah, at least berselendang pun dah kira okay dah. Kata Fafau kepada Harian Metro hari ini:-

Sudah hampir 2 bulan saya mengenakan imej sebegini. Saya melihatnya sebagai satu proses secara berperingkat selain langkah permulaan untuk ke arah bertudung sepenuhnya.

Saya sebenarnya kurang selesa apabila perkataan “berhijrah” digunakan kerana saya sendiri tidak pasti apakah perkataan sesuai untuk menggambarkan perubahan kecil ini. Ia belum sempurna lagi sebenarnya.

Justeru saya mohon agar umum tidak salah anggap dengan pendekatan yang saya lakukan ketika ini. Memang ada yang bertanya kenapa tidak pakai terus atau adakah ini sekadar gaya, tetapi memlih untuk membiasakan diri terlebih dan berharap suatu hari nanti saya akan bertudung sepenuhnya sampai bila-bila.

fafau selendang

Fara Fauzana sebenarnya tidak mahu kecoh-kecoh mengenai imej terbarunya ini. Namun biasalah kalau dah namanya selebriti popular, pasti orang akan dapat tahu jugak. Apa pun, tahniah kepada Fafau atas perubahan kecil ini. Semoga jangan ambil masa lama sangat untuk bertudung sepenuhnya. Abang Nara percaya anda akan tampil lebih menawan dengan bertudung. Entah-entah bertemu jodoh apabila berhijrah sepenuhnya kelak. Siapa tahu kan?

Written by AbangNara | April 30th, 2014

Alhamdulillah. Abang Nara dah cakap dah. Kalau Hanez Suraya rileks, diamkan diri dan tak banyak beri kenyataan, pastinya orang ramai akan lupa dan memaafkan dirinya atas kontroversi yang telah berlaku. Nampak gayanya karier lakonan Hanez bolehlah dimulakan kembali seperti biasa selepas ini. Ini kerana sokongan padu telah diterima olehnya ketika menghadiri Pesta Buku Antarabangsa hujung minggu lalu.
hanez baruBerkata kepada Sinar Harian, Hanez Suraya melahirkan rasa terharunya dengan sokongan yang diterima daripada para peminat ketika menghadiri acara tersebut. Kata Hanez:-

Alhamdulillah saya memang tak menyangka orang masih lagi menghargai lakonan saya. Saya ingin berterima kasih kepada orang ramai dan peminat yang masih lagi memberikan sokongan berterusan dan ramai yang datang pada saya minta saya bersabar dalam mengharungi cabaran menjadi anak seni.

Memang ramai yang kata saya dah tak ada job selepas kontroversi tu, tapi saya tak rasa ia memberikan kesan kepada saya kerana saya tolak beberapa job sebelum ini pun kerana saya terlalu tertekan. Jadi, selepas lihat ramai yang masih lagi setia menyokong karier saya, saya akan sentiasa memberikan yang lebih baik selepas ini.

hanez baru

Perkara yang lama usah dikenang. Tumpukan perhatian pada masa hadapan. Teruskan tunjuk komitmen dan bakat anda dalam bidang lakonan. Lama kelamaan pasti orang akan lupa akan kontroversi yang telah berlaku dan mengkagumi kehebatan lakonan anda. Good luck and all the best untuk anda.

P.S: Mazda lapor keuntungan tertinggi dalam masa 94 tahun

Written by AbangNara | April 30th, 2014

Tiket konsert Taylor Swift The Red Tour di Kuala Lumpur telah pun habis dijual seperti pisang goreng panas. Ramai peminat-peminat penyanyi ini menangis tidak berlagu kerana tidak dapat merasai sendiri kehebatan nyanyiannya secara “live” pada 11 Jun 2014 di Stadium Putra Bukit Jalil. Namun anda jangan risau. Selaku penaja utama konsert ini, AIA Bhd. memberikan anda peluang untuk mendapatkan tiket PERCUMA dan juga cenderahati ekslusif Taylor Swift.

