Written by AbangNara | March 27th, 2014

Amboi romantiknya pasangan “kawan tapi mesra” ini. Beruntunglah Nedim mempunyai seorang rakan yang sanggup menemani ketika saat gembira dan saat sedih. Respek Abang Nara terhadap Nora Danish yang sanggup turun ke hospital pada jam 3 pagi untuk melihat keadaan Nedim. Pasti Nora penat, namun demi seorang rakan, kepenatan itu dibuang jauh-jauh.

nora lawat nedim

Tidak diketahui pula punca kemasukan Nedim ke hospital beberapa hari yang lalu. Namun daripada update di akaun Instagramnya, Nedim telah pun keluar dan tampak sihat seperti biasa. Di kala cuaca panas dan hujan yang silih berganti ini, Abang Nara nasihatkan agar kita semua lebih berhati-hati dan serius menjaga kesihatan masing-masing.
nora lawat nedimApa pun Abang Nara suka melihat aksi Nora dan Nedim yang begitu mengambil berat diri masing-masing. Semoga hubungan mereka berdua akan maju setapak lagi. Pasti ramai yang mahu melihat mereka bercinta dan seterusnya mendirikan rumah tangga. Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk mereka.

P.S: Imej satelit kenalpasti 122 objek di Lautan Hindi

Written by AbangNara | March 25th, 2014

PETRONAS telah mengambil satu langkah yang harus dipuji dengan membatalkan konsert Twin [email protected] 2014. Konsert bersempena perlumbaan F1 ini sepatutnya berlangsung pada 28 Mac dan 29 Mac (Jumaat dan Sabtu) ini dibatalkan sebagai tanda hormat kepada keluarga, rakan-rakan dan orang-orang yang para penumpang dan anak kapal Malaysia Airlines penerbangan MH370.
konsert twin tower 2014 dibatalkan

Antara nama besar yang dijadualkan membuat persembahan ialah Christina Aguilera, Rain, LifeHouse dan Craig David. Berikut ialah kenyataan penuh PETRONAS mengenai pembatalan ini:-

It is truly a tragedy and we are deeply saddened about the crew and passengers of flight #MH370. As the sponsor of Twin Towers Alive 2014, we have concluded with event organizer Live At Work Sdn Bhd and other fellow sponsors to cancel TTA 2014 as a sign of respect to the families & next-of-kin of the crew and passengers of flight MH370. Our deepest condolences to them. We will honor our obligation to ensure all related parties impacted by this cancellation be treated fairly.

konsert twin tower 2014 dibatalkanTahniah diucapkan atas keputusan ini. Satu keputusan yang sangat kena dengan sensitiviti dan pastinya membuatkan orang ramai lebih menghormati PETRONAS.

meiko

P.S: Cantik berseri, menawan jelita dan tampil anggun dengan foundation terbaik daripada Naturactor Cover Face/Meiko yang diimport 100% original dari Jepun. Kaum Hawa pasti akan terkejut dengan perubahan jelas di wajah mereka apabila menggunakan produk ini. Tak percaya? Lihat lebih banyak testimonial di Facebook NaturactorInstagram EleganceCosmetics dan blog Naturactor.

Written by AbangNara | March 25th, 2014

Oh yeah~~~ Memang hebat sungguh sambutan ulang tahun kedua Lazada ini. Terkesima Abang Nara dibuatnya. Mana tidaknya, diskaun sehingga 90%. Tak pernah dibuat oleh mana-mana kedai. Memang hebat dan sangat eksklusif tawaran ini. Diskaun hebat yang habis-habisan ini (sehingga 90% tu) akan ditawarkan pada 26 Mac (esok) di www.lazada.com.my.

Yang pasti, tawaran-tawaran awesome ini pasti akan membuatkan anda tak sabar untuk membeli belah di laman ini.

lazada malaysia

Mana tahu boleh beli Samsung Note 3 dengan harga yang murah. Nantikan kesemua tawaran hebat ini esok. Pelanggan yang membeli dengan kad kredit, kad debit, atau kad KWIK CIMB boleh mendapatkan rebat segera sebanyak RM20 dengan pembelian minimum RM150 atau rebat RM50 dengan pembelian minimum sebanyak RM300 ketika hari jualan mega ini.

lazada malaysia

Kepada peminat jenama Philips, Samsung, Takada, Tefal dan Asus, pastikan anda tidak terlepas ‘Brand Spotlight Sale‘ yang bakal memberikan tawaran yang tidak mampu anda tolak.” Pastikan anda melayari laman web www.lazada.com.my esok untuk tidak terlepas peluang keemasan membeli belah barangan kegemaran anda pada harga yang rendah. Nasihat Abang Nara, pukul 12 tengah malam sila terus shopping. Jangan salahkan Abang Nara kalau habis stok. Peluang ini hanya datang sekali. Selamat membeli-belah!!!

Written by AbangNara | March 25th, 2014

Runtun hati ini apabila membaca “tweet” yang ditulis oleh anak Ketua Pramugara MH370, Maira Elizabeth Nari selepas pengumuman mengenai kehilangan pesawat itu di Lautan Hindi. Menerusi akaun Twitternya @Gorgxous_, Maira telah berkongsi gambar ayahnya dengan caption “We love you, but He loves you more. * hugs *“.

maira elizabeth nari

Sebelum ini Maira sering dilihat menulis kata-kata positif dan sabar menanti kepulangan ayahnya. Sesungguhnya hanya Maira sahaja yang tahu bagaimana rasanya mendengar berita terkini mengenai MH370.

maira elizabeth nari

Pengacara dan deejay HotFM, Fara Fauzana turut berkongsi beberapa perbualannya dengan Maira. Abang Nara terharu dengan usaha Fafau yang cuba menceriakan hati Maira. Satu usaha yang murni dan harus dipuji.

maira elizabeth nari

Tulis Fafau di akaun Instagramnya:-

ini cerita 15 hari sebelum hari ini.. mcmana sy bole follow Maira? sama seperti kamu, semuanya disebbkan kuasa RT. saya follow Maira kerana mahu tahu sampai mana tahap kecekalan gadis berusia 18thn ini.

benar… ada ramai lg keluarga diluar sana tetapi dek kerana si anak muda & dunia media social tdk dpt dipisahkan maka Maira kelihatan spt ‘mewakili’ suara & rasa keluarga yg lain.

tepat sekali, Maira sgt cekal! sgt positive! kdg kala saja terdengar dia mengeluh. niat dihati mahu berkongsikan sesuatu utk tatapan dia sahaja maka saya memberanikan diri utk DM (bukan apa, takut ketika dan waktu yg tdk mengiznkan bakal mengundang benda yg tdk baik dipihak dia) … dibalas? yes with a positive respond spt yg dijangka

fyi – saya menggunakan cara yg sama kpd beberapa rakan celebriti yg mungkin anda ingat kami saling kenal mngenali namun realitinya tdk. DM pernah saya gunakan kpd mereka, alhamdulillah kami berkwn spt kenal sejak kecil (u knw who u are my dear friends)

anda nak follow cara saya … terpulang kerana saya juga sama seperti kamu

maira elizabeth nari

Diharapkan Maira dan ahli keluarga lain terus tabah dan cekal menghadapi dugaan ini. Berikan kata-kata semangat anda kepada Maira menerusi akaun Twitternya di @Gorgxous_. Semoga kata-kata positif kita sedikit sebanyak akan memberikan semangat kepadanya.