Written by AbangNara | March 31st, 2014

Satu langkah yang amat bagus dan harus dipuji telah diambil oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF) dengan mengharamkan filem Noah lakonan Russel Crowe daripada ditayangkan di Malaysia. Filem yang mengisahkan Nabi Nuh berdasarkan kitab Bible Old Testament diharamkan atas dasar memaparkan wajah nabi secara visual.

filem noah haram di malaysia

Pengerusi Lembaga Penapisan Filem, Datuk Abdul Halim Abdul Hamid berkata, keputusan itu diambil dua minggu lalu selepas panel penapisan mendapati ia bertentangan dengan Islam. “Kami sudah menonton proses penapisan bersama panel Ahli Lembaga dan wakil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 12 Mac lalu. Memang selepas menonton, filem itu tidak boleh ditayangkan kerana ia memaparkan wajah nabi pada visual,” katanya

filem noah haram di malaysia

Pengharaman ini amat bertepatan dan bersesuaian sekali dengan status Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Untuk makluman, Indonesia, Qatar, UAE dan Bahrain turut sama mengharamkan filem ini. Malah Universiti Al Azhar telah mengeluarkan fatwa mengharamkan tayangan filem ini.

P.S: Cikgu racun 20 ekor kucing

Written by AbangNara | March 31st, 2014

Siapa sangka akhirnya jumlah kutipan RM15 juta akan dapat ditembusi oleh sebuah filem tempatan. Itulah kehebatan filem The Journey, filem Cina buatan Malaysia yang kutipannya kini sudah pun mencecah RM17.17 juta. Menurut laman web Finas, filem ini masih lagi ditayangkan di pawagam-pawagam seluruh Malaysia. Adakah angka RM20 juta bakal menjadi milik filem arahan Chiu Keng Guan ini?

filem the journey

Abang Nara masih belum berkesempatan menonton filem ini namun daripada apa yang disampaikan oleh rakan-rakan, kekuatan filem ini ialah jalan ceritanya yang dekat dengan rakyat Malaysia. Diharapkan penerbit-penerbit dan pengarah-pengarah filem Malaysia dapat mengkaji dengan lebih mendalam punca sebenar kejayaan filem The Journey dan seterusnya mengaplikasikan formula tersebut ke dalam filem mereka.

filem the journey

Jutaan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam filem The Journey ini. Semoga tahun 2014 ini akan ada filem tempatan lain yang bakal mendapat sambutan hangat seperti filem ini. Semoga kejayaan filem The Journey akan menyemarakkan lagi semangat para penggiat industri filem tempatan.

Written by AbangNara | March 31st, 2014

Walaupun sudah tidak mempunyai hubungan suami isteri, Engku Emran dan Erra Fazira telah menghabiskan masa bersama-sama untuk menyambut hari jadi ke 5 anak mereka, Engku Aleesya. Terharu Abang Nara melihat kesungguhan mereka demi anak yang tercinta. Pastinya Engku Aleesya adalah orang yang paling gembira dengan kehadiran kedua ibu bapa di hari kelahirannya.

engku emran aleesya

Abang Nara juga turut tertarik dengan satu gambar yang telah dikongsi oleh Engku Emran menerusi Instagramnya. Banyak peminat yang terharu membaca kata-kata Engku Emran dan mendoakan agar suatu hari nanti Engku Emran dan Erra Fazira akan bersatu kembali.

Dear Alllah…in this hour exactly 5 years ago…u gave these 2 souls Precious…and juz like the pic describes, they were the happiest parents in ur entire universe…Happy Birthday Aleesya… Love, Ayah.

engku emran aleesya

Sedangkan pantai lagi berubah, inikan pula hati manusia. Mana tahu suatu hari nanti doa orang ramai akan makbul dan Engku Emran serta Erra Fazira kembali bersatu demi anak mereka. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa keping gambar sekitar sambutan hari jadi Engku Aleesya dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

fareeda

 
Written by AbangNara | March 31st, 2014

Kan Abang Nara dah cakap ada sesuatu yang pelik apabila pelakon baru, Amyra Rosli mempertikaikan Fasha Sandha baru-baru ini. Setahu Abang Nara, Fasha merupakan seorang yang sangat tinggi displinnya dan tidak pernah menimbulkan masalah di lokasi penggambaran. Agak pelik juga apabila Amyra sanggup bersumpah tidak pernah datang lewat sehingga menyebabkan Fasha Sandha meninggalkan lokasi.

amyra dan fasha sandha

Menerusi BiPop semalam, Fasha Sandha telah tampil untuk memberikan penjelasan mengenai perkara sebenar yang telah berlaku. Paling penting, Fasha menjelaskan yang dia tidak memberi kenyataan pada mana-mana wartawan sebaliknya isu ini timbul bersumberkan pihak produksi sendiri. Kata Fasha:-

Ya memang benar saya pernah tinggalkan lokasi penggambaran telefilem Baju Raya Yaya kerana kelewatan Amyra. Saya tidak tahan menunggu berjam-jam di lokasi kerana kelewatan artis.

Kalau menunggu pembikinan cahaya atau perkara lain tidak mengapa, tapi bukanlah masalah kelewatan artis. Dua hari sebelum itu ada artis lain datang lewat dan hari ketiga, Amyra pula lewat, jadi saya tinggalkan set. Tapi keesokan harinya saya datang ke lokasi dan keadaan kembali normal.

Ramai saksi di lokasi penggambaran tahu mengenai perkara itu. Dia sendiri memohon maaf kepada semua di set itu atas kelewatannya. Amyra memberika alasan dia tidak tahu masa dia patut datang.

Saya pun hairan mengapa Amyra menafikan dan bersumpah di tidak lewat. Walau apa pun juga alasan, memang Amyra lewat sedangkan saya sampai di lokasi seawal jam 8 pagi dan sudah siap bersolek setar bersedia masuk set.

Amyra sampai jam 10 pagi dan masih belum bersiap sedia. Saya harus menunggu beberapa jam lagiuntuk dia bersiap. Apa pun, saya sudah memaffkan Amyra. Saya yakin dia tidak berfikir panjang sebelum memberikan kenyataan.

fasha sandha

Dalam artikel yang sama juga, pengarah telefilem tersebut, Shuhaimi Lua mengesahkan bahawa Amyra Rosli memang hadir lewat ke set penggambaran. Jadi ini bermakna Amyra di dalam kenyataannya kepada akhbar sebelum ini telah pun berbohong. Apa pun, selaku pelakon haruslah ada displin terutama bab menepati masa kerana kita bekerja dengan ramai orang. Dengar ceritanya, Fasha Sandha teringin membuka bengkel mengenai hal displin kepada artis baru yang berbakat tetapi lemah daripada segi pengurusan masa. Satu inisiatif yang sangat bagus pada pendapat Abang Nara.

Page 1 of 2812345...1020...Last »