tiket konsert taylor swift

Tiga pemenang bertuah akan berpeluang untuk bertemu serta bergambar dengan Taylor Swift secara peribadi. Disamping itu, pemenang pertandingan juga akan diundang untuk menghadiri acara countdown eksklusif pada 31hb Mei 2014 – The AIA Red Party – di mana mereka akan menerima tiket konsert dan cenderahati Taylor Swift yang telah mereka menangi. Kesemua ini boleh anda menangi dengan menyertai peraduan yang sedang berlangsung di Facebook AIA Bhd..

tiket konsert taylor swift

Selain dari pertandingan Facebook, AIA Bhd. juga akan menjalin usahasama dengan beberapa stesen radio dan penerbitan untuk melaksanakan beberapa siri pertandingan mini yang membolehkan peminat memenangi tiket konsert dan juga cenderahati eksklusif. Penajaan konsert ini oleh syarikat insuran hayat tersebut, yang menampilkan bintang antarabangsa di dalam siri penjelajahan konsert yang berjaya memecahkan rekod ke seluruh dunia, memperkukuhkan lagi komitmen AIA di dalam usaha untuk menyokong perkembangan muzik kontemporari, dan menyelaraskan jenamanya dengan demografik tumpuan mereka – iaitu populasi Gen Y di Malaysia.

tiket konsert taylor swift

Sebelum ini syarikat insuran hayat ini telah membawakan konsert AIA K-POP di Kuala Lumpur tahun lepas yang menampilkan BEAST, 4Minute dan G.NA, AIA Bhd. berbangga untuk menjadi Penaja Utama bagi kunjungan sulung Taylor Swift ke Malaysia. Untuk maklumat lanjut mengenai peluang memenangi tiket konsert Taylor Swift ini, jangan lupa untuk LIKE Facebook AIA Bhd.

Written by AbangNara | April 30th, 2014

Baru-baru ini, gambar Ana Dahlia dan “teman tapi mesranya”, Ubai Zulkiflee di Bangkok telah pun tersebar. Menariknya di dalam salah satu gambar tersebut, ada gambar pasangan ini bermain buih bersempena dengan Pesta Songkran yang dianjurkan ketika mereka berada di sana. Seronok Abang Nara melihat senyuman mereka. Memang jelas tengah bahagia dan seolah-olah sedang hanyut dibuai cinta.

ana dahlia

Namun seperti biasa apabila gambar sebegini dimuat naik ke media sosial, pelbagai persoalan mula bermain di minda para peminat. Salah satunya ialah “Ana dan Ubai tue pergi bercuti 2 orang je ke?“. Berkata kepada portal GUA, Ana Dahlia menafikan perkara tersebut. Kata Ana:-

Saya rasa saya tidak perlu cerita apa-apa lagi. Saya letakkan satu sahaja gambar saya bersama lelaki tersebut dalam Instagram saya, gambar-gambar lain, saya tidak tahu macam mana boleh tersiar. Kami bukannya pergi berdua ke sana, kami ke sana berama-ramai.

Mengenai acara Songkran, saya tidak tahu pun acara itu akan disambut ketika saya ke sana. Kawan-kawan saya mengajak saya bercuti ke sana, jadi saya hanya mengikut mereka sahaja dan itu cuma kebetulan. Saya tidak mahu komen apa-apa lagi mengenai perkara ini

Saya selalu berkongsi mengenai aktiviti dan rutin harian saya di Instagram untuk tatapan peminat. Bukan sahaja ketika di Bangkok, tempat lain juga saya kongsi, ketika saya menjalani penggambaran, beriadah dan sebagainya. Saya tidak faham kenapa perkara ini boleh menjadi masalah besar.

Saya rasakan tidak baik untuk mengambil gambar di Instagram tanpa bertanya kepada saya terlebih dahulu. Sebelum siarkan sebarang cerita ataupun gambar, apa salahnya jika bertanya dahulu

ana dahlia

Nasihat Abang Nara kepada Ana Dahlia, kalau dah muat naik gambar ke Instagram, bersiap sedialah untuk gambar tersebut disebarkan buat tatapan umum. Kalau taknak kena sebar, tak payah guna Instagram ke, Facebook atau pun Twitter. Itulah lumrah kehidupan seorang selebriti. Lagi beberapa gambar Ana Dahlia dan rakan-rakannnya terutama Ubai di Bangkok dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

P.S: Restoran robot di China

 
Page 1 of 3012345...102030...Last »